‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 8 Januari 2011

Kos Persekolahan Zaman Sekarang (tajuk dicilok dari Papa Roq)

maza amat setuju dengan kenyataan abg mail (Ismail N a.k.a Papa Roq) tuliskan itu… (sila rujuk dan klik di sini)

Jangan ada yang bodoh piang pula cakap dengan "orang itu" siapa suruh tak jaga sistem reproduksi dengan lahirkan anak berderet-deret setahun satu itu tanpa perancangan!! Jawab simpel lagi kurang didikan dari maza ialah awak tu orang kaya mampu buat aktiviti lain di malam hari, mereka itu tak mampu tiada aktiviti kecuali riadah dengan isteri. Lagipun dia tak mampu mahu beli kondom, silap-silap kondom pun dia orang tak tahu!

Memang kos meningkat sekarang ini., terutama kos makanan dan keperluan asas menyebabkan poket-poket makbapak pepes! Mereka yang bergaji berangka tinggi dan senderaha sudah nampak semputnya apatah lagi yang bergaji tak sampai RM1000 itu…

Sesetengah sekolah yang terlalu pentingkan metarlistik, pencapaian dan kemajuan sekolah hingga mengesampingkan perkara pokok di dalam soal pendidikan awal yang paling utama, iaitu “Pendidikan adalah untuk semua”... kesan akhirnya yuran dan kos-kos lain melambung tinggi dan menafikan hak pendidikan murid-murid dari kalangan orang-orang yang kurang berada…. (termasuklah golongan mak bapak sederhana dan miskin juga).

Jangan ada pulak mak bapak yang berkemampuan bersikap bangang dengan mengeluarkan kenyataan “perlu berkorban lebih/berhabisan untuk pendidikan anak-anak.″ Kalau pengakuan ini dipakai, jawabnya sektor pendidikan akan mengalami inflasi paling parah!

Setiap orang lain kemampuannya. Adakalanya terpaksa memilih antara persekolahan seorang anak dan anak-anak yang lain atau dengan sesuap nasi untuk seisi keluarga! Dan ianya bukan berkenaan mak/bapa tak mahu berkorban untuk pendidikan anak-anak.

Sesetengah kes mereka terpaksa memilih anak yang mana satu untuk dihantar ke sekolah!

Sesetengah dari kita hanya mampu bertahan jika seorang atau dua anak pergi ke sekolah.. sekiranya lebih daripada bilangan itu, kantong poket terus sesak dan dihenyak-henyak.

Tidak seorang pun makbapa mahu anak-anaknya tidak terdidik dan tersingkir dari golongan masyarakat berjaya!

Lantaran itu, kita perlu jaga bab kos ini.. PIBG juga perlu memainkan peranan. Dan janganlah dok sesedap selera ketua-ketua sidang PIBG @ majoriti ahli PIBG untuk mengenakan kenaikan kos pendidikan/sekolah. Mentang-mentang dia hidup selesa atau mampu, maka tidak hiraukan mereka yang sama-sama juga yang pergi sekolah di situ lalu mengenakan pelbagai kos tanpa ada pilihan lain kepada mereka yang hidup dalam ruang sempit atau agak sempit itu!

Dek kerana menjaga prestasi dan pretij sekolah, ada yang menolak mentah-mentah murid yang kurang berkemampuan dari segi kewangan mahupun jurang pendidikan. Walhal jarak antara rumah dan sekolahnya hanya sekadar sekangkang kera. Sedih! Tapi itulah realiti..

Akhir kata, kos pendididkan anak-anak amat penting dan perlu dipantau agar anak-anak kita tidak ada yang tercicir disebabkan pertaruhan antara pendidikan dan kehidupan! Pun begitu janganlah ada yang mengusulkan instrumen kewangan komersial seperti insuran atau SSPN itu sebagai alternatif jawaban di dalam masalah ini. Bukan semua makbapak, walaupun tinggal di bandaraya ini (apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang atau ceruk rantau di mana jua) mampu memiliki insuran pelaburan pendidikan atau menyimpan dengan tekal di dalam SSPN. Sedangkan mereka masih bertarung antara menyambung nyawa dan simpanan untuk pendidikan. Kadang-kadang simpanan untuk kesihatan mereka sekeluarga juga kosong atau terpaksa dikosongkan! Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini 'kadar inflasi benar' meningkat dan menggila. Susu, tepung, gula, minyak masak, petrol, diesel, gas memasak semuanya meningkat harganya. Itu semua barang keperluan dan untuk perut teruskan kehidupan. Belum lagi mengambil kira kos-kos lain yang turut meroket ke bulan!


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails