Halaman

Ahad, 21 Ogos 2011

Sahut Menyahut di Hari Raya

Dalam mood raya ... semua sekali harus ceria. Seperti dijangka paling seronok ialah anak-anak. Sungguh pun begitu, sebagai ibu ayah harus bergembira sama, barulah kegeriang terpancar sealam semesta. 

Lantaran itu, maza dan darling sedang membanting tulang, bekerja keras memecah batu, untuk memastikan hari raya tahun ini lancar, meriah lagi ceria.

Untuk menjayakan projek tersebut kami menerjunkan diri menguli tepung, membacuh adunan, mengacu cetak untuk bikin kuih. Sebenarnya kuih-muih ini untuk anak-anak dan tetamu (tu pun kalau ada tetamu yang sudi datang ... uhuk)

Untuk melancarkan perjalanan persediaan proses membanting tulang tersebut; kata orang penyuntik semangat, kami anak beranak sesekali bergelek-gelek pinggang, melentik-lentikkan jari sambil diiringi muzik Aidilfitri dari  Sanisah Huri:-


    Minggu ini juga minggu 7 likur, ramai pergi membeli-belah termasuk maza. Membeli-belah sana sini sekadar memeriahkan acara, selebihnya kami tetap bersederhana. Seorang sepasang baju sudah! hehehehe

    Oh, sebelum itu En. Ismail N blogger DLSL ada mengaturkan sebuah cabaran sempena hari raya ini. Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya menjadi tajuk pilihan dan maza sudah pun menyahut cabaran itu. Kengkawan bolehlah menyemak entry sambutan cabaran tersebut oleh maza di sini (Satu Hari Di Hari Raya).

    maza menggalakkan dan mengajak kengkawan turut serta dalam cabaran tersebut bagi memeriahkan lagi suasana hari raya tahun ini. hehehe....

    Untuk pengetahuan kengkawan juga, tahun-tahun lalu maza sempat mengatur-cara entry khas sempena Ramadan dan Syawal. Cerita-cerita terdahulu adalah seperti berikut (sila klik untuk paparan langsung):-
    1. Aku dan Ramadan
    2. Aku dan Ramadan #2
    3. Ramdhan: Di Kampung Cacing #1
    4. Ramadhan: Di Kampung Cacing #2
    5. Ramadhan: Di Kampung Cacing #3
    6. Ramadhan: Di kampung Cacing #4
    7. Ramadhan: Di Kampung Cacing episod akhir
    8. Ramadhan: Geruh di tempat kerja #1
    9. Ramadhan; Geruh di tempat kerja #2


      19 ulasan:

      1. meriah sungguh hang beraya...
        tahun nih raya dimana??

        BalasPadam
      2. :D Bersederhana dalam berbelanja tetapi meriahkan dengan sambutan...

        BalasPadam
      3. em,dah terasa bahang 'idilfitri..ramadhan semakin berlalu..smoga kita bertemu dgn ramadhan akn dtg.. :(

        BalasPadam
      4. sepasang sorang mmg dah cukup...tp tahun ni, saye mmg tak beli baju melayu...recyle tahun2 lepas punya..hehe...

        p/s-bakal menjengan entry2 yg maza listkan tuh....insyaAllah

        p/s lagi-best jugak kalau dpat brtandang ke rumah maza, bolehlah rasa kueh tuh...hehe

        BalasPadam
      5. Bagus tu, bantu darling menguli tepung dan buat kuih sendiri.
        Kak Long shopping online aje buat anak-anak. Cuma baju Melayu aje, cik abang kena cari dengan hero-hero tu.

        BalasPadam
      6. jangan makan sambil masak pulak, bro
        tak sempat hidang raya nanti
        hehe

        kami guna resepi kuih tunjuk je tahun ni

        BalasPadam
      7. hehe aku lebih kurang macam tehr je..
        hidang kuih beli aja.. kerepek sikit2.. dan ole2 dari Apollo utk budak2 hahaa..

        BalasPadam
      8. raya kat kg sendiri dan mertua.. sekali jalan aje.. ahaks..

        BalasPadam
      9. ..boleh, boleh... meh ler datang ..

        BalasPadam
      10. ..sambil mencetak, meng-kdinap barang seketul kuih yg dah masak..
        kalau beli kat kedai, sudah tentu tak boleh buat macam tu.. ahaks...

        BalasPadam
      11. .oppps... memang macam tu pun, masak dan makan.. ahaks..

        BalasPadam
      12. ..kebetulan isteri rajin pulak semenjak beberapa tahun raya ni....
        kita tumpang ajelah.. ahaks

        BalasPadam
      13. Mak oiii semangatnya raya dia? mengalahkan budak2 dah nie.. Nasrun pon sure tangkap hairan he he.. Kawe ingat kawe jer banyak entri raya. Rupanya abang encem pon sahut menyahut gak. Lepas raya nanti kita lawan entri gambar2 raya yer Maza... kasi tempek sana sini, volleh?
        Btw, thanks sbb promote blog kawe yg merapu tu.. duit raya kita runding nanti yer... :wink:

        BalasPadam
      14. Kawe mintak tolong Giants la tahun nie.. Kasi upah ala kadar jer... :D

        BalasPadam
      15. ..hahahaha.. hampeh!

        maza memeriahkan suasana jerk abg mail.. kata org sbgi catalyst utk anak2 ihik!..

        wah.. mau tepek gambo raya? .. lagi encem abg mail bikin contest mcm Cabaran Blogger yg itew.. hehehehe,
        tontulah akan lebih meriah dan ramai penyertaan gitew.. tak gitew abg mail. hehehehehe

        BalasPadam
      16. Sape yg nak beraya ni???
        Anak ke
        Bapak budak ni????

        BalasPadam
      17. errr... errr.. err.. satu family...
        ahaks.. hehehehe

        BalasPadam

      Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini