‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 27 Disember 2009

Mata Keranjang!


Disember 27, 2009 (Ahad)
- Seluruh blogers di alam maya ini tahu Eser maza demam selsema H1N1 gelombang kedua.

Bosan memang tidak tertahan-tahan. Maza pun sudah penat menghiburkan hati dengan berdendang di bawah lampu neon di sebalik jeriji tingkap besi.

(Gambar: Di sebalik jerigi besi di tabir berlangsir)

Hingga langit juga sayu mendengarkan dendangan lagu pilu itu. Seolah-olah faham lalu beraraklah mendung kelabu. Arakian langit turut menyanyi dengan irama dentuman di sana sini. Seperti mengiringi okestra pula lagaknya.

(Gambar: Awan berarak mendung kelabu)

Syahadan, seluruh alam maya pun menangislah. Hujan menitis lebat. Berjujuran merata dataran benua.

Ah Jahanam! Bukan ini yang ku pinta.

Lain pula yang diterjah, lain pula yang jadinya. Maza mahu menghiburkan hati yang lara, tiba-tiba dirantai digenangi hujan melebat di luar sana.

(Gambar: Tangisan hujan)

Apa lagi. Mata maza pun turut sayu.

Alam menjadi sunyi, melainkan bisikan nafas yang beralun-alun mendodoi mata yang sudah pun tewas!

Puas tidur, maza pun terjaga.

Lalu mengaru-garu kepala sebaik terkenangakan bayi yang dikandung oleh isteri masih belum mahu keluar. Dua hari lalu, bayi itu sudah menendang-nendang perut ibunya. Molek benar tanda-tanda mahu lahir. Tetapi sampai saat ini masih belum mahu keluar lagi.

Doktor di PUSRAWI pun naik rimas juga. Lalu dibenarkan keluar wad terlebih dahulu.

"Bawa jalan-jalan. Exercise dapat membantu memudahkan bersalin. Saya benarkan awak pulang. Kemudian kalau sudah terasa sakit sangat atau keluar tanda-tanda besar, segera ke hospital, ya.", kata Dr. Zarina.

Sudahnya petang itu, maza mengajak isteri pergi ke e@Curve. Biasalah orang perempuan, kan mereka suka bershopping. Hilang teringatkan apa yang dikandung itu. Maka berjalanlah kami merayau-rayau di sana-sini.

Kemudian kami singgah pula ke pusat permainan. Di sana maza mencuba nasib bermain bola keranjang. Puas main seorang-seorang, maza paksa isteri join sekali. Dengan alasan menurut nasihat doktor. Mudah-mudahan mudah pula bersalinnya.

Maka isteri maza pun turut melontar 'jamrah' - (bola), ke dalam keranjang itu. Makin lama makin seronok. Makin ghairah hendak mencipta rekod dunia. Hehehehehe...

(Gambar: Masukan token sebelum berjuang melontar 'jamrah')

Penyudahnya, habis duit maza berpuluh ringgit jugalah. Gasaklah, janji bersenam dan happy....



Psst: bagi ibu-ibu mengandung, barangkali nasihat, tauladan dan contoh ini tidak ada gunanya... dilarang meniru!

Psst: kalau mau tiru juga, kena cari idea sendirilah yea.. sebagai contoh, main jongkang-jongket ke.... hehehhe



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails