‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 22 Januari 2011

Mesej Elee Mardiana / Oshin Muhammad


Dua hari lepas maza ada menerima email dari sorang blogger dan penulis buku remaja fofular lagi hebat!  Saudari Oshun Muhammad atau lebih dikenali di laman sesawang OD, atau Elee Mardiana ini telah meminta bantuan maza untuk menyebarkan maklumat tentang kerja amal jariah membantu insan malang. 

Kes dua orang adik beradik yang melecur teruk (Mohd Shah dan Hairuman)  akibat renjatan elektrik ketika membantu keluarga dengan mengambil upah mengait dahan telah mendapat perhatian beliau dan meminta kengkawan semua memberi sokong yang sepatutnya. 

Kisah sedih dan menyayat hati keluarga yatim piatu dengan 11 orang adik beradik ini dapat di ikuti di Berita Harian (19.01.2011)



OD atau Opah mengajak kita untuk sama-sama berbakti di jalan Allah SWT dengan menderma, atau bersedekah kepada mangsa. Apa yang OD cuba lakukan sekarang ialah dengan menyalurkan wang royalti dari novel beliau untuk tabung bantuan kepada mangsa. 

"Salam Maza,

Boleh tak saya nak minta bantuan Maza warwarkan entri terbaru saya kat blog kepada kawan-kawan Maza. Saya berhasrat untuk membantu dua orang adik-adik yang terseksa hidupnya. Caranya mudah saja, beli 4 buah novel saya yang saya letakkan pada entri, 2/3 daripada royalti novel tersebut akan diserahkan kepada adik-adik tersebut. Royalti akan dipotong dan diserahkan oleh penerbit. Jadi memang duit tu tak akan masuk ke dalam akaun saya dulu. Boleh tak, Maza? "

Untuk maklumat lanjut, kengkawan bolehlah rujuk ke blog Elee Mardiana sendiri dengan klik di sini.

Selamat beramal kengkawan....
Berikut ialah buku-buku yang dimaksudkan oleh OD:-





blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails