Salam kengkawan...
Hari ini maza terpaksa mengambil cuti rehat. Ini berikutan segala tenaga sudah habis tersedut. Dan sekarang tersadai di atas pembaringan.
Ini semua gara-gara menjadi juri di sebuah pertandingan yang maza anjurkan bulan sudah. Apa lagi tentang Garden of Eden. Kesemua peserta hebat-hebat belaka. Mau tak tumbang maza dibuatnya. hahaha
Jangan khuatir keputusan akan diketahui sedikit masa lagi.
Tumbangnya maza juga ada kaitan dengan peristiwa jahat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur ini. Terutama pasal simbahan asid oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.
Sekarang ini maza hidup dalam ketakutan terutama apabila jalan bersendirian. Almaklumlah, takut juga tiba-tiba ada dua orang pemuda jahat naik motor kapcai. Seorang bertubuh besar dan seorang lagi bertubuh kurus tiba-tiba menyirami maza yang tak berapa nak cute ini di pertengahan jalan. huhuhu
maza juga sudah berkira-kira mahu menyediakan penutup muka berupa topeng otomen, ben10, pokemon, power rangers, untuk maza dan keluarga nan tercinta ini. Bukan apa sebagai langkah berjaga-jaga gitu.
Maza juga berharap agar tidak ada manusia yang mahu coba-coba menduga maza yang memakai topeng tersebut. Maza ini orangnya lemah-lemah jua. Tak perlulah dihantar monster atau raksaksa hendak menguji maza. Takut maza berterabur giginya pula.... aduhai... huhuhu
Oleh kerana kegawatan yang berlaku ini, maka maza tepekkan sekeping gambar pasal lampu jalanan ini sudah ya kengkawan.
Mudah-mudahan orang yang melakukan kejahatan dan kenakalan itu dilimpahi hatinya dengan sinar cahaya kebaikan. Sama seperti depa menyambut Depavali jugalah kaedahnya.
Semacam Cahaya Kebaikan mengatasi Kegelapan Kejahatan gitew...
Selamat beramal ya kengkawan.