‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 16 Februari 2015

Gadis Berbasikal Tua

Basikal perempuan tua

Siapa pernah mengayuh basikal ketika di sekolah rendah?

Gambar di atas ialah basikal model lama. Jika tidak silap maza basikal model zaman 1960-an atua 1970-an.

Maza pernah memboncengnya di belakang dengan Mak Busu Maimoon gigih mengayuh basikal seperti itu pulang dari sekolah petang (sekolah agama Johor). Seingat maza ketika itu maza baru berusia 12 atau 13 tahun. Manakala Mak Busu Maimoon sudah menginjak anak dara remaja (jarak umur kami lebih kurang 8 tahun)

Kalau termasuk dan terhentak lubang, memang sengal punggung. Kesian pada orang yang membonceng. Semua tu besi. Hahaha



Basikal perempuan tua. Possing dulu.


Lokasi penggambaran; Sg. Lembing, Pahang.
Talent: entah siapa entah
Tarikh penggambaran: semalam (15.02.2015)

Sabtu, 7 Februari 2015

Termenung di Sungai Pahang


Kuantan (07.Feb.2015) - maza membawa diri. Bukanlah merajuk cuma mententeraman hati yang bergelora. Kelodak yang mengeruhkan jiwa ini perlu dijernihkan.

Lumrah hidup, setelah berhempas pulas melunaskan tanggungjawab hakiki, tibalah giliran tubuh untuk berehat, dibelai dan dimanjai.

Maza bersama keluarga akhirnya keluar dari kepompong dan menuju ke tebing Sungai Kuantan.

Diamnya di tengah-tengah bandaraya Kuantan. Dahulu, kawasan tebing sungai ini merupakan perkampungan nelayan dan penempatan orang-orang asli.


Sejarah juga mencatatkan bahawa nama Kuantan diambil sempena nama penempatan pedagang-pedagang dari Sumatera. (Sumber: batu tanda makluman Majlis Perbandaran Kuantan di pesiar kaki tebing Sungai Kuantan)

Pedagang dari Kuantan, Sumatera ini menjadikan Sungai Kuantan, Pahang sebagai laluan dagangan dan mendirikan pelabuhan mereka untuk mendaratkan barangan perniagaan ke gudang-gudang yang didirikan di tebing Sungai Kuantan sebelum diedarkan ke kawasan pedalaman.


Terdapat beberapa kawasan kubur-kubur lama di tebing Sungai Kuantan, Pahang menjadi bukti kehadiran pedagang dan penduduk awal Islam di sini.

Khamis, 5 Februari 2015

Dalam Bas Mersing bikin kecoh

Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd.
Merupakan syarikat pengangkutan bas utama di sepanjang jalan Kluang-Mersing sehinggalah ke hari ini (2015)


1991 - di dalam bas Mersing.

Ketika zaman remaja, maza bersekolah di sekolah kampung sahaja. Membesar bersama-sama rakan desa semenjak tadika hinggalah tamat ke tingkatan 5 sebelum melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah bandar pula.

Gambar pelajar di atas merupakan gambar teman sebaya maza ketika pulang dari sekolah. Dalam gambar itu kelihatan Arwah Brad Harris, Zainal Sani, Konduktor Bas Berdidikasi, Maza, Suhaile Sulaiman dan Selamat Abu.

Gambar di atas dirakam sekitar tahun 1990/91. Kondisi bas lama itu dengan tempat duduk paras pinggang orang dewasa dan berpenyandar kepala besi krum. Manakala tingkapnya masih menggunakan kudrat untuk mengangkat ke atas apabila hendak menutupnya terutama ketika hari hujan. Hampir serupa dengan bas zaman klasik Bukit Kepong. 

Disebabkan sekolah menengah yang jauhnya lebih kurang 7 batu dari kampung, maka perkhidmatan bas awam menjadi pilihan sebagai pengangkutan ke sekolah selain bas sekolah. Malahan penduduk kampung sendiri menjadikan pengangkutan bas sebagai pengangkutan utama untuk menghubungkan antara kampung, ke pekan (Kahang) dan bandar Kluang atau Mersing.

Malahan ada masanya pengangkutan awam ini menjadi kenderaan mengangkut hasil pertanian penduduk kampung. Pak Amir dan Arwah Pak Cik Idik (bapanya Asrak) pernah mengangkut getah kepingnya untuk dijual ke pekan Kahang dengan menggunakan perkhidmatan bas awam ini.

Syarikat Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd. telah lama wujud. Kalau tidak silap Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd. ditubuhkan sebelum merdeka lagi.

Mersing Omnibus Co. Sdn. Bhd.


~gambar pelajar di atas di kutip melalui koleksi gambar senior. Maza tidak pernah menyimpan gambar klasik tersebut (ahaks, klasik lah sangatlah kanzzz)~

Isnin, 2 Februari 2015

MENITI SUBUH MENGHIRUP HIDUP DI ALAF INI

Bangun pagi, celik mata...
Capai handset, tengok jam dan tarikh.

Terus ketuk-ketuk pada papan skrin. BAYAR HUTANG.

Semalam 1 haribulan. Bank pun sudah bagi notis awal-awal pagi. SMS, Email juga surat.

Tersengih di depan kaca skrin, pemiutang menanti laba untuk dikutip dengan tazkirah demi keamanan akhirat: "hutang wajib dibayar walau jasad ditelan bumi. Mungkir, membawa roh bergantungan menjadi hantu atau zombi berpetualang."

Pada hal baru awal bulan. Kantung gaji belum berjamah untuk diri dan anak bini.

Beginilah hidup di zaman ini. Mereka kata zaman teknologi. Zaman moden serba canggih, tetapi hutang serba meleleh.

~madah terlentang terlungkup~

nukilan
maza


Khamis, 29 Januari 2015

Cinta Tercedera Gara-gara Pakwe Tak Khatan

Tempat Bersidang Orang-orang Kampung Sri Lukut
Kelihatan Osman Manap sebagai ketua sidang

"Masa sekolah nak tahu siapa belum sunat, time sembahyang kalau berdiri di saf belakang belum sunat. Saf depan bermuka sombong pasal dah sunat. Budak perempuan skodeng dari tirai tengok siapa yang belum sunat." Pendedahan cerita betul dari kawan saya.

Saya tertanya-tanya juga, apa fasal budak perempuan mahu mengintai?

"Masa tu kantol pakwe belum sunat. Bila bercouple cerita pasal kahwin bagai. Sunat pun belum." Jelas beliau mengenangkan zaman kami di sekolah rendah dahulu purba kala. 

Maza tertawa terkekeh-kekeh mengenangkan beberapa kawan-kawan sebaya dan tua setahun dua itu berendut (endut = bermain cinta) sedangkan umur masing-masing baru sahaja menginjak 12, 13 atau 14 tahun.

Beginilah apabila kami berborak sakan mengenangkan zaman kanak-kanak yang berwarna-warni di Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor. 

Memang di zaman itu ada yang lewat berkhatan sehingga mencecah usia hampir 20 tahun. 

Majlis berkhatan biasanya dibuat ketika musim cuti sekolah pada bulan November atau Disember. Kendurinya pula dibuat besar-besaran. 

Cikgu Syafie dan Cikgu Johar antara guru pelopor yang mencadangkan diadakan majlis berkhatan beramai-ramai. Jadinya, sekitar tahun 1987/88 diadakan majlis berkhatan secara jemaah. Kanak-kanak yang menyertainya diarak dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang Batu 28 ke Masjid Jamek Ar-Rahman (masjid lama). Memang meriah.

Zaman itu kami bersunat masih lagi duduk di atas batang pisang. Sebelum bersunat kami berendam dulu di dalam taliair puas-puas. Berendam sahaja tanpa berenang-renang. Tanpa bius hanya berbekalkan pisau tajam dan mentera (bacaan doa), maka bermulalah episod menjadi orang dewasa.

Setelah bersunat, layanan diberikan tidak lagi dideskriminasikan dalam apa-apa majlis kenduri. Malah kami dipandang sebagai pemuda harapan. Hahaha...

~from Zainal Sani with Sweet memori~
Jalan Teminggol.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails