‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 23 Oktober 2010

Bertukar selera dari yang besar kedabak kepada si kecil molek.


Semalam hati sungguh panas apabila talian internet di rumah maza mula mogok. Mulanya mahu sahaja menghamburkan kata-kata nista. Tetapi setelah ada yang mengaku bermain games di dalam talian, terus maza mendiamkan diri.

Siapa lagi, kalau bukan si Nasrun (6 tahun). Akhir-akhir ini galak juga budak itu menggodek dan bermain games, walhal Nasrun belum pun pandai membaca!

Lantaran itu tahulah maza punca kelembapan talian ini, lain tidak bukan adalah disebabkan akaun penggunaan talian data (data usage) telah mencapai jumlah maksimum.



Sebenarnya maza sudah gunakan broadband dengan modem besar kedabak ini hampir 3 tahun. Difikiran maza mulalah gatal mengenyam mahu meng'upgrade'kan keupayaan capaian.

Sekonyong-konyong berpergianlah maza ke pusat perkhidmatan Maxis untuk menamatkan perkhidmatan broadband dan mahu beralih arah ke jenama yang lain; lebih murah dan reliable.

Lepas berurusan maza pun pulang ke rumah dengan senyum simpul semanis cendul yang dijual di Padang Kota, Sunway Damansara. Di pintu rumah si darling menyambut dalam kehairanan sambil cuba menjuih sekuntum senyuman manja.

"Lah! Abang kata nak tukar broadband jenama lain, kenapa abang masih ambil yang sama; maxis?" periksa si darling. Sekejap itu juga senyuman manja tadi segera luput di bibir darling lalu meninggalkan mulut yang ternganga, mata terbeliak, terpacak memerhatikan maza mahukan penjelasan.



"Kan abang dah tukar ni. Dulu yang besar dan berwayar sana sini. Sekarang ni ha ... kecil, comel dan boleh dibawa ke mana-mana saja," jelas maza tanpa terputus-putus mempamerkan gigi putihnya.

Sebenarnya dua jam yang lalu di konti Maxis itu, sebaik maza melimparkan rasa tidak puas hati dan mahu menghentikan perkhidmatan, maza telah disapa dengan suara lunak dan berwajah manis oleh seorang gadis berbaju hijau.

(Gambar: Fareeza gadis broadband maxis)

Kata gadis bernama Fareeza di cawangan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, "memanglah encik menghadapi masalah capaian. Ini disebabkan encik menggunakan modem yang lama. Modem ZTE ini hanya berkapasiti 3mbph. Penggunaan bulanan encik sejak enam bulan yang lalu sudah melebih 3mbph. Sebaliknya, maxis dengan murah hati selama itu juga telah menyalurkan tambahan data usage untuk encik.

Akibat penggunaan internet sudah mencapai penggunaan maksium, maka talian internet akan terganggu dan capaian menjadi amat perlahan."

Melopong mulut maza mendengarkan gadis comel ini memberikan penerangan yang tepat sambil menayangkan semua akaun-akaun penggunaan maza.

Kemudian dia menyambung lagi, "Beginilah encik. Saya cadangkan tak usahlah encik menamatkan perkhidmatan dengan kami. Selain encik telah menikmati perkhidmatan tambahan dari penyaluran tambahan data usage tanpa pengetahuan encik itu, saya syorkan eloklah encik upgrade-kan modem dan akaun encik sekali. Sebenarnya dengan modem yang baru ini encik dapat menjimatkan bil bulanan. Tawaran istimewa ini hanya untuk pelanggan yang sentiasa setia menyokong kami seperti encik."

Dalam hati maza berkata, maza bukanlah setia mana pun. Kerap juga broadband yang satu ini kena 'sumpah'. Tetapi sebaik mengenangkan kata-kata lembut dan senyuman manis gadis dari Serdang, Selangor ini, maza menjadi cair dan memberikan sekali lagi peluang kepada Maxis Broadband.

Harap-harap masalah tentang talian tidak akan kembali menghantui maza kali ini. Dari itu kengkawan bolehlah mengikuti blog kesayangan kengkawan ini tanpa halangan atau menempuhi sebarang kesulitan, terutama dalam menantikan kesinambungan entry-nya. hahaha *ketawa sambil memegang perut.

nota tambahan: terima kasih Cik Faizura Rahman kerana sudi menjadikan Gubuk Kecil ini sebagai teman karib ... siapalah maza tanpa kengkawan, kan?.. huhuhu
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails