‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 19 Disember 2009

Library bukan Perpustakaan

Disember 18, 2009 (Jumaat) - Hari ini maza memperkenalkan anak saudara dan kakak maza perihal e@curve.

Dahulu e@curve dikenali sebagai Cinelissure, Mutiara Damansara.

Di sini macam-macam ada. Lokasinya berhampiran Tesco, Ikia, Ikano, Kluang Stations (kopitiam) , The Cure.


Di tingkat dua mata Azmi dan Mas (anak saudara maza) terbelalak. "Eh! Baguslah tempat ni. Dalam pasaraya pun ada Library. Lain kali kita bolehlah masuk achik! Bolehlah Mas cari buku untuk bahan rujukan dan bacaan.", Mas bersuara.

"Patutlah orang kata Kota Damansara ini best! Macam-macam ada! Tak payah pergi jauh-jauhkan?!" Azmi pula mengambil giliran.

"Itulah dinamakan Library, tapi bukannya perpustakaan. Replika nama library aje tu. Kuda yang kat luar tu pun bukan kuda sebenar. Semuanya ini replika. Buku tu pun buku replika. Nampak aje macam buku zaman dulu-dulu, tapi semuanya palsu." maza cuba menjelaskan hal yang sebenar.

"Tak fahamlah achik. Kalau begitu, Library ini, apa dia?" Mas mengerutkan kening pinta penjelasan lanjut.

"Library ini sebenarnya kelab malam. Nama aje library. Tapi kat dalam tu ada pub, ada orang nyanyi-nyanyi. Life band lagi. Buku yang ada tu semua sebagai hiasan aje. Kalau rasa mau berjoget dan bag duit sudah terlebih tebal, meh ler kita cuba-cuba jenguk kat dalam." maza menggiat mereka.


Masing-masing terlopong. Seolah-olah tidak mempercayai apa yang dilihatnya. Sekejap-sekejap orang keluar. Sekejap-sekejap ada yang masuk. Ada awek, amoi dan minah. Masing-masing berpakaian yang kurang enak dipandang oleh golongan pak lebai dan imam.

Sekejap-sekejap itu juga terdengar orang ketawa terbahak-bahak. Suara muzik yang kuat melimpahi keluar hingga ke tingkat atas dan LG.

Habis semuanya bertukar tungang langgang. Library ialah perpustakaan yang menjadi simbol ketajamaan ilmu, pengumpulan rujukan ilmiah, mentelaah pelajaran; sudah berkecamuk identitinya. Gara-gara sesetengah pihak mahu mencari kelainan. Hari ini library dikenali tempat santai, minum-minum, muzik dan keriangan!

Sambil bersiar-siar maza sempat menangkap beberapa keping gambar di laman lepak di e@curve itu. Ada satu lorong yang hampir menyerupai Bintang Walk, di Jalan Bukit Bintang. Ia diberi nama, The Street.



Kiri kanan, atas bawah The Street itu berderet restauran-restauran mewah. Ada yang halal, ada yang haram. Ada todi, ada sirap. Pilih sahajalah tempat duduk yang mana satu!

Di laman ini juga maza sempat merakamkan gambar dekorasi perayaan. Pokok krismas besar kedabak. Tinggi berkali ganda dari maza. Ada air pancut menyirami.

Kebetulan malam ini hujan. Kemudian lampu hiasan di pokok tersebut dipadamkan demi keselamatan orang ramai. Kalau tidak padam takut ada yang mati kena rejatan elektrik.



Pun begitu, dari pintu gerbang e@curve ini maza ambil juga gambar yang terdaya mungkin.

Sambil itu, maza jenguk-jenguk juga kalau ada kain rentang ke, atau poster ke, yang meraikan maal hijrah. Tapi... Haram satu pun maza tidak ketemukan. Walhal hari ini ialah hari cuti maal hijrah!

Di benak maza terpacul sebuah suara, "Hmm.... adakah Mutiara Damansara ini berada di luar negera ke? Yang jelas kelihatan di sana sini simbol-simbol Santa. Adakah negara ini ialah negara Santa ke? Atau mereka sudah hilang sensitiviti tentang perlembagaan negara? Siapa peduli?! Hmm..."




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails