Julai 4, 2011 - Bukit Ayam letaknya di batu tiga jalan Kluang-Mersing. Bukit Ayam benar-benar bersebelahan jalan Kluang-Mersing. Kalau dari arah Kluang ke Mersing ia di sebelah kanan. Dahulunya ia sebahagian daripada Pasar Malam Kampung Melayu, tetapi hari ini ia mempunyai identiti tersendiri.
|
Gambar 1: Pasar Malam Bukit Ayam, Jalan Mersing, Kluang, Johor |
Pasar Malam di Bukit Ayam ini cukup luas. Terdapat berbagai barangan ditawarkan. Daripada barangan basah seperti ikan, sayur, makanan berat dan ringan hinggalah barangan kering seperti mainan, pakaian, peralatan rumah dan lain-lain.
|
Gambar 2: Terbang di angkasa |
Apa yang menari ialah kawasan pasar malam ini memang khusus diwujudkan di atas bukit dan berdekatan jalan utama Kluang-Mersing. Namun ia tidak menyebabkan kesesakan lalulintas berikutan kedudukannya sedikit ke tengah sana.
|
Gambar 3: gula-gula kapas |
Antara kemudahan yang boleh didapati di sini ialah gerai makan, surau dan tandas. Cuma air di surau atau tandas agak kecil dan kadangkala terpaksa menunggu giliran!
Pasar Malam di Bukit Ayam hanya dibuka pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu malam Ahad.
|
Gambar 4: Jagung rebus dan kacang rebus |
Jika ada ke sini, anda harus mencuba sataynya. Sataynya cukup istimewa dan terdapat beberapa buah gerai yang menjual satay. Anda patut mencuba rojak singapura, air katira, yong taufu dan jagung bakar.
|
Gambar 5: Gadis Rojak Singapura |
Rojak singapuranya cukup istimewa dengan kuahnya secukup rasa. Begitu juga dengan air katira yang amat sukar dan jarang sekali diperolehi. Air katira dari Johor ini sungguh istimewa dan berlainan sekali yang diperolehi di Kuala Lumpur ini.
Jadi kengkawan, jika kengkawan ke Kluang pada hujung minggu nanti, jangan lupa singgah di pasar malam ini. Ia bermula dari jam 6.30 petang hingga ke 10.00 malam.
|
Gambar 6: Ayam goreng untuk nasi lemak panas |
|
Gambar 7: Ayam Goreng |
|
Gambar 8: Deretan air yang enak-enak belaka |
|
Gambar 9: Aiskrim istimewa |
|
Gambar 10: Kain Ela |
|
Gambar 11: Memilih tudung |
|
Gambar 12: Mainan |
|
Gambar 13: Taukeh muda |
Tidak lama lagi malam Tujuh Likur ya kengkawan. Bukan setakat petanda makin hampir raya, pelita-pelita mula didirikan, juga jangan lupa perihal malam lailatulqadar....
Selamat berjumaat!
nak kacang rebus hee..roti jhon tak der ke bro huu//den dah rasa lapar plk heee
BalasPadamayam panggang mau?
BalasPadamhehehehe
abenda yang Maza beli sampai tak cukup jari nak jinjing
BalasPadamGambar air katira takdrker?teringat masa sekolah dulu..5thn berbuka ngan air katira..mg unik rasanya..ntah biler nak pi johor lg
BalasPadamLama tak ke pasar malam.. Sekali sekali pergi best juga! :D
BalasPadam..hahahahha.....
BalasPadammaza pergi lenggang lenggok jer.. beli satay satu kali sudah!.. hehehehe
..aduh air katira. aduuhhhhhhh
BalasPadamsedap tuuuu.. setakat hari ini, air katira di Johor the best...
in fact kat kampung abg pun tak der air katira ni... huhuhuhu
kena pergi Kluang baru dapat dek.. uhuk!..
ooopps.. sudah meleleh lah pulak air liur ni.. kecur sudah! aderkkkkk!!!!!
heehehehe.. elok pergi bro... membantu industri IKS katanya..
BalasPadamhahahahaa
Meriah betul Pasar Malam Bukit Ayam. Kemudahan yang disediakan pun kedengaran menarik untuk dikunjungi.
BalasPadamSepanjang Kak Long tinggal di Kem Bt 3 Kluang dulu, Kak Long cuma kenal sekitar bandar Kluang dan kem itu sahaja. Tak pernah dengar pula nama Bukit Ayam ini. Nantilah kalau ada peluang berjejak kasih lagi ke Kluang, nak juga melawat kawasan ni.
wah....baru ku teringat betapa sudah lamanya tak pergi ke pasar malam...ahaks
BalasPadam..harus dilawati kak long.. sataynya sedap, tak sama langsung dgn apa yg ada di KL ni.. hehehe
BalasPadamwah kak long pun org kem rupanya.. hehehe soldier gitew?
Sekarang Kluang pesat membangun, maza sendiri pun boleh sesat! ahaks.. walhal Kluang tu lah tempat maza racing basikal! hehehehe
Uiks..nanti adele boleh ler buat cover story pasal pasar malam di Semenyih tu ya?
BalasPadamhehehehe..
dah lama juga aku singgah kat mana2 pasar malam
BalasPadamkalau sekali sekala bawa anak2 jalan2, memang best, kan?
nak gula2 kapas!!!
BalasPadamboleh terbayang2 pasar mlm dkt rumah sy
satay, cucur udang, mee kari, cendol... aiiissshhhhhh terliur!!
...pulak tu terserempak dgn gerai menjual mainan.. memang 'best' dengar ragam mereka.. hehehehe.. rabak sehhh..
BalasPadam..hahahahah...
BalasPadamdulu2 maza suka makan gula kapas, siap gambar bear lagi tau!.. hahahaha
psst: balik Malaysia jom kita shooting sama2? hehehe
memang meriahlah.. macam2 ada..
BalasPadamPromo cuti-cuti Kluang ke ni Maza... Makin dasat ehhh.. pegi pasar malam bawak kamera gedebak... :wink:
BalasPadamGula kapas.. ramai yg meminatinya.. biarpun umur dah .......... :wink:
BalasPadam..maza tembak senyap, merangkak-rangkak.. malu gitew.. ihik!...
BalasPadamhehehehe
Cantiknya gambar2 maza ni. Clear habis
BalasPadamTak pernah lagi jejak ke Bukit Ayam, Kluang.
Tiba2 teringat pulak yg sy ni pun da lama x pergi pasar malam ;)
Maza,
BalasPadamanak soldier gitew.
Memang kena melawati tempat jatuh lagi dikenang tu!
Kali ini tidak lampu minyak tanah yang dipasang seperti sebelum-sebelum ini tapi diganti dengan light chaser :-)
BalasPadamp/s: gambar pertama diambil sebalik semak tidak kena gigi dek Tungau ker? :-)
hehehe.. terima kasih abg nizam..
BalasPadamelok singgah ke pasar malam sekali sekala.. barulah truely Malaysian. .ahaks..
sebenarnya gambar pertama tu di ambil di tepi jalan jerk.. ihik!
BalasPadamBila tgk gambar makanan ke air ke tgh pose ni semua nmpk sodap!
BalasPadamhuhuhu
COP!
kesian gamba apek pun kena amik... Nasib apek sporting senyum je
hehehe.. anak tokey tu...
BalasPadamtokey sayur
try ice blenz die... perghhhhh... mmg kaww... penjual pn mesra aje... jagung die, makk ngaiiii... manyak syok... kedai kaler kuning kalu x silap... gi la try... hehe
BalasPadamHari jumaat memang tak ade kacang rebus ke
BalasPadamNihu
BalasPadam