‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 14 Jun 2011

Tomyam menjadi saduran makanan tradisi Malaysia


Sekarang ini sudah seperti Tomyam (makanan org Siam) ini sudah menjadi makanan rutin rakyat Malaysia. Apa tidaknya, kedai-kedai tomyam tumbuh bagai cendawan baru lepas hujan. Dari utara hingga ke pulau-pulau di selatan tanah air melambak-lambak restoran dan gerai menjual tomyam. Salah hemat sudah seperti tomyam itulah makanan tradisi penduduk negara bertuah ini.

Barangkali, satu hari nanti tomyam akan mengambil alih tempat makanan tradisi yang terkenal seperti ikan asam pedas, masak singgang, laksa, nasi lemak dan soto. Lalu memertabatkan tomyam sebagai hidangan utama rakyat Malaysia!

Apa-apa hal pun, dengan lambakan pelbagai variasi hidangan tomyam telah menyukarkan maza untuk  mengecam yang mana satu tomyam original!

Gambar: mulut kasik muncung panjang, baru nikmat menghirup. hehehe

Percaya atau tidak, di Kuala Lumpur rata-rata restoran mamak juga menghidangkan tomyam!

Rentetan citarasa rakyat negara ini sudah berubah, maka restoran-restoran mamak juga tidak mahu ketinggalan. Mereka juga menghidangkan tomyam.

Di restoran mamak bukannya tukang masak tomyam itu datangnya dari pantai timur atau selatan Thailand, tetapi si mamak itu sendiri memasak tomyam. Penyudahnya jadilah tomyam ala-mamak. Macam-macam bahan tambahan yang dicampurkan selain bahan asas. Antaranya yang pernah maza jumpa ialah memasukkan timun ke dalam tomyam.

Oleh kerana pola makanan rakyat negara ini sudah berubah dengan menggemari tomyam; hinggakan orang kampung sendiri pun hampir-hampir lupa akan ikan singgang, ikan masak asam, ayam masak kari dan bubur cha-cha, menyebabkan setiap daerah di negara ini punyai variasi tomyamnya tersendiri. Namun pengekalan rasa asli tomyam yang menjadi asas masakan iaitu masam, pedas dan serai wangi masih dikekalkan di dalam setiap hidangan.

Mungkinkah selepas ini dunia akan mengenali tomyam versi Malaysia atau tomyam versi Melayu? Ahaks, siapalah yang tahu kan?

Secara peribadinya maza sukakan tomyam yang dihidangkan di dalam mangkuk tanah seperti di dalam gambar-gambar di sini. Kehebatannya terletak kepada kesenian hidangan.

Untuk menikmati hidangan sebenar tomyam, seseorang itu harus memanjangkan muncungnya sepanjang-panjangnya sebelum menghirup berdekit-dekit dan disudahi dengan perkataan, "ahhhh". Enak, kan? hehehehe


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails