‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 7 Julai 2010

Siapa yang rembat seliparku?

Maza pulang ke kampung dari KL. Setelah sampai di bandar Kluang, mahu membeli sedikit buah tangan untuk orang tua. Maza berhenti di shopping mall di sana.

Sedang elok memparkir di gigi shoping complex, kaki maza terus meraba-raba mencari selipar yang satu itu.

Puas geledah, tak jumpa-jumpa juga. Walhal dari rumah memang maza pasti selipar yang itulah disarungkan ke kaki.

Jengah sana, cari sini, belek sana, belek sini, tak jumpa ... habis karpet kereta dikirai, bayang selipar yang tunggal itu masih tidak ditemui jua!


Tiba-tiba maza teringat. Pagi tadi maza menjemput isteri di sekolahnya. Maza pernah turun dari kereta sambil memujuk Nasrun (ketika itu berumur setahun) yang menangis mahukan ibunya.

Setelah beberapa ketika, isteri pun datang. Rasa lega bukan kepalang. Rimas segera menghilang.

Seraya berasa syukur yang amat, maza pun terus masuk ke dalam kereta. Pintu kereta ditutup rapat. Engin pula segera dihidupkan. Tanpa berlengah atau memeriksa lagi kami terus menonong meninggalkan pekarangan sekolah itu.

Rasanya tatkala itulah maza ketinggalan selipar yang tadinya dibuka sebelum memasuki kereta... aderkk...

Sudahnya, maza berkaki ayam sahaja sementara menuju ke kedai kasut di tengah-tengah bandar Kluang itu.

Maza buat muka toya! Buat-buat tak tahu. Dengan selambanya berjalan kaki ayam tanpa rasa bersalah ke kedai kasut di hujung corner sana. Dalam hati berkata, nah'an ganal juak kemaluannya (bahasa Banjar: ambil kau besar juga malunya).. huhuhu


blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails