‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 12 Julai 2010

Papan tanda sesat dalam petunjuk

Jun 2010
Taman Tun Dr. Ismail

Tempoh hari maza ada mission yang harus dilangsaikan. Maza teraba-raba mencari simpang yang menghala ke alamat yang hendak dituju.

Pening juga berpusing sana-sini mencari alamat yang satu itu. Ditambah pula dengan sikap vandalisme dan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang merosakkan papan tanda dan papan tunjuk arah. Papan nama jalan juga tidak terlepas terkena mushibah.

Habis bertepek-tepek dengan pelbagai iklan dan poster. Hatta iklan along dan pusat tukang urut berderet menutupi tulisan di papan tanda itu. Sampaikan papan tanda ke Masjid Al Ghufran yang gah itu pun juga menjadi mangsa.



Tulisan di papan tanda menjadi terhalang dan terkambus. Lantas menukarkan fungsi papan tanda daripada menyenangkan pengembara kepada teraba-raba mencari lokasi yang ditujuinya. Silap haribulan sesat sampai ke Bukit Belacan atau ke bulan pula. huhuhhu

Akhirnya daerah yang dilawati itu mendapat malu. Seolah-olah pihak berkuasa tempatan (dalam kes ini DBKL) gagal mengindahkan kawasan dan tidak membantu menjadikan kawasan tersebut mesra pelawat!

Ini belum lagi perihal papan tanda yang terhalang dengan pokok, tersorok ataupun terperosok di celah-celah bangunan.

Kegagalan memulihara dan menyelenggara papan-papan tanda ini telah menyebabkan wang rakyat yang dilaburkan untuk kemudahan itu menjadi lebur. Habis begitu sahaja.

Hal ini belum diperkirakan meletakkan papan tanda secara sebarangan. Sesetengahnya diletakkan secara bersimpang siur, bersepah dan sesuka hati hingga mengelirukan.

Di sesetengah tempat papan tandanya tidak mengikut piawaian yang seragam. Kadang-kadang saiz papan terlalu kecil dan tulisan halus-halus.

Itu belum lagi ada papan tanda tetapi selepas menjejaki beberapa jauh tiba-tiba penunjuk arah itu hilang entah ke mana!

Sebagai contoh dari dari Alor Setar jelas kelihatan papan tanda ke Bukit Kayu Hitam. Sebaik tiba di Changlon, tiba-tiba penujuk arah ke Bukit Kayu Hitam ghaib begitu sahaja. Ini menyebabkan ramai pengembara terkial-kial mencari arah! Apa lagi, maka bertambun-tambunlah maki hamun dihadapkan ke majlis tempatan.


Fenomena ini lumrah di negara ini. Namun keterbiasaan yang satu inilah telah mencacatkan negara. Ia membuatkan semua orang jengkel!

Pendek kata perkara yang remeh seperti ini sepatutnya tidak menjadi perkara besar jika pihak berkuasa cemerlang menyelenggara, menjaga dan bertindak efektif.

Begitu juga dengan awam, harus memelihara papan-papan tanda ini. Ia ibarat maruah sesebuah kawasan. Kalau papan tanda sudah penuh dengan daki, tempelan dan kotoran, seolah-olah ia menggambarkan kawasan itu penuh dengan onar, kemuraman atau ketidakamanan.

Kata seorang sahabat kepada maza, sewaktu dia pergi ke London, dia tidak pernah tersesat. Ini disebabkan papan tandanya begitu berkesan dan menunjuk arah tepat. Tetapi di Malaysia ada sesetengah tempat itu berlebih-lebihan papan tanda hingga mengelirukan dan membuatkan pengunjung sesat. Itu belum lagi papan tanda yang hilang, lesap dan lenyap dari pandangan.

Alahai kan?! huhuhu

Ralat
  1. Bukan semua orang mampu beli GPS
  2. Ada gadget GPS pun kalau tidak ada papan tanda petunjuk, kesukaran mencari lokasi menjadi beban berganda.

***Terima kasih Nizah Abdul Shukor, Pn. Azma, Cemara kerana sudi menjadi pengikut maza yang tak fofular ini.. hehehehehe



Jumaat, 9 Julai 2010

Dah bayar pada majlis tempatan, tapi masih tak terbela


Jun 2010 sehinggalah ke hari ini.

Al kisah taman permainan di sebelah rumah maza, bunga lalangnya sudah merimbun tinggi. Kalau salah lihat sudah seperti di tanah tinggi di utara India sana! Memutih sana sini.

Dua kali tengok, macam uban di kepala teman-teman seblog maza. (huhuhu...jangan marah aaaa...hehehehe)


Duit cukai pintu, maza sudah langsaikannya awal-awal walaupun tarikh akhir bayaran ialah Ogos 30, 2010.

Tetapi apa yang menyedihkan maza ialah taman yang satu itu masih tak berbela oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya!

Semalu merata-rata di sana sini. Ia terbiar bermaharajalela. Ada tu sudah meninggi melepasi umbun-umbun kepala si kucing belang. Semalu itu juga sudah tidak malu-malu lagi. Tak segan mahu mencucuk kaki dengan duri berbisanya itu.

Sungguhppun demikian, bagi photgrapher yang berumur setahun jagung ini, senario tersebut merupakan rahmat juga. Tak payah bersusah-payah mahu pergi ke taman bunga di Arga, India sana mahu dapatkan scenery yang cun-melecun! (Eh! Cun ke gambar-gambar itew? wakakakaka)



Dan tidak perlu juga pergi ke negara Hidustan sana untuk berguling-guling mencari Twinkle Khana mahupun Karisma Kapoor atau Kajol sebagai modell!

Kebetulan cuaca indah di petang hari tersebut. Jadi maza menggunakan segala upaya dan model yang ada untuk beraksi. Nah kengkawan saksikanlah aksi-aksi mereka yang lupa diri itu kekononnya mereka ini hero dan heroin cerita Hindustan. hehehehe ...




Kendapati pun begitu, MBPJ mestilah memastikan taman-taman permainan yang di bawah jagaannya sentiasa kemas, bersih dan tidak semak samun. Takut juga mahu membawa si bayi comel dan kanak-kanak riang. Takut-takut nanti ada yang kena patuk ular atau pun terserempak dengan gajah, harimau dan kuda belang di dalam semaknya yang merimbun itu.


Aduhai, kan... lagipun kita duduk di Majlis Perbandaran, kan? Tak elok sepah-sepah lorr.. kebun estate sana kat kampung pun reti bersih dan cantik, inikan pula bandar yang happening gitew! huhuhuhu.


Rabu, 7 Julai 2010

Siapa yang rembat seliparku?

Maza pulang ke kampung dari KL. Setelah sampai di bandar Kluang, mahu membeli sedikit buah tangan untuk orang tua. Maza berhenti di shopping mall di sana.

Sedang elok memparkir di gigi shoping complex, kaki maza terus meraba-raba mencari selipar yang satu itu.

Puas geledah, tak jumpa-jumpa juga. Walhal dari rumah memang maza pasti selipar yang itulah disarungkan ke kaki.

Jengah sana, cari sini, belek sana, belek sini, tak jumpa ... habis karpet kereta dikirai, bayang selipar yang tunggal itu masih tidak ditemui jua!


Tiba-tiba maza teringat. Pagi tadi maza menjemput isteri di sekolahnya. Maza pernah turun dari kereta sambil memujuk Nasrun (ketika itu berumur setahun) yang menangis mahukan ibunya.

Setelah beberapa ketika, isteri pun datang. Rasa lega bukan kepalang. Rimas segera menghilang.

Seraya berasa syukur yang amat, maza pun terus masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup rapat. Engin pula segera dihidupkan. Tanpa berlengah atau memeriksa lagi kami terus menonong meninggalkan pekarangan sekolah itu.

Rasanya tatkala itulah maza ketinggalan selipar yang tadinya dibuka sebelum memasuki kereta... aderkk...

Sudahnya, maza berkaki ayam sahaja sementara menuju ke kedai kasut di tengah-tengah bandar Kluang itu.

Maza buat muka toya! Buat-buat tak tahu. Dengan selambanya berjalan kaki ayam tanpa rasa bersalah ke kedai kasut di hujung corner sana. Dalam hati berkata, nah'an ganal juak kemaluannya (bahasa Banjar: ambil kau besar juga malunya).. huhuhu


Isnin, 5 Julai 2010

Kad laporan kemajuan, Sejarah berulang lagi.

July 4, 2010 - Ahad.

Hujung minggu sudah maza telah terjah ke tadika Umi Bistari. Kes mahu ambil kad laporan kemajuan anak-anak.

Dua anak maza sudah bersekolah di tadika yang sama. Seorang tadika 6 tahun (Nasrun) dan seorang lagi 4 tahun (Daniel).

Mengikut laporan cikgu, dua-dua anak maza SEDANG BERKEMBANG. Dalam otak maza pula, kembang ke hapa cikgu, makin kurus anak-anak aku adalah! Lasak dan tak nak makan.


Sekarang tibalah giliran maza untuk mengambil kad laporan anak-anak. Dulu-dulu emak maza yang mengadap cikgu kelas melakukan perkara yang sama dengan pakai baju menoreh getah. Lengkap bersama pisau toreh dan bekalan makanannya.

Kalau difikirkan semula, seriau tahap meremang bulu roma di tengkok ini. Maunya tidak, buatnya emak tiba-tiba anggin satu badan, ada harapan maza atau cikgu ditorehnya di situ juga. Sama macam dia menoreh pokok getah masa buka pelan di kebun baru tempoh hari.

Menggeletar jugalah kepala lutut maza.

Sesekali kedengaran agak deras juga kata-kata cikgu itu. Berdesing telinga maza diperli dan diadu di hadapan emak yang seorang ini. Tapi di hujung-hujung pertemuan itu kata-kata motivasi dilemparkan. Dan cikgu minta kerjasama pada emak.

"Bukan saya tak nak ajar anak saya cikgu. Saya ni hanya celik 'pensel" yang ini," emak berkata seraya mengajukan pisau toreh ke hadapan kami, kemudian dia tertunduk sayu.

"Setakat A, B, C ... alif, ba, ta, saya tahulah. Selanjutnya saya buta huruf cikgu. Cikgulah harapan saya untuk memajukan anak saya dan keluarga kami. Tanpa bantuan cikgu bersungguh-sungguh, kehidupan kami akan beginilah seumur hidup. Merempat di tanah air sendiri..." tambah emak pula sambil mengerdipkan mata redupnya memandang ke arah maza dan cikgu.

"Saya faham makcik. Tapi kalau harapkan pihak sekolah sahaja tanpa kerjasama ibubapa, susah juga hendak berkesan ilmu yang disampaikan."

"Beginilah cikgu. Saya serahkan bulat-bulat anak saya ini. Kalau nakal dan tak ikut kata cikgu pukullah, waema dengan rotan sekalipun. Jangan patah-riuk dan mati sudahlah. Saya mahu dia menjadi orang berguna, cikgu. Saya tidak mahu dia mewarisi kesusahan saya ini," emak mengangkat muka penuh bersemangat.

Maza tertunduk. Pertamanya kerana takut sebab mak dah bagi lampu hijau pada cikgu untuk melampan tubuh kerdil ini. Keduanya terharu dengan kata-kata emak itu.

Hari ini sejarah berulang lagi. Cuma maza pula sebagai bapa duduk di atas kerusi sambil mengadap meja cikgu. Di sisi maza ialah darling dan anak-anak.


Khamis, 1 Julai 2010

Bila Gaji pada hari Jumaat

Ramai ingin tahu selepas solat Jumaat berakhir awal, apakah yang dilakukan oleh lelaki-lelaki Muslimin itu.

Tidak dinafikan ada yang bergegas ke warung atau ke restoran. Juga tidak ketinggalan ke gerai-gerai sementara di bawah payung yang letaknya di pekarangan masjid.

Bahana berlaku lebih hebat lagi apabila hari gaji jatuh pada hari Jumaat. Maka akan ramai pulalah lelaki-lelaki yang syahid, terbongkang di belakang masjid setelah solat Jumaat. Semuanya gara-gara kekenyangan! Apatah lagi setelah menjamu selera dengan nasi byrani special baik punya yang dikhaskan untuk hari Jumaat.. aderkkk!!!

Tu belum lagi yang tersenggut-senggut tatkala khutubah dibacakan. Menambah keruhkan keadaan apabila imam pun sama tersenggut-senggut membaca khutubah. Lagi haru dibuatnya. huhuhu...

Berikut beberapa detik yang sempat maza rakamkan di Masjid Syaidina Abu Bakar, Bangsar.




Sementara itu, maza ingin memanjangkan ucapan jutaan terima kasih kepada AJK Masjid Syaidina Abu Bakar. Kerana memahami keadaan kami dan membenarkan kami melelapkan mata seketika walaupun jelas terpamir 'larangan tidur di dalam masjid'.


"Eh! Boleh ke baring kat sini?" tanya seorang kawan.

"Baring aje. Bukan tidur. Dia tulis kat situ dilarang tidur. Kira orait lah tu. Lagipun, kan kita niat iqtikaf. Dapat pahala," jelas maza.

Selepas mengebas-ngebas karpet mahal itu dengan kupiah, kami pun berbaring. Sambil berangan-angan dan berkira-kira apa yang akan dilakukan hujung minggu nanti, entah macam mana kami terlelap. Sedar-sedar azan Asar sedang berkumandang.

"Aderrrkkk!! Bangun-bangun. Habislah kita. Boss cari kita nanti tak jumpa. huhuhu," resah si kawan itu.

"Aduhaiii ..," maza sesal sambil mencari jalan keluar.

"Nanti kita telefon kat kerani, cakap kita ambil cuti separuh hari. Tak pun kita cakap ajelah jumpa client kat luar," cadang maza.

"Saudara, dah elok dah buat iqtikaf. Dah elok dah pergi tunaikan solat Jumaat. Banyak dah dapat pahala tu. Takkan nak tolak pahala itu hingga jadi kosong dengan berbohong! Ayuh solat Asar dulu," suara seram menerjah dari sebatang tiang.

Kami pun berpandangan sesama sendiri. Jengah punya jengah, orang itu rupanya boss yang pun sama tertidur di masjid itu.

***Jeda***

Berita lain...



Sebelum atau selepas solat Jumaat, keadaan pintu keluar masuk masjid akan dilimpahi jamaah. Dalam kesesakan itu juga ada beberapa umat penyibuk di atas jalan raya menyebabkan bertambahnya kesesakan.

Dalam kalangan jamaah tadi ada yang belum makan dan ada pula sibuk dengan pelbagai urusan penting, yang sekarang ini pula tersangkut di tengah kelam kabut itu.

Si Kiah, Bedah, Peah. Tu belum lagi si Mei Loo, Rajeshwari, Susan yang sememangnya tak mengerti. Mereka juga berpusu-pusu menggunakan jalan ke masjid itu. Apa penting sangat pun maza tidak tahu. Barangkali mahu melepaskan tekanan perasaan dengan lari dari pejabat ataupun bekejaran ke pusat membeli belah. Shopping tatkala imam sedang menyampaikan khutubah!

Jadi kengkawan, sampaikanlah pesan kami ini, tak kisahlah kaum hawa hendak ke mana untuk menghabiskan waktu rehat yang panjang itu. Tetapi janganlah menyesakkan atau menyibuk di jalan-jalan ke masjid. Anda telah menghalang orang berurusan ke jalan Allah SWT (fis sabillilah).

Ingatlah, barang siapa yang menghalang orang ke masjid atau pergi berjuang pada jalan Allah SWT, kelak mereka akan ditempatkan di tempat yang seburuk-buruknya.

Apakah tempat itu? Tempat itu ialah neraka. Dan nerakalah yang selayak-layaknya buat mereka itu!

Keduanya, kalau dulu-dulu wanita kita cukup segan hendak lalu di laluan masjid tatkala orang keluar dari pekarangan masjid. Katanya tergedik-gedik, terhegeh-hengeh mencari populariti di tempat yang suci ini.

Namun pandangan tersebut sudah berubah. Beberapa wanita sanggup datang untuk mendengar khutubah. Itu baik! Tak salah.

Tetapi utamakanlah jamaah lelaki. Terutama untuk memenuhi ruang solat. Kerana hukum lelaki solat Jumaat ialah WAJIB!

Ketiganya, sudahlah berkerumun di masjid. Janganlah bising tatkala imam sedang berkhutubah atau bersolat.

Ada sesetengah dari kita yang sibuk pula berniaga di luar masjid dengan memanggil-manggil orang lain datang ke gerainya. Atau pun berborak perihal gossip sementara menunggu para jamaah lelaki sudah solat Jumaat kemudian menyerbu ke gerai mereka tatkala pulang nanti.

Keempat, sekarang ini fenomena ada wanita mengambil kesempatan dengan datang ke dalam pekarangan masjid untuk menyebarkan risalah dan promosi barangan. Tak kiralah barangan syarikat mereka atau untuk hal kebajikan.

Bukan itu sahaja, kaum non-muslim juga sudah berani mengambil kesempatan sama. Mereka menantikan di pintu pagar masjid. Kemudian menyerbu jamaah tatkala mahu pulang.

Tak kisahlah yang demikian itu sangat. Tetapi bila ke masjid, hari Jumaat tentulah ramai jamaah lelaki. Apa yang menyedihkan si perempuan itu tidak menjaga aurat. Tidak memakai pakaian sempurna. Berlengan pendek, tudung sekerat dan tanpa segan-segan memanggil-manggil orang pula kepadanya.

Tolonglah hormat pada mereka yang mahu beribadah kepada Allah SWT. Janganlah jatuhkan maruah diri sendiri di tempat suci ini dengan pakaian dan perangai seperti itu!..

Salam malam Jumaat ya kengkawan...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails