‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 12 Jun 2011

Sambal Ketuk

Gambar 1: Ramuan

Anda bolehlah mengambil nota resepi bahan ramuan itu dari gambar yang disediakan seperti di atas.

Pengenalan

Semenjak tersiarnya entry Ke Dapur: Pertama Kali lalu, menyebabkan saya menerima pelbagai mesej.

Antaranya meminta malah menyuruh saya untuk menyampaikan skil kungfu membuat sambal; terutamanya sambal ketuk, yang saya tuntut dan praktikan sejak lebih 15 tahun itu.

Belakang di atas kelebihan dan kesempatan di hujung minggu lalu, setelah memerah otak untuk menjejak kembali skil yang sekian lama tertinggal, akhirnya dengan penuh keringat saya lontarkan kesemuanya di sini dengan dokumentari bergambar.

Diharapkan saudara sekelian dapat memanfaatkannya dan berpuas hati.

Asal-Usul Sambal Ketuk

Arakian tersebutlah kisah akan namanya sambal ketuk diambil daripada perkataan Jawa.

Bermulalah cheretera bahawa sebagaimana semua orang sudah ketahui, sambal adalah kata nama gantian ke atas sejumlah cili atau lada yang dikisar atau dilenyek untuk dijadikan makanan. Kemudian ia dicampurkan dengan beberapa bahan lain untuk dijadikan sambal!

Frasa ‘ketuk’ dalam bahasa Jawa bermaksud menumbuk atau mengetuk cili hingga lumat di dalam lesung.

Jadi gambungan kedua-dua frasa tersebut membentuk satu kata nama baru iaitu “Sambal Ketuk.”

Nama lain bagi sambal ketuk ialah:-

a) Sambal tumbuk

b) Sambal lesung ikan bilis,

Cara-cara Penyediaannya

Cara penyediaanya cukup mudah iaitu dengan mencampurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam lesung batu. Kemudian tumbuk kesemuanya hingga lumat.

Tetapi lagi elok kalau anda berdisiplin sedikit!

Masukanlah dahulu bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuklah kesemua bawang yang berbuku itu hingga penyek.

Diikuti pula lada atau cili padi.

Terserah kepada anda untuk gunakan lada yang mana satu. Tetapi saya gemar memilih lada akar atau cili api (juga dikenali cabai burung –belah utara) atau lada kecil. Cuba elakan menggunakan lada hijau segar besar sebab magis perisa sebenar sambal ketuk bertukar menjadi perisa 'maung' (tak sedaplah).

Mengikut petua Pak Busu Zali, elok dimasukkan sekali dengan batang-batang lada tersebut tanpa menyiangnya. Dikatakan ia dapat mengurangkan tahap kepedasan yang boleh memijarkan hingga ke lubang telinga. (Erk! Perkara yang satu ini saya tidak dapat pastikan kebenaran mitosnya. Tetapi biasanya saya mengikut sahaja. Hmm, mungkin juga dia menyarankan begitu agar dapat menjimatkan masa untuk menikmati sambal ketuk atau mungkin juga untuk menjimatkan air liur yang sedang meleleh. – (hmm mungkin juga dipendek kata ‘malas nak buang’ hehehehhe)

Setelah agak lumat, masukan pula ikan bilis tersebut. Jumlahnya terpulang kepada anda. Sejemput cukuplah! Kalau banyak pula karang, ia bukanlah dinamakan makan sambal ketuk, tetapi makan ikan bilis bersira lada  – dah macam kucing tompok pulak yang suka curi ikan bilis yang belum sempat emak menyimpannya di dalam gerobok setelah berbelanja di pasar minggu.

Tumbuklah sehingga anda lenguh atau sepuas hati anda! Alahai takkan ini pun nak bagi tahu. Agak-agak sendirilah mahu halus ke atau mahu kasar ke.


Gambar 2: Sedia Untuk Dihidangkan

Kalau saya, lebih sukakan yang kasar. 

Setelah selesai apa lagi dihidangkanlah.

Masa Untuk Kudapan (makan petang)
Gambar 3: Menu Minum Petang

Kali ini saya berkesempatan menikmati hidangan istimewa tersebut dengan jemput-jemput ikan bilis bersama air teh susu (jemput-jemput dan air teh buatan tangan isteri, saya bikin sambal ketuk aje.. ahaks!).

Menikmatinya di waktu petang dengan suasana damai... perkhhh! Memang cukup 'fantastic', 'fabulous', atau dengan kata lain ialah ‘super best’.

Saksikanlah gerak gambar perlahan seperti di bawah ini! Memang mengacam habis!




semakin rapat ke mulut 






Perkhhhh! Geranti anda akan tersembur!

Dan sememangnya saya tersembur; keluar bersama sambal ketuk dan jemput-jemput itu. Terkapai-kapai tangan seperti burung kelicap sedang menghisap madu bunga kembang cina, mengibas laju. Sesekali saya berdesis! sesekali berdecap! Tanda sesuatu yang lain macam...

“Aduhhh ..! DARLINGGGGG!!!!" maza jeritkan isteri sambil menepuk dahi.

"Kenapa abang?" Darling menerpa sambil membawa senduk di tangan. Tugasan menggoreng baki jembut-jembut belum selesai.

"Sekali abang lupa letak garam la!..”

Erk! Sekiranya anda perasan dalam ramuan di atas saya tidak sertakan garam. So jangan lupa letak garam ya, kalau tidak ia tidak sesempurna perisa....

Selamat mencuba! Hahahaha

A genuine idea from maza

 psst: gambar guna telefon cap Ayam Patuk Itik aje, sudah ... hehehe...
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails