‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 1 Mei 2011

Garden of Eden: Kontes sudah tutup daaa....

Sebagaimana semuanya maklum bahawa blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan ini pernah mengadakan kontest bertemakan keindahan gubahan taman bunga dan kehijauan alam oleh para peserta.

Jadinya hari ini 1 Mei 2011 adalah hari pertandingan tersebut tamat.

Pertama-tamanya maza hendak ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan penyertaan tuan puan sekalian.

Pertandingan Garden of Eden yang membawa maksud Taman Aku, telah diterima penyertaannya seramai 7 orang blogger handalan. Mereka itu ialah:-
  1. adele: Cetusan hati
  2. Akubiomed: akubiomed.com
  3. bEe: sakura040582.wordpress.com
  4. Gadis Gigi Arnab 
  5. Lela: Desalam.blogspot.com
  6. Tie: Danggarumbia.wordpress.com
  7. Mekar: mymekar.com
Sekarang sudah sampai masanya kita membuat perhitungan untuk menentukan siapakah juaranya! Untuk itu  keputusan pertandingan tersebut akan diketahui sedikit masa lagi, insyallah sekitar bulan Mei ini akan diumumkan.

Melihatkan penyertaan kali ini cukup hebat dan sengit hingga ketiak juri pun hanggit untuk menentukan siapakah juaranya, maka tuan empunya tanah di Gubuk Kecil ini memerlukan sejumlah masa... Oleh itu, kengkawan kenalah tunggulah ya.. hehehe..

Lagipun sekarang ini maza di luar kawasan liputan talian internet. Apa lagi, sudah ada cuti sampai tiga hari, takkan nak melangut di rumah aje, kan? hehehehe..

Okey, maza mahu menenangkan jiwa dengan menyelam di lautan dan kolam yang dalam sedalam paras dada itik aje. ahaks..
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails