Salam kengkawan....
Maza masih lagi tak sihat. Sekarang ini demamnya semakin kebah. Sudah bolehlah hendak mengetuk beberapa aksara untuk dijadikan diftong dan konsonan lalu membuahkan ayat-ayat cinta!... huhuhu...
Maza juga tidak sempat hendak melawat ke blog kengkawan. Setelah sihat nanti maza lawatlah ke blog kengkawan yang nan indah itu ya.
Sepekara lagi, maza juga belum sempat membuat pembungkusan hadiah dan pergi ke pejabat pos untuk menitipkan hadiah-hadiah kepada pemenang bertuah di pertandingan Garden of Eden yang itu. Maza harap kengkawan dapat bersabar jua sebagaimana sabarnya maza mengharungi keadaan getir ini. Uhuk!..
Sekarang ini, seluruh anggota keluarga maza diserang bakteria pembawa demam panas ini. Dari yang kecil hinggalah atok dan nenek mereka. Uhuk...
Kepada kengkawan yang menayakan khabar dan mengirim utusan, amatlah kami hargai dan berterima kasih. Terutama kepada Abg Mail (dululainsekaranglain.com)
Kepada kengkawan yang menayakan khabar dan mengirim utusan, amatlah kami hargai dan berterima kasih. Terutama kepada Abg Mail (dululainsekaranglain.com)
Untuk itu, bagi menggelakkan kesunyian di blog ini (ahaks! dunia blog sunyi ke tanpa maza yang entah apa-apa entah bagai debu berterbangan aje ni.. lantun-lantun gitew. hehehehe), maza nukilkan sebuah kisah dari zaman Nabi jua.
Selamat beramal ibadah ya kengkawan....
Doakan kesejahteraan kami sekeluarga!....
Tha’labah bin Abdul Rahman
Tha'labah ialah salah seorang daripada para sahabat Nabi SAW. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung, terang lagi jelas. Tiada suatu pun yang mampu membuatkan matlamat hidupnya goyah sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Tha’labah merupakan pemuda yang begitu hebat di zaman Rasulullah SAW. Nama sebenarnya ialah Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun.
Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikuti Rasulullah SAW mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah SAW akan khabarkan kepada Tha'labah dan Tha’labah akan menunaikannya.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam pencarian barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui beberapa deretan buah rumah.
Entah bagaimana salah sebuah rumah yang dilaluinya itu pintu belakang rumahnya tiba-tiba terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu bilik air rumah tersebut juga turut sama terkuak lebar. Ketika itu Tha'labah dengan tidak sengaja terpandangkan ke arah bilik air tersebut lalu terlihatlah akan dia seorang perempuan sedang mandi.
"A'uzubillah (Aku berlindung kepada Allah)! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah SAW! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah ..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah SAW. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang di puncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis.
Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal yang amat sangat dengan dosanya itu. Walhal segala apa yang berlaku itu bukanlah disengajakannya.
Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal yang amat sangat dengan dosanya itu. Walhal segala apa yang berlaku itu bukanlah disengajakannya.
Pada masa yang sama, Rasulullah SAW menantikan kepulangan Tha'labah. Sudah beberapa hari berlalu, namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah SAW mengarahkan Syaidina Umar r.a untuk mencari Tha'labah.
Akhirnya Syaidina Umar al-Khatab berjumpa Tha'labah di tempat persembunyian di puncak bukit itu.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku? Sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah? Aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka," kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh kerana Tha'labah sudah teramat lemah, lalu Syaidina Umar r.a memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarahi Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Tha'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah SAW berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW pun datang tetapi agak lewat. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Sungguh pun begitu, Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan perlahan dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandangkan perempuan yang sedang mandi. Hingga menyebabkan beliau begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menghembus nafas terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Melihatkan keadaan kehidupan kita pada hari ini. Dengan talian internet terpasang dua puluh empat jam di rumah, peti TV menyala dari pagi hingga ke malam, radio berkumandang mendendangkan lagu-lagu simfoni mendayu, potret-potret manusia terpamer besar di dinding, ayat-ayat al Quran bergantungan di dinding begitu juga sejadah hanya sekadar penghiasan ruang tamu. Sekiranya rumah kita itu didatangani oleh Rasulullah SAW pada ketika ini, adakah kita layak untuknya? Adakah bibir ini mampu mengucapkan cinta kepadanya, walhal di rumah itu tidak menggambarkan apa yang sepatutnya. Al Quran tidak dibaca, hadis dan sunah amat jarang dipraktikan, jarang sekali bersolat jamaah, jarang sekali berselawat dan berzikirullah! Bahkan maksiat melata hingga ke tempat pembaringan sendiri; bergelumang di sana-sini!
Tidakkah kita merasa segan terhadap Baginda SAW yang kononnya kita nyatakan di bibir ini kita cintakan padanya. Tetapi di rumah, di tempat pembaringan, di meja makan maksiatnya masih bersepah-sepah. Masih bermaharajalela.
Lihatlah dari kisah remaja bernama Tha’labah ini, betapa dengan hanya terpandangkan wanita mandi itu pun dirasakan ia sudah berdosa besar dan tidak layak diribai oleh Nabi. Bagaimana pula dengan kita? Layakkah?!
Lantaran itu marilah kita menyesal dan bertaubat walaupun terhadap dosa tidak sengaja. Apatah lagi dosa yang kita sengaja lakukan, makan taubat nasuhahlah! Kita tidak tahu bila masanya hayat kita berakhir...