‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 12 Julai 2010

Papan tanda sesat dalam petunjuk

Jun 2010
Taman Tun Dr. Ismail

Tempoh hari maza ada mission yang harus dilangsaikan. Maza teraba-raba mencari simpang yang menghala ke alamat yang hendak dituju.

Pening juga berpusing sana-sini mencari alamat yang satu itu. Ditambah pula dengan sikap vandalisme dan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang merosakkan papan tanda dan papan tunjuk arah. Papan nama jalan juga tidak terlepas terkena mushibah.

Habis bertepek-tepek dengan pelbagai iklan dan poster. Hatta iklan along dan pusat tukang urut berderet menutupi tulisan di papan tanda itu. Sampaikan papan tanda ke Masjid Al Ghufran yang gah itu pun juga menjadi mangsa.



Tulisan di papan tanda menjadi terhalang dan terkambus. Lantas menukarkan fungsi papan tanda daripada menyenangkan pengembara kepada teraba-raba mencari lokasi yang ditujuinya. Silap haribulan sesat sampai ke Bukit Belacan atau ke bulan pula. huhuhhu

Akhirnya daerah yang dilawati itu mendapat malu. Seolah-olah pihak berkuasa tempatan (dalam kes ini DBKL) gagal mengindahkan kawasan dan tidak membantu menjadikan kawasan tersebut mesra pelawat!

Ini belum lagi perihal papan tanda yang terhalang dengan pokok, tersorok ataupun terperosok di celah-celah bangunan.

Kegagalan memulihara dan menyelenggara papan-papan tanda ini telah menyebabkan wang rakyat yang dilaburkan untuk kemudahan itu menjadi lebur. Habis begitu sahaja.

Hal ini belum diperkirakan meletakkan papan tanda secara sebarangan. Sesetengahnya diletakkan secara bersimpang siur, bersepah dan sesuka hati hingga mengelirukan.

Di sesetengah tempat papan tandanya tidak mengikut piawaian yang seragam. Kadang-kadang saiz papan terlalu kecil dan tulisan halus-halus.

Itu belum lagi ada papan tanda tetapi selepas menjejaki beberapa jauh tiba-tiba penunjuk arah itu hilang entah ke mana!

Sebagai contoh dari dari Alor Setar jelas kelihatan papan tanda ke Bukit Kayu Hitam. Sebaik tiba di Changlon, tiba-tiba penujuk arah ke Bukit Kayu Hitam ghaib begitu sahaja. Ini menyebabkan ramai pengembara terkial-kial mencari arah! Apa lagi, maka bertambun-tambunlah maki hamun dihadapkan ke majlis tempatan.


Fenomena ini lumrah di negara ini. Namun keterbiasaan yang satu inilah telah mencacatkan negara. Ia membuatkan semua orang jengkel!

Pendek kata perkara yang remeh seperti ini sepatutnya tidak menjadi perkara besar jika pihak berkuasa cemerlang menyelenggara, menjaga dan bertindak efektif.

Begitu juga dengan awam, harus memelihara papan-papan tanda ini. Ia ibarat maruah sesebuah kawasan. Kalau papan tanda sudah penuh dengan daki, tempelan dan kotoran, seolah-olah ia menggambarkan kawasan itu penuh dengan onar, kemuraman atau ketidakamanan.

Kata seorang sahabat kepada maza, sewaktu dia pergi ke London, dia tidak pernah tersesat. Ini disebabkan papan tandanya begitu berkesan dan menunjuk arah tepat. Tetapi di Malaysia ada sesetengah tempat itu berlebih-lebihan papan tanda hingga mengelirukan dan membuatkan pengunjung sesat. Itu belum lagi papan tanda yang hilang, lesap dan lenyap dari pandangan.

Alahai kan?! huhuhu

Ralat
  1. Bukan semua orang mampu beli GPS
  2. Ada gadget GPS pun kalau tidak ada papan tanda petunjuk, kesukaran mencari lokasi menjadi beban berganda.

***Terima kasih Nizah Abdul Shukor, Pn. Azma, Cemara kerana sudi menjadi pengikut maza yang tak fofular ini.. hehehehehe



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails