Seantero dunia mengetahui bahawa 31.Ogos hari kemerdekaan kita.
Jadi dikesempatan ini maza sudah terjah ke Tugu Negara bagi memeriahkan lagi sambutan hari kebangsaan tersebut.
Gambar 1: Tugu Negara. (National Monument) |
Dengan semangat yang berbaki di bawah terik matahari di bulan Ramadan ini, maza mengusung dengan penuh kederat ke hulu ke hilir memikul bendera; Jalur Gemilang.
Gunanya Jalur Gemilang itu nanti mahu dibikin props (latar belakang) karya maza.
Lagi pun terpaksalah maza lakukan sendirian begitu. Ini gara-gara tukang pikul bendera sudah melarikan diri dan mahu berteduh di bawah astaka sana. Panas kata Nasrun yang baru berumur 7 tahun. Maza terpaksa mengalah sedangkan anak kecil ini masih bertahan berpuasa.
Memang terik matahari sedang memancar ganas. Apa tidaknya, maza tiba tatkala azan zuhur sedang bergema.
Gambar 2: Meninjau lokasi |
Hasilnya ramai orang memerhatikan gelagat maza.
Dalam pada itu tanpa disangka-sangka, buah cempedak jadi nangka, tindakan sepontan maza telah membuahkan hasil kejituan semangat nasionalisme. Satu perasaan yang hebat berkunjung di dalam hati mereka.
Tidak semena-mena ada antara pengunjung tersebut melaungkan perkataan "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!" Terpancar sudah erti cintakan negara. Menyelami erti sebuah kebebasan.
Gambar 3: Menjulang Jalur Gemilang dengan penuh semangat. Merdeka! |
Melihatkan gelagat mereka yang melontarkan tangan ke udara penuh semangat itu sambil mengadap maza , maza tersenyum sendirian. Lalu maza mengambil peluang merapati salah seorang daripada pengunjung tersebut. Cadangnya mahu menemuduga.
"Terima kasih encik." sapa maza
"Enggak apa-apa pak. Kita kan serumpun gitew lorrr. Saling mendukong jiran tetangga." jawab pemuda itu sambil tersenyum murni.
Maza terkesima. Tercengang dan terasa sedikit canggung. Sangkaan maza jauh meleset. Maza kira mereka orang tempatan.
Rupa-rupanya mereka dari tanah seberang, tanah Surabaya. Pemuda ini tanpa rasa ragu-ragu telah melaungkan kata-kata keramat dengan lantang di medan lapang di Tugu Negara ini.
Sesuai dengan Tugu Negara sebagai ikon pelancongan, ramai warga asing yang berkunjung di sini.
Sedang maza tertonggeng-tonggeng dengan bendera diselitkan di belakang dan memeriksa 'senjata kontot" maza, maza telah dirapati oleh dua orang gadis jelitawan dan seorang makcik.
Mulanya mereka berbincang sesama sendiri sambil meluruskan jari telunjuk ke arah maza. Maza tidak mempedulikan mereka sambil terus menumpukan karya entah apa entah maza itu.
Gadis cun melecun ala-ala model datang merapati maza. Salah seorang dariapada mereka mula menegur maza dalam bahasa Cina. Kedengaran seperti loghat Manderin.
"&(**^$#$$$% ... *^$*(^" kata gadis itu yang sepatah haram maza tidak faham.
"Maaf, saya tidak faham. Cakap Bahasa Malaysia, boleh?" maza membalas agak serious.
" ... " Mereka tercengang dan sedikit gugup.
Kemudian maza menyambung semula, "Pordon me, I can't barely understand. Would you mind to speak in Bahasa Malaysia or Englis please?" maza menerangkan kondisi maza.
"Sorry, I'm from China. Can I borrow your.. errr.. aa. flag?"
"Sure..." maza melemparkan senyuman mesra kepada mereka.
Apa lagi dengan ghairahnya mereka berposing dengan Jalur Gemilang, mengalahkan rakyat tempatan ghairahnya. hehehehe ...
Alang-alang sudah ada peluang, maza ambillah kesempatan. Opps.. jangan fikir bukan-bukan ya kengkawan.
Maza meminta izin agar mereka memberikan pose istimewa sempena di ambang hari kemerdekaan. Lalu mereka setuju.
Dalam pada melayani kedua gadis dan seorang makcik dari China itu sambil menunjukkan gambar yang baru ditangkap tadi, tidak semena-mena bendera maza sudah hilang.
Maza toleh sana, toleh sini. Rupa-rupanya bendera itu sudah beralih dari satu tangan ke satu tangan. Warga asing entah dari benua mana menggunakan bendera itu sebagai props untuk bergambar. Mereka cukup girang dan maza tersenyum.
Puas mereka bergambar, mereka pun pulangkan semula bendera itu. Tak kurang pula ada yang mahu menghulurkan duit sebagai upah persetujuan maza memberikan kebenaran menggunakan bendera itu, tetapi maza menolakknya. Maza bukanlah mencari kesempatan dalam hal-hal demikian. Sekadar berkongsi kegembiraan di Hari Kemerdekaan negara!
Jadi kengkawan, kurang dari seminggu kita akan menyambut Hari Kebangsaan dan dalam masa sama kurang dari seminggu juga kita berhari raya.
Sambil-sambil kita beraya tak salah kita kibarkan Jalur Gemilang, kan , kan, kan.. maka tercetuslah MERDEKA RAYA! ahaks..
:D Semangat Merdeka Raya!
BalasPadamMerdeka! Merdeka! Merdeka! semangat ehhhh... siap bawak bendera. Mana tak amoi-amoi usha.. he he...
BalasPadamPsttt.. awat terang-terang dan panas-panas pakai flash besar? Tak kuat ker lampun matahari?.. he he.. Ini mesti kes malas nak bukak flash.
wah mmg terhebat kurun ke 2011 saya ada mesti rasa bangga pada negara sndri..
BalasPadam..merdeka! hehehehe
BalasPadam..hehehe.. sebenarnya pakai flash tu abg mail.. sbg cth gambar ahmoi yg posing2 itew...
BalasPadamtapi bila di cucuh menghala ke patutng sebesar2 umat itew, flash-nya tak berdaya menyerlah menentang sinar matahari.. ihik!..
kena tambah besar punya flash satu kali.. tak pun bawak payung yg ada flash itew.. hehehehe
psst: kalau pakai lampu suluh LED karang, melampau lah fulaks.. nanti tak pasal2 pak guard tuduh maza meleser kan patung yg itew.. ahaks..
..opsss.. Of Course gitew.. hehhee
BalasPadamMerdeka!.. Raya!
ahaks..
whoaa maza mmg punya smagat anak merdeka yg kuat.
BalasPadamOrng lain semua igt nak beraya je. ahaks ;)
Anyway suka pic yg maza tangkap. Sharp dan beautiful. indeed :)
Ish2..nape ditolak rezeki itu bang..haha..duit2..
BalasPadamEm,mujurlah mereka ni tak pinjam maza utk dijadikan tugu.. :D
nampaknya cuaca juga sangat membantu
BalasPadamcerah dan ceria
tiba ketika dialog pelancong china tu aku dah tergelak
aku pun dah tak faham
huhu
Alahai...
BalasPadamComelnya org yg memakai baju putih, ada topi & siap letak bendera di belakang tu..
Sape ek???
Tak menahan tang perut tu pulak! :-P
Lambang kemakmuran tu.. ahaks
BalasPadamOpps.. hahahah...
BalasPadamkita sama2 gelak..
..rasanya maza layak jadi tugu percintaan... opps..
BalasPadamihik.. lalalala..
hahahaha
Merdeka! Raya! ahaks.. hehehehe
BalasPadamopp.. terima kasih abg nizam.. maza baru merangkak jua gitew..
Teringin le nak bergambo kat tugu tu, dulu kalau pi KL tak pernah nak sempat pi melawat kat sana
BalasPadam... senang2 boleh datang kat sini, bukan kena tiket masuk pun.. hehehehe
BalasPadammeh ler...
Dah lama saya tak pegi tugu negara ni. Masa kecil2 dulu pegi ikut rombongan sekolah. Apa2 pun bila tgk entri ni terimbas kenangan lalu. Tahniah dan MERDEKA !
BalasPadamMedeka! hehehehe
BalasPadamkalau mau buat rombang che kiah ke tempat seperti itu mau ajak sama maza pun volleh?
ihik!