‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 26 Ogos 2011

Terkandas dipasung aral melintang. Tidak ku sangka begini jadinya.

Ku sangka boleh pulang ke kampung pada hari ini (Jumaat : 26/08/2011). "Perjalanan jauh tidak ku rasa, ingin berjumpa sanak-saudara yang jauh nun di mata. Ooo .. sob! sob! sob!"

Rupanya malang tidak berbau. Geruh berbuat aral di pertengahan jalan. Tiba-tiba kedengaran suara sumbang dari celah-celah tabir bilik boss besar. 


Gambar: Selamat Hari Raya ya kengkawan. Ampun dan maaf dipinta di atas kesalahan maza & keluarga.

"Nampaknya kita semua tidak boleh balik awal hari ini. Lagi pun minggu depan kita semua bercuti. Jadinya kerja-kerja yang berbaki ini (pada hal boleh ditunda sehingga naik cuti) kenalah disiapkan. Dengan ini kita akan stay back sampai selesai kerja." kata-kata kejam yang dilontarkan oleh seorang boss di saat malam likur semakan luput dan lebaran semakin memanggil.

Sekarang sudah masuk jam 11.10 malam. Maza masih tinggal di pejabat lagi. Entah jam berapa baru boleh pulang, gerutu hati maza! 

Mengikut kadaran jumlah baki kerja, mahu akan selesai jam 3.00-4.00 pagi. Aduhhh! Rosak program haku! uhuk..

Fizikal dan kederat memang masih ada di pejabat. Tetapi jiwa, naluri dan nafsu semuanya sudah sampai ke kampung sana. Sudah terbayang sanak saudara, rendang, ketupat, kuih, ayam dan itik semuanya bagai. 

"Boss boleh saya balik awal hari ini (pada hal sudah hampir separuh malam)? Lagi pun saya dapat rasakan sekarang ini betapa rindunya anak dan isteri saya di rumah sana. Mesti mereka sedang resah dan mengadu sesama sendiri mahu memagut tubuh saya yang tidak menjengukkan diri sedari awal subuh tadi. Lagi pun saya sudah tidak biasa balik lewat semetentelah di akhir-akhir Ramadan." cubaan berani berbaur simpati maza untuk pulang awal sebentar tadi.

"Oh begitu! Nenek saya yang berusia 100 tahun tu pun nak memagut tubuh saya juga. Emak ayah saya pun baru pulang dari England setelah hampir setahun di sana. Itu pun mereka mahu memeluk cium tubuh saya. Sudah! Selesai kerja ini kita boleh balik sama-sama. Tak kiralah sampai empat pagi sekali pun. Kalau sudah siap kerja tentulah kita juga senang mahu beraya. Tidak perlu rungsing lagi." kata-kata boss yang berbau kejam! Kejam! Kejammmm!!!!...

"Aderrkkk .. tapi boss, kerja ini dan raya nanti akan lebih manis serta bermakna kalau boss sediakan sekali duit raya untuk kami .. ihik!" sekali lagi, barangkali cubaan terakhir untuk mendapatkan duit raya setelah sudah pasti tiada bonus bakal diberikan. Maza juga sudah lupa bila kali terakhir kami merasa bonus. Uhuk!

"Hmm ... kalau begitu, elok juga saya belanja awak air teh. Bedah! Belikan (buatkan sebenarnya) air teh untuk si maza dan yang lainnya. Saya belanja sebagai duit raya!" boss menggunakan politik autanya untuk memujuk kami yang semakin membarah.

Aderrrkkkk ... tetiba di dalam hati ada hiba. Emaakkkkk ... maafkan anakanda kerana tak dapat pulang sekarang atau esok hari sebab terpaksa, dipaksa untuk bekerja keras! uhuhuhuhu...


Rabu, 24 Ogos 2011

Kini tibalah masanya, Lebaran sudah bermula

Kad Ucapan Selamat Hari Raya

Salam aidilfitri maza hulurkan kepada kengkawan.

Malam ini sudah bermula malam TUJUH LIKUR ya kengkawan. Bermakna tinggal kurang seminggu lagi mahu raya aidilfitri.

Maza sekeluarga dengan perasaan rendah diri hendak memohon ampun dan maaf, zahir dan batin di atas segala kesilapan dan kesalahan yang pernah kami lakukan ke atas kengkawan sepanjang bersiaran di alam maya ini.

Maza merafak sembah sekiranya maza termakan atau terminum dari hasil kengkawan sekalian, mintalah ia dihalalkan. Sesungguhnya segala kebaikan yang kengkawan curahkan tidaklah dapat maza membalasnya. Maza hanya mampu berserah kepada Allah. Kerana Allah sahajalah yang layak membalas segala kebaikan kengkawan itu.

Dari hal ini, maza sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Merdeka!




Selasa, 23 Ogos 2011

Merdeka! Merdeka! Merdeka! .... MERDEKA RAYA!

Seantero dunia mengetahui bahawa 31.Ogos hari kemerdekaan kita.

Jadi dikesempatan ini maza sudah terjah ke Tugu Negara bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan tersebut.

Gambar 1: Tugu Negara. (National Monument)
Dengan semangat yang berbaki di bawah terik matahari di bulan Ramadan ini, maza mengusung dengan penuh kederat ke hulu ke hilir memikul bendera; Jalur Gemilang. 

Gunanya Jalur Gemilang itu nanti mahu dibikin props (latar belakang) karya maza. 
Lagi pun terpaksalah maza lakukan sendirian begitu. Ini gara-gara tukang pikul bendera sudah melarikan diri dan mahu berteduh di bawah astaka sana. Panas kata Nasrun yang baru berumur 7 tahun. Maza terpaksa mengalah sedangkan anak kecil ini masih bertahan berpuasa.

Memang terik matahari sedang memancar ganas. Apa tidaknya, maza tiba tatkala azan zuhur sedang bergema.

Gambar 2: Meninjau lokasi

Hasilnya ramai orang memerhatikan gelagat maza.

Dalam pada itu tanpa disangka-sangka, buah cempedak jadi nangka, tindakan sepontan maza telah membuahkan hasil kejituan semangat nasionalisme. Satu perasaan yang hebat berkunjung di dalam hati mereka.

Tidak semena-mena ada antara pengunjung tersebut melaungkan perkataan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!" Terpancar sudah erti cintakan negara. Menyelami erti sebuah kebebasan.

Gambar 3: Menjulang Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Merdeka!
Melihatkan gelagat mereka yang melontarkan tangan ke udara penuh semangat itu sambil mengadap maza , maza tersenyum sendirian. Lalu maza mengambil peluang merapati salah seorang daripada pengunjung tersebut. Cadangnya mahu menemuduga.

"Terima kasih encik." sapa maza

"Enggak apa-apa pak. Kita kan serumpun gitew lorrr. Saling mendukong jiran tetangga." jawab pemuda itu sambil tersenyum murni.

Maza terkesima. Tercengang dan terasa sedikit canggung. Sangkaan maza jauh meleset. Maza kira mereka orang tempatan. 

Ahad, 21 Ogos 2011

Sahut Menyahut di Hari Raya

Dalam mood raya ... semua sekali harus ceria. Seperti dijangka paling seronok ialah anak-anak. Sungguh pun begitu, sebagai ibu ayah harus bergembira sama, barulah kegeriang terpancar sealam semesta. 

Lantaran itu, maza dan darling sedang membanting tulang, bekerja keras memecah batu, untuk memastikan hari raya tahun ini lancar, meriah lagi ceria.

Untuk menjayakan projek tersebut kami menerjunkan diri menguli tepung, membacuh adunan, mengacu cetak untuk bikin kuih. Sebenarnya kuih-muih ini untuk anak-anak dan tetamu (tu pun kalau ada tetamu yang sudi datang ... uhuk)

Untuk melancarkan perjalanan persediaan proses membanting tulang tersebut; kata orang penyuntik semangat, kami anak beranak sesekali bergelek-gelek pinggang, melentik-lentikkan jari sambil diiringi muzik Aidilfitri dari  Sanisah Huri:-


    Minggu ini juga minggu 7 likur, ramai pergi membeli-belah termasuk maza. Membeli-belah sana sini sekadar memeriahkan acara, selebihnya kami tetap bersederhana. Seorang sepasang baju sudah! hehehehe

    Oh, sebelum itu En. Ismail N blogger DLSL ada mengaturkan sebuah cabaran sempena hari raya ini. Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya menjadi tajuk pilihan dan maza sudah pun menyahut cabaran itu. Kengkawan bolehlah menyemak entry sambutan cabaran tersebut oleh maza di sini (Satu Hari Di Hari Raya).

    maza menggalakkan dan mengajak kengkawan turut serta dalam cabaran tersebut bagi memeriahkan lagi suasana hari raya tahun ini. hehehe....

    Untuk pengetahuan kengkawan juga, tahun-tahun lalu maza sempat mengatur-cara entry khas sempena Ramadan dan Syawal. Cerita-cerita terdahulu adalah seperti berikut (sila klik untuk paparan langsung):-
    1. Aku dan Ramadan
    2. Aku dan Ramadan #2
    3. Ramdhan: Di Kampung Cacing #1
    4. Ramadhan: Di Kampung Cacing #2
    5. Ramadhan: Di Kampung Cacing #3
    6. Ramadhan: Di kampung Cacing #4
    7. Ramadhan: Di Kampung Cacing episod akhir
    8. Ramadhan: Geruh di tempat kerja #1
    9. Ramadhan; Geruh di tempat kerja #2


      Jumaat, 19 Ogos 2011

      Pasar Malam, Bukit Ayam, Kluang

      Julai 4, 2011 - Bukit Ayam letaknya di batu tiga jalan Kluang-Mersing. Bukit Ayam benar-benar bersebelahan jalan Kluang-Mersing. Kalau dari arah Kluang ke Mersing ia di sebelah kanan. Dahulunya ia sebahagian daripada Pasar Malam Kampung Melayu, tetapi hari ini ia mempunyai identiti tersendiri.

      Gambar 1: Pasar Malam Bukit Ayam, Jalan Mersing, Kluang, Johor

      Pasar Malam di Bukit Ayam ini cukup luas. Terdapat berbagai barangan ditawarkan. Daripada barangan basah seperti ikan, sayur, makanan berat dan ringan hinggalah barangan kering seperti mainan, pakaian, peralatan rumah dan lain-lain.

      Gambar 2: Terbang di angkasa

      Apa yang menari ialah kawasan pasar malam ini memang khusus diwujudkan di atas bukit dan berdekatan jalan utama Kluang-Mersing. Namun ia tidak menyebabkan kesesakan lalulintas berikutan kedudukannya sedikit ke tengah sana.

      Gambar 3: gula-gula kapas

      Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah gerai makan, surau dan tandas. Cuma air di surau atau tandas agak kecil dan kadangkala terpaksa menunggu giliran!

      LinkWithin

      Related Posts with Thumbnails