Feb 10, 2009
Gambar: Beruang Sarjana pegi sekolah tinggi. hehehe |
“Kau ni. Masa kecik-kecik tak nak belajar bersungguh-sungguh. Dah besar panjang, anak dah beranak-pinak, baru ingat nak belajar balik! Apa kau dah buang tebiat ke? Siapa nak tanggung anak bini kau nie? Aku tak sanggup lagi dah.”
Emak tidak menyetujui cadangan maza. Maza tertunduk sayu. Sedih dimarahi olehnya. Sokongan yang diharapkan, lain pula jadinya. Sokong membawa rebah.
“Ah’ah Mak. Along tu nanti, bila dah belajar tinggi-tinggi, dah jadi graduan, mulalah tak ingatkan kita. Entah-entah lupa anak bini pulak. Mulalah dia pasang angan-angan nak berbini lagi satu!” adik ipar maza menambah perisa keperitan.
________________________________________________________________________________
Garden of Eden: Contest Organised By Gubuk Kecil Kembara Jalanan is on till 30rd April 2011. Click here to join.
________________________________________________________________________________
“Tidak. Abang janji, abang tak sia-siakan sesiapa pun. Emak tak payah susah-susah keluarkan belanja. Duit orang rumah abang pun abang tak akan usik. Abang akan kerja lebih masa. Kalau perlu, abang akan kerja part time untuk menampung yuran kuliah.
Apa yang penting sekarang ini ialah restu dari emak. Mudah-mudahan perjalanan abang dan keluarga ini diberkati dan berjaya."
“Ell ... leh ... lelaki memang macam tu. Belum dapat, bagai menanam tebu di hujung bibir. Tabur janji aje, buat belum tahu!” pendapat wanita yang stereotype terpacul dari mulut adik ipar maza.
Kemudian emak menambah lagi, “Huh! Payah aku nak cakap dengan engkau ni. Dulu masa suruh pergi sekolah, siap panjat pagar, berlari balik. Lepas tu, bila besar sikit malas nak belajar. Ha! Apa pendapat kau Aida?”
“Errr ... saya ok aje mak. Selagi abang maza tak menyimpang, betul cara dan niatnya. Saya tiada masalah. Lagipun kalau saya halang, seribu satu alasan lagi abang maza boleh buat. Ada aje tu karang. Bukan mak tak kenal anak mak seorang tu”
Walaupun berbunyi agak masam-masam pahit, tetapi sekurang-kurangnya kenyataan isteri maza sudah dikira menyinarkan isyarat lampu kuning.
Lampu hijau, masih menantikan keputusan emak.
Apakan daya, bila dah besar panjang seperti ini barulah teringat hendak belajar. Kata orang, menuntut ilmu biar sampai ke liang lahat.
“Hmm ... kau mesti janji. Lepas lulus nanti jangan kau nak gatal-gatal sampai tak ingat anak bini. Mentang-mentang dah punya ‘lesen besar’, kau lupakan anak bini pulak. Sudah! Lepas ni belajar bersungguh-sungguh. Ini last. Lepas ini emak tak nak dengar apa-apa lagi. Tau!”
“Yahooo...” dua tangan maza tergapai-gapai ke udara seumpama burung kelicap menghisap bunga.
Ah! Memang salah aku juga. Dulu masa sekolah tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.
Tetapi, sebenarnya maza tidak mahu membebankan orang tua. Menyambung pelajaran ini memerlukan kos tinggi. Dulu masa belajar di Institusi Pengajian di Kuala Lumpur hutangnya masih berbaki.
“Lantaklah! Yang penting aku telah register dua bulan yang sudah. Sekarang ini aku perlu fokus. Peperiksaan semesta akhir sudah hendak bermula. Aku perlu fokus. Fokus untuk lulus ujian atas jalan raya pada 18.02.2009."
Semenjak mendaftar di Sekolah Memandu SKEM, Gombak, Kuala Lumpur, maza dengan tekun mengikuti kelas lesen memandu B penuh.
Walaupun sudah punyai lesen B2 (lesen motorsikal 250 cc ke bawah) tetapi segala tipu helah dan teknik sudah lupa.
Jadi, maza mohon doa kalian untuk mempermudahkan urusan maza, lulus dengan cemerlang dan sempat graduan di pesta konvokasyen nanti!
Akhir kalam - "Betemu Di Kemuncak Kejayaan"
"maza: cerita cita-cita.... lantun-lantun gitew.. miahahahhaa
Nota kaki lompat-lompat: Terima kasih kepada Cik Ladi Bird dan Che Su yang sudi menjadi follower GKKJ ini yang mana tuannya selalu lantun-lantun entah apa-apa entah gitew.... hehhehe