‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 9 April 2011

Garden of Eden

Sabtu lepas di pagi hari nan mulia tatkala lepas subuh Mem Besar sudah telefon maza. Dia minta maza jadi peneman dan merangkap pemandu ke sebuah kedai bunga sekitar Sungai Buloh, Selangor.

Awalnya berat hati juga hendak melepaskan bantal dan ahli keluarga nan tercinta itu. Tetapi mengenangkan Mem Besar, terpaksa jugalah maza mengangguk-anggukkan kepala. (Eh! Orang di hujung talian telefon sebelah sana bolehkah nampak orang sebelah sini angguk-anggukan kepala? hmmm?! hentam ajelah ...*senyum sambil menutup mulut masam, hehehe)

Gambar 1: Tempat kami membeli-belah. Harganya pun berpatutan dan boleh tawar-menawar

Katanya dia hendak membelikan hadiah untuk ayahnya yang sudah berusia 90 tahun. Pokok bunga yang dibelinya itu diharapkan mampu menjadi terapi untuk ayahnya itu.


Penyudahnya di tengah hari itu kami pun bertemulah ke sebuah nurseri idaman kalbu si Mem Besar.

Almaklumlah kalau sudah mengikut orang perempuan berbelanja, jenuh kita dibuatnya. Patut pun Boss Besar berkerut muka bila Mem Besar mengajak shopping. Macam-macam kerenah dan cerewetnya. Kita yang membontotnya pun rasa resah juga.Bilalah nak balik ni? hati menggaru-garu gitew. hehehehe

Tatkala shopping menampakkan bunga-bunga hendak berakhir, tiba-tiba Mem Besar tanya kalau-kalau maza minat bunga. Maza kata maza minat. Dalam hati maza pula berkata, kalau maza tak minat sama bunga, takkanlah maza sudah bernikah sekarang ini gitu.*senyum, hahhaha

Gambar 2: Mem Besar sedang mencari kunci kereta. Entah di mana dia sumbatkan pun
sudah lupa daa ... Opss, sekarang siapa pula jadi boss? hahahaha


Sebetulnya di gubuk kecil maza (rumah buruk nan tinggi-tinggi itu) punyai taman mini yang bersaiz sangat kecil Memang maza ada menanam pokok bunga dalam pasu. Adalah dalam sepholoh pasu bunga anggerik gitew. heheheh

Dan siapa tahu rezeki Tuhan hendak diberi pada maza kan? Akhirnya Mem Besar menghadiahkan maza 2 pasu bunga yang cute-cute itu dan sepasu pokok palma yang bersaiz besar jugalah.

Gambar 3: Taman Eden maza yang hanya ada beberapa kerat batang pokok jerk! hehehe

Lantaran itu hati yang resah bertukar gembira. Sekarang koleksi Garden of Eden maza sudah bercambah biak dengan bunga-bungaan baru. Tentulah agaknya bunga-bunga aggerik di rumah itu turut gembira mendapat teman yang baru. hehehehe

Jadinya, maza juga ingin menggambil kesempatan untuk mengajak kengkawan memelihara alam sekitar dan menghijaukan bumi ini. Dengan menanam atau membela pokok-pokok bunga juga satu langkah penghijaun alam dan kengkawan sudah menyumbangkan untuk kesejahteraan dunia! 

Selamat berhujung minggu kengkawan...

***NOTA WAJIB:

Photog: Pakai kamera telefon bimbit sahaja, sudah.. oppss, takkan nak usung kamera besaq kedabaq jenjalan dgn Mem Besar. hehehehe

Eden: .... di sini bermaksud "saya atau aku" dalam bahaso Negeri Sembilan ... ala-ala Minangkabau gitew.. Jadinya, Garden of Eden ialah Taman Aku gitew....*ketawa jahat, hahahaha



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails