‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 10 Januari 2014

Cinta Rasul



"Saya cintakan Rasululullah."

Inilah manifestasi saya.

Sungguhpun ada beberapa khilaf tentang tarikh sebenar Nabi Muhammad SAW diputerakan. Namun, itu tidak menghalang untuk mencintai Rasulullah SAW.

Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.





Khamis, 9 Januari 2014

Janji Siapakah Yang Lebih Baik?


Langkah ini di Stesyen Keretapi Layang-Layang, Kluang, Johor
24 November 2013

SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI
 
Allah SWT tidak pernah berjanji bahawa orang yang berkahwin akan memperoleh anak.

Allah SWT juga tidak pernah berjanji bahawa orang yang bekerja dari siang hingga ke malam akan menjadi kaya.


TETAPI Allah SWT berjanji: -

Sesungguhnya mereka yang menjaga solat dan akhlak, maka mereka itulah orang yang berjaya.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, maka Allah SWT akan angkat kesempitan hidup di dunia.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, Allah akan angkat (menghidarkannya) seksaan kubur.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, Allah akan memberikan buku amalan dengan tangan kanan.

Barangsiapa menjaga solat dan akhlak, mereka akan melintas titian siratalmustaqim sepantas kilat.

Barangsiapa jaga solat dan akhlak, mereka akan dimasukkan syurga tanpa hisab.

JADI, janji siapakah yang lebih baik?




Nota Maulidur Rasul sempena malam Jumaat gitew

Rabu, 8 Januari 2014

Anak Badang di Tempat Kerja

Tepek gambo satu kali, wokey?

Reeza: Landasan Keretapi Layang-layang, Kluang, Johor
(Disember 2, 2013)

Anak Badang


Maza yakin, dalam sesebuah organisasi ada kakitangan tunjang yang menjadi tonggak kepada 'tanjak' institusi itu. Tanpanya, jentera pengurusan, operasi dan teknikal boleh terjejas.

Di institusi yang maza wakili ini, manusia itu dikenali sebagai Anak Badang. Rupa bentuk susuk manusia tersebut bukanlah seperti watak adiwira; Hulk, Sueperman atau Pendekar Ali Cafe.

Sebaliknya beliau mempunyai daya tarikan dan kekuatan tersendiri iaitu dari segi fizikal, kreativiti dan mental. Demikian juga kehebatan pengaruh dan komunikasi, menyebabkan ketidakhadiran beliau di pejabat suasana menjadi lesu; rasa kehilangan sesuatu.

Anak Badang bukannya setakat gagah memikul beban fizikal tetapi terbukti sebagai penyeri dan pemangkin semangat kerja sementelah hari-hari yang meletihkan menggasak dari kiri dan kanan.

Sebetulnya, untuk menjadi tulang belakang kepada sebuah organisasi seperti Anak Badang ini bukannya payah. Apa yang mustahak ialah tahu memainkan peranan, berkomunikasi dengan berkesan dan mengerti objektif pekerjaan.

Secara umum, terdapat dua kumpulan pekerjaan: -
  1. Kakitangan sumbangan (contribution)
  2. Kakitangan sokongan/pelengkap (complement) 

Dari mana sekalipun kumpulan pekerjaan itu, tiap satunya amat penting kepada organisasi. Kegagalan organisasi menghargai, menilai dan mengagihkan tugasan adalah kesalahan yang amat kritikal kerana setiap sumber mentah itu perlu dioptimakan penggunaannya.

Saat melewati tahun 2014, sama ada kakitangan pelaksana atau pengurusan, tanpa mengira prajudis,  perlu menguatkan iktikad agar berusaha lebih gigih dan IKHLAS. Pekerjaan ikhlas itulah yang membawa erti keberkataan sebenar.

Selamat menempuh hari-hari yang mencongkam gitew.. ahaks.

~ saat-saat menyesak ini, ramai juga rakan sekerja mengambil kesempatan. Namun pilihlah yang diredhai Tuhan, jangan aniaya kepada sesiapa juga; sama ada pada teman sekerja dan organisasi yang diwakili) ~

Perutusan Tahun Baharu




Selasa, 31 Disember 2013

Dayana Mengharimaukan Diri



Alkisah di Hujung Tahun


"Harimau ganas bertaring panjang dan makan orang, lagi boleh ditawan. Inikan pula hati boss, sudah tentu boleh dijinakkan," Dayana menyingsing lengan, kemudian berlalu ke bilik Pengarah Urusan, En. Sidek.

Sambil anak mata menjeling ke arah maza, Dayana berkata dengan garang, "Aku tak kira. Aku nak minta naik gaji plus bonus. Semua harga barang dah naik ni. Takkan ler boss tak mengerti!"

Maza hanya sempat membundarkan mulut sahaja sebelum tubuh montok Dayana menghilang di dalam bilik boss.

"Boss . . . boss . . . boss . . . semalamkan saya sudah beli baju sekolah dan buku rampaian anak-anak. Kenaikan kos begitu ketara. Inflasi sana-sini."

"A'ah lah, saya pun terasa sama. Saya ingat mahu minta tolong dengan semua staff untuk bekerja lebih gigih lagi. Apabila produktiviti ditingkatkan, pendapatan juga akan meningkat. Lagipun, lambat laun terpaksa juga menaikkan harga produk kita. Sementara pretasi perniagaan kita tidak berapa menjadi semenjak dua tahun ini, saya kira syarikat terpaksa mengambil langkah jimat cermat. Elaun staff akan dipotong di antara 5-10%."

Dayana hanya mampu menelan air liur. Belum pun sempat melontarkan permintaannya, dia sudah pun terkedu.

Sebelum ini, Dayana berkira-kira mahu memberontak juga. Kalau tidak diberikan apa yang dikehendaki, Dayana mahu mogok.

"Kalau boss tak naikkan gaji dan bonus. Aku nak protes habis-habisan." kata Dayana pada suatu hari.

"Kau nak buat apa? Jangan buat kerja gila pulak ya." sambut Reeza.

"Kalau bos tak bagi! Aku . . . aku . . . aku tak nak photostat-kan kertas kerja boss. Tak mahu buat air teh untuk dia lagi. Tak nak buang sampah dalam bakul sampah ke dalam tong sampah besar sana. Huh!"

"Ganas . . . . " maza sekadar mencelah ketakutan. 


Nukilan lantun-lantun
 


 

Selasa, 24 Disember 2013

Langkah Pertama Selepas PMR

Lembayung pohon palma (sawit)

Dahulu di zaman saya cuma ada SRP.

Tidak lepas SRP bermakna tamatlah sudah alam persekolahan. Ada dua kemungkinan, pertama akan menjadi pewaris kerja emak (menoreh getah dan pesawah) atau menjadi soja (soldier/askar).

Oleh sebab saya bukanlah atlet cemerlang hendak menjawat jawatan soja, juga tidaklah berstamina hebat seperti emak menyembah pokok getah sesubuh hari, maka saya memaksa diri untuk melepasi SRP.

Saat menghadapi SRP, terasa nafas tercungap-cungap juga. Berdebar-debar tidak sudah-sudah dari hari pertama memegang pen di dawan peperiksaan sehinggalah diumumkan keputusan peperiksaan.

Di waktu senggang menantikan keputusan SRP, saya mengacu-acukan diri dengan melakukan bermacam-macam kerja kebun dan kampung. Emak kata, ini sebagai terapi jiwa dan persediaan kalau-kalau kandas dalam SRP.

Sara Diri: Kerja rutin di Kampung Sri Lukut, Kahang

Mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu selalu menjerut leher saya. Bikin sesak.

Masakan tidak, gagal salah satu mata pelajaran tersebut, walaupun subjek lain skor begitu cemerlang, keputusan SRP tetap dikira gagal. Jika bernasib baik, boleh mengulang semula dengan terus kekal di tingkatan tiga itu. Kalau nasib malang, mulalah gerakan mencari pekerjaan hendak menyara diri sendiri, uhuk!

Setelah mendapat keputusan, barulah dapat menguntum senyuman lebar-lebar. Terasa semuanya lega. Selamat, alhamdulilah!

Malam ini tiba-tiba teringatkan arwah Norisam (pelajar dari Felda Nitar), pesaing rapat dan regu saya ketika di sekolah menengah rendah. Beliau tidak dapat meneruskan pengajian disebabkan serangan demam panas yang hebat beberapa bulan sebelum SRP. Hebatnya demam yang dialaminya menyebabkan fikiran dan emosi arwah sering terganggu. Dengar khabar dari angin lalu, hal ini mempunyai kaitan juga dengan tekanan SRP. Akhirnya beliau kandas dengan tidak sempat menduduki SRP.

Selang setahun kami meraikan kejayaan SRP itu, kami dikejutkan dengan berita pemergian beliau ke alam baka. Kemalangan itu meragut nyawa Norisam bin Meskam (Al Fatihah).

Ladang sawit di Kampung Murni Jaya, Layang-layang, Kluang, Johor

Berbeza hari ini, PMR bukan lagi berfungsi sebagai jerangkap; penapis akademik.

PMR sekadar ukuran prestasi pembelajaran sebelum melangkah ke SPM. Syukurlah, SRP/PMR bukan lagi sebuah bebanan yang berat seperti adanya batu di kepala.

Hari ini PMR sekadar penentu jurusan akademik sahaja dan tidak dijadikan ukuran penamat kerjaya sebagai pelajar sekolah.

Zaman ini SPM merupakan tempat pertarungan sebenar antara maju atau kantol sekerat jalan di dalam dunia akademik.

~ Jadi, usah khuatir pada pejuang-pejuang PMR, terus hayunkan langkahmu walaupun keputusannya tidak seberapa molek. Sedarlah, kejayaan hakiki sedang menantimu dan melambai-lambai di hadapan. Apa yang penting ialah teruskan berusaha cekal. Kayuh tetap kayuh! . . . Kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang, diucapkan tahniah, teruskan momentum itu. Jangan benarkannya berjeda (terhenti). ~



Nostalgia gitew-gitew
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails