‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 25 Julai 2013

Apa Salahnya Berkain Pelikat, Berbaju Melayu?

 SIRI RAMADAN

 

USAI BERBUKA dengan tamar & tiga jenis kuih muih di masjid, terus berwuduk dan mahu menunaikan solat Maghrib berjemaah. 


Sementara menantikan jemaah memenuhi ruang dewan solat, maza mengambil kesempatan. Takbiratulihram diangkat untuk menunaikan solat sunat qalbiah Maghrib. Elok rukuk, bilal melaungkan iqamat.

Selepas iktidal maza pun sujud untuk menyempurnakan rakaat pertama. Selang mahu sujud itu, tiba-tiba . . . PRAKKK!!! Saat itu juga bilal tamatkan iqamat.

Apa lagi, segera maza meraba bontot untuk menentukan kebesaran 'kemusnahan' itu. Aduh! Bukan sedikit, ini sudah tahap "rabak". Nyata tak dapat dibendung lagi. Mujur baju kemeja yang dipakai dari pejabat itu sudah dikeluarkan dan menutupi punggung.

Lekas maza merangkak lalu bangkit. Maza toleh ke belakang. Beberapa kanak-kanak yang bersandar di dinding dan balik pintu mengulum senyuman yang ketat. Bersungguh menelan senyum itu demi menjaga air muka.

Uhuk! HAMPEH . . . !

Terus maza pulang ke rumah sambil buat-buat muka tidak bersalah. Terkeseng-keseng cuba melindungi bahagian belakang. Serentak dengan itu jemaah turut meluru beramai-ramai  masuk ke dewan solat lalu berdiri berbaris membuat saf.

Sampai di rumah, langsung maza menggantikan seluar itu dengan kain pelikat dan berbaju Melayu. Selesai solat Maghrib di rumah, segera maza kembali ke masjid. Di sana maza terus duduk bersila tanpa sekelumit rasa bersalah; bersantap lauk berat-berat bersama jemaah sebelum waktu Isyak tiba dan solat tarawih didirikan.

Seingat maza, seluar slack ini baru berusia setahun jagung. Itu pun dibeli masa Ramadan tahun lalu. Memang hebat, seolah ia ada firasat, mohon maza menggantikan yang baharu. Huhuhu . . . macam-macam gelagat di bulan Ramadan ini, kan?!

Anakdot lantun-lantun oleh



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails