‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 14 Ogos 2009

Selamat Tinggal Kawan!


Hari ini terukirlah kembali lembaran sejarah. Seorang kawan dan teman sekerja akhirnya meninggalkan kami semua.

(Gambar: Hakimi dalam kenangan)

Beliau telah berkhidmat hampir tiga tahun dan selama itu jugalah banyak usaha-usaha yang beliau lakukan untuk memajukan syarikat kami.

Tanggal 14 Ogos 2009 (Jumaat) bermulalah episod baru dalam kehidupan dia dan kami. Beliau akan berhijrah ke tempat kerja yang lebih memerlukan perkhidmatan beliau. Hari ini juga beliau memperoleh kerjaya yang terjamin.

Ahmad Hakimi bin Tajol Arus (Graduan Universiti Al Azhar, Kaherah Mesir) akan berkhidmat pula kepada masyarakat umum. Beliau akan melaporkan diri untuk menjadi pegawai JAKIM pada 17. Ogos. 2009.

Untuk teman yang seorang ini maza ingin ucapkan selamat berjuang di jalan Allah dan teruskan berdakwah. Sesungguhnya jalan untuk kamu berbakti kepada Tuhan dan masyarakatmu sudah melebar luas.


Selamat jalan sahabat dan selamat berjuang! Allahu akhbar..









Pinggan ayan: rasa cemburu seakan menyentak hati juga. Maza kira, bilakah pula nasib kerjaya maza akan berubah dan bersinar gemerlapan! Sekurang-kurangnya berbakti kepada keluarga dan masyarakat banyak kalau tidak boleh kepada nusa dan tanah air! huhuhuu
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails