Selepas maza graduan sekitar tahun 2000, tatkala itu ekonomi negara tidak begitu subur. Keadaan perniagaan menguncup di sana sini. Kadar pengangguran pun tinggi. Ekonomi negara digembar-gembur semakin pulih. Tetapi apa yang kita hadapi seharian adalah sebaliknya.
Kata pakar ekonomi, keadaan ini ialah tak ubah seperti lompang jerangkap samar.
Jika tersalah memilih dasar fiskal dan monetari boleh menyebabkan negara berada di dalam kancah inflasi tenat. Tidak kurang juga jika kadar bunga diselaras terlalu tinggi boleh menyebabkan deflasi (pengangguran). Mereka mengatakan kita sedang berada di dalam kegawatan ekonomi stagfilasi iaitu ekonomi tepu! Kerajaan harus memainkan peranan dengan dasar fiskal menyokong permintaan. (ooppss .. kalau kengkawan tak faham, kengkawan buat-buat faham ajelah ya. hehehehe)
Lantas ia membuatkan maza antara mangsa keadaan. Kesukaran mendapat pekerjaan menyebabkan maza pulang ke kampung dan bekerja sebagai kelendan lori, operator pengeluaran di salah sebuah kilang perabut atau sawmill - ( Bintang Plywood Sdn Bhd) di Kluang. Sekarang ini syarikat tersebut sudah pun gulung tikar dan asetnya telah diambilalih (acquire) oleh syarikat baru.
Di atas jasa Makcik Ain memperkenalkan adiknya Kak Yatie, maka bermulalah kembara maza ke metropolitan Kuala Lumpur. Bekerja di kedai perabut pula.
Setelah tinggal di bandaraya ini barulah peluang maza terbuka sedikit demi sedikit. Apatah lagi setelah berkenalan dengan darling. (Rezeki darling katanya melekat kat maza ... eihik)
Dari darling jugalah maza berpindah kerja ke tempat baru hingga sekarang ini. Kesemua ini di atas nama pembangunan diri dan keluarga.
Ketika zaman pembentukan diri ini hidup maza begitu terumbang ambing. Makan bercatu, tidur di atas lantai dan masa bekerja tak menentu.
Melihat keadaan seperti tidak terurus ini maza sudah berbincang dengan kekasih yang itu. Tatkala ini kami belum bertunang lagi pun (ahaks).
Darling ketika itu solid orangnya. Solid macam lidi ... ahaks. Meneliti keadaan kami yang sedemikian kami membina perancangan.
Apa lagi, Darling yang masih bersekolah di salah sebuah IPT juga dengan sukarela menjadi tukang masak untuk maza.
Maza pula akan memperuntukkan sebahagian pendapatan maza untuk membeli beras dan lauk-pauk. Kemudian semuanya itu diserahkan pada darling.
Lantaran itu bermulalah maza membawa bekal ke tempat kerja. Pagi-pagi singgah ke rumah sewa darling untuk ambil bekal. Bekal yang sama untuk makan tengahhari tanpa bersarapan. Dan apabila pulang maza singgah sekali lagi untuk bekal makan malam.
Rupa-rupanya ada keberkatan segala usaha dan kepayahan tersebut. Hidup maza menjadi lebih terurus dan darling pun turut bertambah berat badannya.
Kata darling tanpa tindakan sukarelanya itu, dia selalu terlepas (skip) makan. Penyudahnya nutrition menjadi kurang di dalam tubuhnya. Mujur tak mudah diserang penyakit.
Dari langkah jimat cermat tersebut dapatlah kami mengumpul wang seadanya. Apa lagi kami dah gatal nak menikah.. ahaks.. kenalah kumpul duit lorr... kerja macam kuli... hari-hari kerja keras macam kerja pecah batu! Simpan berdikit-dikit, tahan lapar, tahan nafsu makan, tahan nafsu material dan sebagainya.
Akhirnya, kami disatukan. Sekarang ini telah terbuktikan kebahagiaan dan kemakmuran kami dengan tubuh masing-masing 'berkembang dengan sihat'. Adakalanya macam dipam-pam (ahaks). Tapi sekarang sudah maintain ya kengkawan. Kami pergi bersenam angkat lima belas buku benang hari-hari. huhuhu....
Kesimpulannya ialah untuk mendapatkan sesuatu itu kita kena berkorban dan harus bijak dalam pemilihan. Jika sudah berkenan di hati jangan tunggu lama-lama, simpan duit dan kawen.. ahaks!
Opps ... entry kawen ini ada kena mengena dengan sauadar-mara maza yang tak lama lagi musim kawen tiba (bulan enam gitew)
err.. tepek gambar dengan cerita merapu satu kali bolehlah ya kengkawan.. hehehe..
Peringatan:
... Malam ni malam Jumaat ok. Selamat Malam Jumaat kengkawan.
Kepada Aishah, mr E sok gurl, Sal saari dan Sham. Terima kasih setinggi-tingginya kepada kalian kerana sudi mengikuti blog GKKJ ini. Terharu seh....... hehehehe