‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 16 Ogos 2012

Lagi power lagi best

Seputar minggu sudah tatkala maza mencari makan di pasar raya Giant telah terserempak dengan seorang jurujual kereta. 

Mula-mula pening juga memikirkan. Tidak sangka di gedung ini turut menjual kereta. 

Menurut jurujual berbangsa India, jika tempah pada hari itu, kereta idaman bakal diperolehi sebelum hari raya.

Katanya lagi, sudah sampai masa maza menukar kenderaan yang itu. Jika pulang ke kampung nanti tampak lebih bergaya anak beranak!

Seperkara yang hampir-hampir menggoda semua orang yang berkeliling di situ ialah apabila dia berkata "Lagi power, lagi best maaa . . . "

Myvi 1.5 Extreme


Kebetulan pula, memang maza bercadang hendak membeli atau mengganti kenderaan yang ada itu kepada yang  lagi power, lagi best  . . . tetapi bukannya kereta Myvi 1.5 Extreme itu.

Maza mula menjeling-jeling darling dan tak semena-mena sekejap itu juga satu cubitan manja dari Mem Besar petanda, "TAK BOLEH!"

Jawabnya, terpaksa maza menahan diri tunggu hujung tahun nanti atau tahun depan atau tahun ke hadapan, ke depan dan depan lagi... ahaks!

Selamat Hari Raya kengkawan.
Pandu dengan berhati-hati. 
Ingat ada Ops Selamat . . . ahaks!



catatan lantun-lantun dari tuan tanah:



Rabu, 15 Ogos 2012

PLUS dan LPT bagi rebet dan diskaun raya 2012

Pihak PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) telah membuat pengumuman akan memberikan 'rebet' bagi pengguna yang menggunakan lebuh raya PLUS sempena Hari Raya ini. 

Rebet sebanyak 30% untuk pengguna "Sistem Pembayaran Elektronik Toll" (Electronic Toll Collection) seperti "PLUSmile," "Touch n Go" dan "Smart Tag".

Pemberian rebet bermula pada 15, 16 dan 22, 23 Ogos 2012 untuk kenderaan kelas 1 seperti kereta (kecuali exit Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar). Perantau boleh menikmatinya bermula pada jam 10.00 malam ini (15.08.2012) hingga keesokan hari.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, "Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas."

Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari.

KL-Karak & LPT 1

Manakala bagi KL-Karak dan juga LPT 1, diskaun 30% bagi perjalanan pada 18, 19, 20 dan 21 Ogos 2012.

Berikut ialah senarai diskaun yang diberikan oleh syarikat konsesi yang lain.


Menteri Kerja Raja, Datuk Shaziman Abu Mansor, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini.

Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos 2012.

maza kata untuk kes PLUS:-

Esok bermula cuti sekolah. Cikgu-cikgu dan mereka yang bercuti awal boleh menikmati diskaun ini. Tetapi ramai perantau-perantau (mungkin 70 atau 80% dari jumlah keseluruhan lebuh raya PLUS) tidak pulang berhari raya pada 15 & 16 Ogos disebabkan kekangan kerja atau cuti. Setidak-tidaknya mereka pulang awal pada hari Jumaat atau Sabtu iaitu 17 dan 18 Ogos.

Jadi, pemberian rebet itu adalah untuk . . .?!!

Manakala diskaun bagi perjalanan ke pantai timur melalui LPT sebanyak 30% adalah kerana . . ?!!

Sesetengah pihak mengatakan, terima kasih kepada kerajaan yang berunding dan mendapatkan rebet dan diskaun itu. Yalah, terima kasih ajelah . . .

Pesan maza: rancanglah perjalanan anda dengan baik. Elakkan pembaziran dan perbelanjaan yang berlebihan-lebihan.

SUMBER BERITA: 
  1. PLUS Highway
  2. Bernama (14.08.2012) 
  3. Berita Harian


Catatan seorang rakyat Malaysia:-

Selasa, 14 Ogos 2012

Mencukur Bulu

Tinggal lima hari lagi untuk Syawal menjelang tiba. Persiapan demi persiapan dilakukan. 

Kali ini sebelum saloon (kedia gunting India) tempat kami anak beranak biasa menghiasi diri dipenuhi umat, kami bertindak awal. 


Dua jam sebelum puasa, maza dan anak-anak sudah bertenggek di atas kerusi istimewa itu. Tenang! Kemudian mengeluarkan arahan untuk menggunting rambut pesyen raya tahun ini. 

Apa lagi, kasik cukur itu bulu satu kali, ammmak! . . hahaha.





Tuan tanah kedaung:

Ahad, 12 Ogos 2012

Gasoline di malam tujuh likur

Ya, sekarang sudah memasuki malam tujuh likur. Kalau di kampung sana, malam-malam sebegini maza tahu hendak berbuat apa. Pelita-pelita sudah tersedia untuk mengindahkan kampung nan permai! hehehe...

Meter menyukat tekanan gas.

Ramai generasi sekarang yang berkelahiran tahun 1990-an dan terkemudian, tidak mengenali gambar di atas. Dunia sudah berubah, zaman semakin maju, segalanya di hujung jari.

Maza kira, ia telah menjadi barangan yang sangat payah untuk ditemui. Sudah boleh masuk ke dalam kategori 'endangered species' (spesis terancam).

Tempat mengejas gas.

 Zaman dahulu kala, lampu ajaib ini amat berguna sekali terutama ketika keraian seperti kehadiran tetamu, kenduri kendara, doa tahlil, dan sebagainya.

Apabila raya menjelma, ayah akan menghidupkan lampu aladin tersebut lalu mencerahkan alam kami yang sering disulami oleh sinaran lampu pelita suram. 

Tempat mengepam gas.

Suasana malam kami terus berubah. Serentak itu juga alam ini begitu luas dan indah sekali. Kami sangat gembira.

Hari ini kita lebih beruntung kerana hanya memetik suis di dinding, bilik menjadi terang benderang! Malam terus-terusan hidup. Adakala kita sendiri menjadi keliru, siang dan malam suasanannya terus 'hidup'!

Tempat letak spirit, umpan untuk menghidupkan api. Di sisi gambar pemutar gas.

Tempoh hari maza pulang ke kampung. Ketika mengemas di bangsal, tiba-tiba anak-anak maza menegur, "Apa yang tergantung tu ayah?"

"Oh! Itu lampu gasoline. Dulu-dulu masa elektrik tak ada, atuk sering gunakannya."

"Boleh digunakan lagikah?"

"Ini sudah tidak boleh digunakan."

"Oh! Sudah boleh masuk muzium, kan ayah?" kata Nasrun (8 tahun).


Lampu gasoline tergantung di sebatang tiang di bangsal

Oleh tuan tanah;

Rabu, 8 Ogos 2012

Amar Kenapa Kau Membisu

Aku seorang guru kelas yang mengajar di sesi petang. Sekolah ini di kelilingi rumah orang-orang yang berada. Paling tidak pun mereka bekerja sebagai kerani.

Namun, ada seorang murid di kelas aku yang tiap-tiap hari datang lewat. Bajunya selalu tidak kemas. Renyok sana-sini. Kadang kala terkeluar dari disisip masuk ke dalam seluar biru itu. Selalunya apabila masuk kelas, bajunya hamis. Bau peluh!

Entah apa yang terjadi pada hari itu, aku telah naik angin. Tidak mampu membendung kemarahanku lagi. Mungkin disebabkan teguran guru besar terhadap prestasi mengajarku pada setengah jam lalu. Ditambah pula berang dengan sikap Amar yang sering datang lewat.

"Amar! Kenapa kau datang lewat? Hari-hari kau datang lewat?" aku mengherdik dengan garang. 

Amar membisu dan sedikit terketar-ketar. Sepatah pun dia tidak bersuara.

"Mari sini. Dengar sini kelas! Cikgu tidak suka ada orang datang lewat ke kelas. Mereka yang lewat, akan menerima hukuman!"

Aku mengangkat rotan setinggi-tingginya, lalu melibas punggung anak kecil yang kurus itu tanpa belas kasihan.

"Zapp!!! Zapp!!! Zapp!!!" hati aku menjadi puas seketika.

Amar membiarkan sahaja rotan itu meratah punggungnya. Dia masih mendiamkan diri. Hanya airmata yang mengalir perlahan. Sedikit pun dia tidak membantah atau mengelak. Amar menadah dengan redha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails