‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 17 Ogos 2009

Pilot: Perlu Bersedia Menyedut Nebulizer?


Ogos 4, 2009 - Seorang pakar datang menghampiri Nasrun. Lalu bertanyakan Nasrun jika mahu menjadi pilot.

Sedang ketika ini Nasrun begitu obses dengan cerita Transformer. Hinggakan dia berangan-angan untuk menjadi juruterbang di kepala Megatron dan Starscreem.

(Gambar: Nasrun ketika berumur empat tahun)

Tambahan pula Nasrun berhajat memperbetulkan minda jahat golongan Decepticon tersebut.

Jadinya Nasrun mahu menyelusuk masuk ke kotak minda Megatron dan Starscreem. Nasrun akan menakhodai mereka di dalam kokpit dua makhluk itu. Kemudian mengemudi mereka kepada keamanan dunia. Dan memperbetulkan akhlak dua makhluk dari planet Cybertron tadi.

"Kalau macam tu Nasrun, Doktor cadangkan Nasrun biasa-biasakanlah menggunakan alat ini, ya. Alat ini dipanggil nebulizer. Nanti bila Nasrun nak pandu kapal terbang, Nasrun pun akan gunakan alat ni. Nasrun pernah nampak kan.., orang bawa kapal terbang pakai ni kan? Nasrun berlatih dulu dan pakai ini, ya!"

Nasrun mengangguk.

Akhirnya Nasrun tertewas dengan helah doktor pakar. Lalu Nasrun menyerah diri. Jika tidak agak mustahil untuk memakaikan alat tersebut untuk menyembuhkan lelah Nasrun. Almaklumlah jerebu, wabak H1N1 dan masalah alam sekitar semakin menjadi-jadi baru-baru ini.


Akhirnya Nasrun terlantar di Hospital Pakar Damansara, wad padriatik selama tiga malam dan empat hari.


(Gambar: Nasrun diberikan nebulizser untuk melegakan pernafasaan dan batuk laranya)





Pinggan Ayan: Berkumunikasi dengan kanak-kanak perlukan idea kreatif untuk memujuknya agar mengikut kehendak kita, kanzz?..

erk! boleh dikatakan sekarang ini zaman darurat dengan wabak selsema babi. Jadinya meh kita berdoa dan solat hajat dengan memohon agar dihindari malapetaka wabak yang membawa keburukan kepada kita dan keluarga. ameeennnn.




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails