‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 15 Ogos 2011

Pohon Berhantu

Dahulu tatkala maza zaman kanak-kanak, kampung tempat tinggal maza di kelilingi oleh hutan. Di belakang rumah hutan, di depan rumah sawah, di hujung kampung juga hutan. Kalau mahu ke kampung ini dari bandar Kluang atau Mersing sudah tentulah akan melalui hutan yang amat tebal.

Sudahlah jalannya berliku-liku seperti ular dipalu, salah hemat boleh bermuntahkan najis muntanajis! Kalau tidak biasa dengan laluan ini, perut anda pasti akan mual dan memulas. Biji mata pun berpinor-pinor. Kepala berdenyut-denyut dek kerana lipatan selekohnya yang pendek dan berbagai bentuk. Ada bentuk 'U' dan lagi dahsyat seperti huruf 'S' yang berturut-turut seperti 7 beradik!

Kebetulan pula perjalanan anda terpaksa melaluinya di malam hari, alamatlah bertemankan kengerian sepanjang jalan. Itu belum lagi al-kisah gangguan binatang buas di pertengahan jalan, juga segala jin dan mambang turut melintasi laluan tersebut.

Gambar 1: Katanya pokok jenis ini jin dan makhluk halus suka menjadikannya tempat tinggal

Dijadikan satu cerita, dahulukala maza amat ngeri dan takut melihatkan pepohon yang besar, rendang dan menjulang tinggi. Begitu juga halnya dengan pokok yang besar tegak berdiri tetapi togel!

Emak pernah bercerita kepada kami bahawa pontianak, langsuir dan makhluk-makhluk halus yang sejenis dengannya suka hinggap atau terbang di atas  pokok ara. Adakalanya mereka menjadikan pokok yang rendang, berselirat akar hingga ke dahan itu sebagai tempat tinggal mereka.

Kata orang-orang tua lagi, pernah berlaku ada mangsa yang diangkut oleh pontianak ke atas pokok ara tersebut. Bayangkan, pokok ara itu sudah besar, tinggi dan dahannya jarang-jarang! Ada tu pokok ara sudah tidak punya daun dan togel! Aduhaiiii...

Kebetulan pula di tanah perkuburan Islam di kampung itu yang bersetentangan dengan rumah sekolah rendah kami terdapat pohon ara, dan pokok-pokok rendang yang sedemikian rupa. Acap kali juga maza ngeri apabila melalui kawasan tersebut.
Hari ini kawasan perkuburan itu sudah terang. Kalau ada pun lalang melitupi batu nesan. Pohonan rendang dan pokok ara tidak ada lagi. 

Dengar kata bukan sebarangan orang yang berjaya menebang pepohonan yang berusia ratusan tahun itu. Kalau tidak cukup ilmu di dada, jangan cuba mencederakan pohon tersebut. Mesin gergaji mahupun jentolak telah digunakan, namun pokok tersebut gagal ditumbangkan. 

Malah pekerja itu pula diserang gangguan di malam hari. Ada itu sampai demam-demam.

Gambar 2: Kita tidak tinggal bersendirian di dunia ini!

Penyudahnya ada seorang yang bijak pandai telah meminta izin dan membacakan sesuatu. Lalu dia hanya menggunakan kapak dan beliung untuk menumbangkan pokok yang berada di kawasan perkuburan tersebut. Alhamdulilah, pokok tersebut itu lut dan tumbanglah menyembah bumi. Lantas kerja-kerja pembersihan dan perluasan tanah perkuburan kami dapat dilaksanakan.

Jadi kengkawan, sukalah maza berpesan. Sesungguhnya pepohon juga adalah benda hidup. Ia mempunyai nafas, hayat dan setiap yang bernyawa kita perlu hargai. Jangan mudah sangat mahu memusnahkan alam, kerana setiap yang dibina dan dijadikan Allah SWT mempunyai penjaga dan hikmatnya. 

Lantas, jangan bertangan 'gatal' mahu merosakan pokok tanpa ada aral dan musabab!



Jumaat, 12 Ogos 2011

Pokok pun jadi mangsa

Gambar 1: Sinar matahari melimpahi di atas batuan di tengah belantara Gunung Datuk.

Bulan lepas sebelum puasa Julai 17, 2011 (Ahad) maza telah berkesempatan menyinggah di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

Kembara maza kali ini bukanlah bertujuan mahu memanjat gunung yang tinggi mencicah awan itu ya kengkawan. Tetapi lebih kepada santai dan belajar tentang kisah alam.

Apa yang maza pelajari ialah apabila seseorang itu sudah mabuk kepayang. Mabuk cinta kata orang sekarang, mereka sanggup melakukan bencana alam demi menyatakan betapa megah, gah dan besarnya cinta mereka.

Gambar 2: Kerosakan alam dan aktiviti vendalisma ke atas pokok.

Penyudahnya, kulit-kulit kayu habis diumpil dan diukir dengan nama-nama cinta kasih sayang mereka. Tidak kurang juga mereka menyalurkan hasil karya dan kreativiti tak bertempat ini dengan melukis beberapa kareaktor kartun dan lukisan.

Malangnya lukisan yang dipaparkan di atas pokok itu ialah lukisan yang tidak senonoh seperti perlakuan sex, alat kelamin, adegan biru ... aduhaiii.

Gambar 3: Dinding jamban. Ini betul-betul kerosakan alam. Sudah lusuh. Tiada kaitan dengan aktiviti gatal tangan

Jadi, sedarlah kengkawan janganlah kita menyeksa alam dengan lukisan dan ukiran yang memalukan diri sendiri. Kasihanilah pokok itu.

Sekali kita toreh dan melakukan perkara-perkara tidak berfaedah tersebut menyebabkan ia 'pedih dan sakit'. Nasib baik pokok tak boleh sepak, kalau tidak, sudah tentu kena penendang. Itu pun ada juga kena keteguran dengan patahan dahan menghempap diri. Uhuk!

Akhir kalam di hari Jumaat yang mulia ini, peliharalah hutan kita. Sekali kita berjasa sepuluh kali kita mendapat manfaatnya.

Untuk rekod, gambar selebihnya sila rujuk di ronawarna.blogspot.com (klik sini)




Khamis, 11 Ogos 2011

Skodeng Aksi Menunggeng dan Meniarap di Taman Botani Perdana

Bulan Julai 21, 2011 pada petang Ahad nan mendung itu maza dan kaum kerabatnya sudah berkelah di Taman Botani Kuala Lumpur.

Gambar 1: Aksi angsa yang selamba di Taman Botani Perdana. Santai seh...

Kami mahu melihat dan menyaksikan sendiri apa yang digembar-gemburkan bahawa Taman Botani ini sudah disuburkan kembali sesuai dengan perasmian perlancaran taman ini oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin.

Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana
 
Gambar 2: Sekumpulan Angsa sedang berenang riang di Taman Botani Perdana

Maza sendiri sudah lama tidak ke mari dan kebetulan pada tarikh tersebut kami anak beranak sempat menyinggah ke taman ini.

Oleh kerana ada urusan lain lagi ketika itu, kami tidak berlamaan untuk bersiar-siar dan membelek lama. Sungguh pun demikian maza sempat skodeng beberapa adegan panas!

Selasa, 9 Ogos 2011

Bonus 1/2 bulan Gaji sempena raya untuk kakitangan kerajaan


Syukur alhamdulilah dan maza tumpang berbahagia dengan kengkawan yang berkerja gomen. Akhirnya pihak kerajaan dengan bermurah hati bersetuju memberikan bonus 1/2 bulan gaji.

Pengumuman tersebut telah dibuat pada semalam hari (08.08.2011 - kata orang Cina no.8 ada 'ong' yakni untung) di dalam berita tv. Siapa sangka, buah cempedak jadi nangka!? Rezeki dari Tuhan, kan, kan, kan...

Perkara seperti ini kita harus mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Barulah namanya kerajaan yang perihatin ... ahaks! (ada unsur bodek nampak?.. hehehe tak apalah demi kengkawan gitew).

Maza bukanlah kakitangan gomen. Tapi rasanya dengan pemberian bonus ini dapat membantu banyak pihak terutama dalam persediaan menghadapi raya nanti. 


Ini juga bermakna Param (Pasar Ramadan) akan bertambah meriah!. Jadi makcik-pakcik penjual di Param, petang nanti bolehlah tambah produk jualan masing-masing ya. Satu rahmat tu ... tapi jangan sampai pula mengambil kesempatan dengan 'mencekik darah'. Kalau boleh turunkan lagi harganya, dan tingkatkan produktiviti.

Buat kengkawan yang menerima imbuhan itu juga, sukalah maza berpesan. Mentang-mentang dapat bonus tersebut kita harus terus menjaga perbelanjaan. Lagipun ekonomi dunia; merujuk USA tak berapa nak baik.

Jangan sampai sudah dapat bonus, kita tingkatkan lagi inflasi dengan buat tak kisah dengan kenaikan harga melampau oleh peniaga yang tak bertanggungjawab itu! Pakat beli sahaja walaupun harga melambung tinggi daripada sepatutnya. Kasihanilah pihak yang tidak dapat bonus itu ya. Sudah lah tidak dapat bonus, harga pulak tinggi ... aduhaii... ihik!

Sementelah ada yang dapat bonus ini, maza pun dengan perasaan rendah diri dan malu-malu kucing. Rasanya tibalah masa sampailah waktu untuk maza dengan tenang melancarkan pakej Portrait / Family Photogarphy melalui geng ronawarna.blogspot.com. yang itu ... ihik! *malu...


Jadi, mana-mana kengkawan rasa-rasa mau merangkamkan saat bahagia di hari lebaran tu, bolehlah menempah jurufoto dari ronawarna ini! Opps.. teriklan lah fulaks.. hehehehehe

Nur Azariah

Apa-apa hal pun, pesan maza hati-hati di jalan raya. Majulah diri untuk keluarga! ... alahai, ahaks!

Nur Azariah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails