Minggu sudah maza ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur. Bukan mahu beli atau mengepos kad raya pun. Cuma terpaksa mengambil bungkusan kiriman yang tidak diserahkan kepada kami disebabkan orang tidak ada di pejabat.
Tiba-tiba maza terserempak dengan notis kenyataan tentang harga setem istimewa untuk kad ucapan hari raya.
Maza perhatikan di tempat pemprosesan surat di Pejabat Pos Besar itu semacam lenggang. Tidak bertambun pun kad-kad ucapan yang dihantar. Barangkali "zaman sudah berubah, dunia semakin maju". Kad ucapan hari raya dianggap tidak berapa relevan lagi.
Di zaman sebelum kehadiran ICT, kad ucapan inilah yang selalu dinanti-nantikan!
Apa tidaknya, inilah peluang untuk mengutus surat kepada sanak saudara dan sahabat handai. Istimewanya lagi, kad raya dijadikan alat untuk 'men-tackle' aweks! hahaha . . .
Bila dapat kad raya, mestilah hidung kembang kempis. Hati menjadi begitu gembira dan teruja!
Dan jangan tidak percaya, kad raya juga boleh menjadi simbol 'eksyen' dengan kawan-kawan! hahaha . . .
Maza masih ingat, ketika beraya di rumah seorang teman, maza lihat habis dinding-dinding rumahnya dihiasi dan ditepek dengan kad raya. Tidak cukup itu, kad raya digantung di ranting kayu dan dihias indah seperti pokok hiasan. Sudah pastinya mereka mengumpul kiriman kad hari raya berpuluh-puluh malah beratus-ratus. (Dalam hati ada cemburu gitew.. hahaha)
Nostalgia Kad Hari Raya
Seputar tahun 1998-2000, di Pantai Dalam ada sebuah gerai sementara menjual kad ucapan hari raya didirikan sempena Ramadan. Bermacam-macam jenis dan saiz dijual.





