‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 3 September 2012

Oppa Gangnam Style

Fenomena K-pop (Korean Popular Music) sudah lama menjadi gelombang di tanah Malaya. Anak-anak muda terutama si gadis amat 'berahi' gelombang budaya Korea (Korean Wave). Tidak kira ia berbentuk wayang gambar, muzik, makanan atau pakaian. Kalau peralatan itu sudah tidak diperkirakan lagi. Melambak-lambak di pasaran.

Entah apa kemaruk atau sudah lupa teras diri, lalu hampir tiap hari telinga maza dihalwakan dengan lagu berbahasa Korea bertajuk Oppa Gangnam Style melalui tetuang udara (radio) sama ada milik kerajaan atau pun swasta. 

Hebatnya pengaruh muzik satu ini hingga negara seolah dilanggar garuda jika tidak ikut serta perkembangan K-pop itu. Penyudahnya ramai anak-anak muda seakan dirasuk hingga sanggup mengetepikan nilai-nilai maruah diri, budaya syumul dan jati diri.



Di dalam Youtube umpamanya sudah melambak-lambak video perihal Gangnam Style! Berbagai-bagai gaya hasil tiruan tarian 'menunggang kuda liar' yang menjadi signature kepada tarian Oppa Gangnam Style.

Oppa Gangnam Style merupakan lagu yang dibawakan artis Korea Selatan yang menggelarkan diri PSY.


Menurut alkisah PSY itu adalah singkatan kepada perkataan Psychology. Tetapi kata teman-teman di sini setelah menyaksikan video Oppa Gangnam Style ia tidak ubah seperti Pussy Pschology!

Walaupun jalan cerita liriknya itu bagus iaitu menegur sikap wanita yang lebih mengutamakan 'gaya hidup barat' dan materialistik. Tetapi sesetengah liriknya amat tidak sesuai dengan budaya tempatan. Di tambah pula video yang memaparkan aksi yang *tut***.

Dalam lirik lagu atau video Gangnam Style ada memaparkan:- 
  1. Korean Style, Sexy Lady sambil tungang kuda liar *tut*
  2. Bunyi salakan anjing yang seolah-olah menyalak kepada wanita. 
  3. Perempuan 'seks-si'; tergedik-gedik melucahkan diri.  

Rujukan lanjut tetang Gangnam Style (background and lyrics): http://mydearkorea.blogspot.com/2012/08/korean-music-psys-gangnam-style-and.html

Mengikut pemerhatian maza, semasa menontotn video K-Pop yang lain, terpaksa menutup sebelah mata dan selalu berasa 'ngeri'. Rata-rata K-pop menjual budaya dengan mempromosikan simbol seks, seksi, eksploitasi tubuh wanita dan hero mereka perlu 'jambu'! Seolah-olah mereka berbangga dan mengangkat budaya 'pelacuran'!

Fenomena tarian antarabangsa




Fenomena seperti Gangnam Style ini bukanlah baru di Malaysia tanah tumpah darahku. Lebih dahsyat lagi pun ada. Antara fenomena budaya muzik yang pernah menyerkap Malaya ialah tarian poco-poco, why this kolaveri, Ice-Ice Baby (Vanilla Ice), Rap,  Mc Hammer, Metal, Trasher dan banyak lagi.

Jujurnya maza pernah terikut-ikut juga dengan budaya muzik yang menjadi fenomena di negara ini seperti Ice-ice Baby, Mc Hammer, Rock, Trasher dan Metal. Cuma tidaklah melibatkan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah wanita!

Untuk rekod seputar lewat tahun 1980-an, tatkala ekonomi Asia Tenggara memuncak, Korea Selatan telah menjadikan Malaysia sebagai kiblat. Hingga tercetus di Korea Selatan sana fenomena yang dipanggil "Malaysian Wave".

Namun, melalui kesedaran dan perancangan yang begitu rapi, Korea Selatan bangun dan melancarkan "Soft War" (Perang Saraf) dengan menjual dan meperdagangkan 'budaya' mereka. Inisiatif pengkomersialan budaya ini diperhebatkan setelah Korea Selatan terjerumus di dalam kancah kemerosotan ekonomi pada tahun 1990-an hingga memaksa mereka meminjam dengan IMF (International Monetary Fund).

Hasil MoU serta persefahaman ekonomi antara Malaysia dan Korea Selatan yang diikat bersama (sekitar akhir 1980-an), telah memberikan kejayaan kepada Korea Selatan untuk 'melanggar-garudakan' Malaysia melalui Korean Wave dan produk teknologinya!

Kena pula pada masa itu, Malaysia di bawah pimpinan Dato' Seri Dr. Mahathir sedang menjalankan Dasar Pandang ke Timur, telah membuka ruang seluas-luasnya kepada mereka.

Kesan yang berlaku adalah seperti hari ini; Oppa Gangnam Style.

Gangnam Style vs. Maza Style

Hari ini, hasil kesedaran terhadap kenegaraan (semangat patriotik gitu, sempena Merdeka kaedahnya), maza memilih budaya yang sesuai dengan adab, adat dan tatasusila sebagai seorang golongan bangsawan Melayu!

Oppa Maza Style. Tergedik-gedik di tepian tasik secara berjamaah . . . kokkokkookk

Iaitu maza memilih seperti video di bawah ini untuk dijadikan "Maza Style". Maza kira ia tidak pula memperkecilkan maruah wanita dengan membayangkan mereka itu sebagai simbol seks. Lebih azab lagi semacam 'gaya tungang kuda' yang lazimnya dikaitkan dengan aksi lucah pornography.


Bagi anak-anak muda sukakan sesuatu yang aktif, rancak dan penuh bergaya, serasa maza, video pilihan Maza Style ini juga kena dan sesuai! Tambahan pula ia gambaran budaya dan kehalusan budi negara bangsa ini!

Lagipun tiada salahnya kita berbangga dan mempromosikan bersungguh-sungguh tarian zapin tersebut.

Atau jika tidak sukakan tarian lasak seperti itu kita pun ada banyak pilihan tarian budaya yang lain seperti tarian inang, piring, gamelan, mak yong, tarian asli, sumazau dan bermacam-macam lagi.



Seruan: Adab Kita Wajah Kita! 




1) Sudah-sudahlah mengikut budaya yang tidak senonoh. Kesedaran kaum muda amat penting untuk menolak budaya-budaya asing dan lucah itu. Maka formula yang dicadangkan ialah perlu sayangkan didikan agama. Manakala budaya sendiri perlu disemai utuh di jiwa anak bangsa Malaysia!

Dalam kata lain, kita bukan sekadar menyemai negara ini dengan prasarana moden dan ditaburi  meterialistik; hingga kelihatan seperti gula-gula kepada masyarakat muda lalu menjadi khayal! Tetapi perlu memulihara budaya tinggi yang menjadi warisan pusaka di tanah tumpah darah ini!

2) Pihak-pihak media tempatan pula tolonglah jangan mempromosikan budaya yang tidak elok ini lagi. Hentikanlah! Jangan sebab anda menjadikan minda anak-anak muda kita rosak lalu meletakan di fikiran mereka (positioning) hari-hari hendak tunggang kuda ('fomfuan') aje. Manakala yang wanita pula hari-hari ingat nak seksi-meksi dan menggoda lelaki melalui jalan seks!

3)  Kita punyai banyak pilihan. Pilihlah untuk mempromosi dan menaikkan 'budaya' kita sendiri! Perbaiki dan ciptalah budaya yang sesuai dengan adat dan maruah kita. Kemudian jadikanlah ia satu fenomena dunia. Malah ia lebih bagus daripada asyik terikut-ikut rentak negara bangsa lain lalu menciplaknya pula!

4) Seharusnya anak muda perlu memainkan peranan penting untuk menapis budaya luar yang tak elok. Bahkan mencipta budaya yang syumul bersesuaian dengan agama, budaya dan bangsa Malaysia! Mengambil contoh kejayaan Upin-ipin dab Boboi Boy sebagai produk tulen anak watan.

5) maza amat tertarik dengan idealisme bahawa kita perlukan jati diri sendiri sebagai lambang identiti sebuah bangsa yang merdeka, berdaulat dan bermaruah!

6) Cuba anda bandingkan antara tarian zapin dan Gangnam Style. Perkhhh . . . anda akan dapati bahawa tarian zapin jauh lebih moden daripada tarian Gangnam Style yang serupa macam zaman jahiliah; jauh terkebelakang! Pendek kata tak cerdik!..


Oppa Maza Style!.. Kokkokkookkk



Lantun-lantun negaraku, tanah tumpahnya darahku oleh:-



Sabtu, 1 September 2012

Refleksi Putrajaya di Ambang Merdeka

30.08.2012 - Malam ambang merdeka itu maza dengan kawan-kawan merancang hendak menangkap gambar di Dataran Merdeka dan mendaki Bukit Langat untuk merakamkan bunga api berlatar belakangkan kota metropolitan Kuala Lumpur. 

Namun perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Selain mendengar arahan daripada pihak berkuasa berkenaan larangan berhimpun dan menyertai himpunan haram yang dijangkakan diadakan di Dataran Merdeka, kami turut mengalami masalah teknikal. 

Kami juga diberitahu di Dataran Merdeka tidak ada pertunjukkan bunga api. Majlis sambutan ambang kemerdekaan kali ini dibuat di KLCC. Ditambah pula kesesakan untuk memasuki ke bandaraya Kuala Lumpur menyebabkan mengambil keputusan untuk ke Putrajaya. 

Kami merancang untuk menangkap gambar jambatan dan masjid di Putrajaya. Sebelum itu, kami telah dimaklumkan teman-teman di Putrajaya, kali ini tidak ada majlis sambutan ambang merdeka seperti tahun sudah. Jadi tidak adalah letupan bunga api yang mencerahkan dada langit Putrajaya.

Sungguh pun demikian, sebaik detik 12.00 tengah malam, sedang kami merakamkan potret alam, tiba-tiba terdengar suara orang perempuan mengilai dan tertawa kuat dari arah jambatan sana. 

Kami hanya saling memandang sendirian dan dengan selamba meneruskan tugasan kali ini. 

Kami tidak sempat untuk merakamkan masjid indah di Putrajaya disebabkan lampu di masjid itu sudah dipadamkan. Kami sudah terlewat.

Berikut ialah beberapa bingkisan yang dapat maza hidangkan.




Kanak-kanak riang di tengah malam di ambang merdeka!



Tuan tanah lantun-lantun gitew

Rabu, 29 Ogos 2012

Gadis Bertudung Servis Tubuh

Di sebuah sudut pasar raya sana ada seorang gadis bertudung biru labuh. Tersenyum manis memandang tepat ke arah maza. Sebaik melaluinya, gadis itu pun menyapa.

"Abang nak servis tubuh? Saya ada menyediakan servis seluruh badan. Badan abang akan jadi segar. Tension pun akan hilang," suara halus seolah-olah berbisik manja menerjah ke anak telinga paling dalam.

Gadis bertudung biru itu masih setia menanti. Sesekali dia meleretkan mata redup. Kerlingan matanya cukup menggoda.

Maza menelan liur sendirian, menahan gelodak hati. "Berapa harga kalau servis tubuh gebu saya ini?" maza cuba mencari kepastian.

Gadis itu mengetap bibir seketika. Di pandangnya sekujur tubuh maza dari atas hingga ke bawah. Dua atau tiga kali dia meneliti sambil meramas jejari lembutnya.

"Bergantung kepada abang nak servis macam mana. Satu badan boleh. Bahagian-bahagian tertentu sahaja pun boleh. Harga jangan risau. Bergantung saiz cup dan berapa banyak yang abang hendak."

Maza menoleh ke kiri dan kanan seketika, kemudian mengangguk tanda bersetuju.

Gadis itu pun membelakangkan maza, lalu maza mengekorinya.

Kami masuk ke sebuah bilik khas. Kami bersendirian. Gadis itu menghulurkan tuala sambil tersenyum.

"Abang rehat di sini sekejap. Meniarap di atas katil ini. Sementara itu abang bukalah pakaian. Kami akan servis tubuh abang sepuasnya. Saya keluar sekejap mahu buat persediaan dulu, ya?" gadis bertudung labuh melontarkan kata-kata dari dua ulas bibirnya yang nipis, lembut, basah, anggun, cantik dan ayu sekali.

Sementara menanti kehadiran gadis bertudung biru itu, maza sempat terlelap seketika. Sedar-sedar badan maza diusap lembut. Dibelai penuh kemanjaan. Mesra dan amat selesa sekali. Maza tersenyum indah.

"Abang dah bersedia? Boleh kita mulakan sekarang?"

Ahad, 26 Ogos 2012

Kembali Merantau

Pelita menyinari di malam raya

Alhamdulilah sudah seminggu kita beraya sakan di tahun 2012 ini. 

Kini tibalah masanya berpisah dengan ibu, ayah serta sanak keluarga. Pemergian kami anak beranak adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mencari rezeki di bumi Tuhan Rabul Alamin.

Di jendela

Kalau diperkirakan, memang ketidakcukupan berhari raya di kampung lagi. Rindu masih belum benar-benar terubat. Namun perjuangan hidup menuntut agar terus melangkah pergi meninggalkan kampung nan permai. 

Ahad (26. Ogos. 2012), maza anak beranak berpelukan sayu dengan ahli keluarga. Melangkah longlai keluar dari kampung yang damai. Air di kali masih terasa dinginnya hingga ke gigi. Udara segar dari haruman kampung masih lagi kuat di hidung. Paru-paru masih lagi tidak putus-putus mengepam mencari wangian bungaan kampung. Selut yang terbenam di buku lali ini, masih terasa sisanya melekat. Di sinilah tanah tumpah darahyna maza. 

Anak-anak saudara keriangan menyambut kepulangan


Dalam diam-diam sambil mata ditancapkan ke hadapan tatkala memandu, maza berdoa takzim. Mudah-mudahan dikurniakan Tuhan punyai waktu untuk bertemu ibu dan sanak saudara kembali!

Akhirnya, lewat petang kami sampai ke rumah di ibukota ini. Sepatah kata tidak terkeluar dari mulut, melainkan masing-masing membawal hal sendiri. Melayan perasaan yang berbolak-balik.

Di otak maza ligat berkisar, ESOK SUDAH MULA BEKERJA!!! 

"Ahhh ... rupa-rupanya, aku ini masih seorang buruh!"

Selamat bekerja semua . . !

Sanak saudara duit raya!



Salam dari kejauhan:
Tuan tanah







Jumaat, 17 Ogos 2012

Jumaat terakhir di bulan Ramadan 2012

Sedari semalam para perantau mulai berpusu-pusu pulang  ke kampung halaman masing-masing untuk beraya. 

Laporan yang maza terima, kesesakkan lebuh raya berlaku di sana sini. Maza menjangkakan untuk dua hari terakhir sebelum Syawal menjelang, kebetulan pula di hujung minggu, akan menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

Berbekalkan amanat daripada mimbar di hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadan ini, khatid telah menyeru agar kita sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Khatid menasihatkan agar pengembara-pengembara memeriksa semua suis lampu, elektrik, pagar dan pintu dikunci dengan sempurna. 

Mendaki tangga masjid di Jumaat akhir Ramadan (28. Ramadan 2012). Kasut dan selipar melatari kiri tangga!

Ketika meninggalkan rumah, kita harus berdoa terlebih dahulu. Dirikanlah solat sunat musafir dua rakaat. Kemudian pintalah perlindungan daripada Allah SWT agar terpelihara keselamatan di sepanjang perjalanan nanti. 

Khatid juga mengingatkan jemaah agar singgah di balai polis dan ucapkanlah Selamat Hari Raya kepada mereka. Jangan lupa mengisi borang melaporkan diri pulang ke kampung. Ini memudahkan pihak polis memantau rumah yang ditinggalkan.

Cerita Lain

Kad raya maya yang gitu-gitu aje. Lagi pun, siapalah maza, kan, kan, kan?


Maza kira akan pulang ke kampung dengan menunggang binatang ini anak beranak! Harap-harap ia punyai butang untuk terbang. Moga-moga dapat bantu semua orang dari mengalami kesesakan lalulintas.
Jika tuan-tuan terlihatkan binatang itu terkedek-kedek di perjalanan, petandanya kami sedang rehat dan rawat.

Tahun ini tibalah giliran kampung mertua pula. 

Di kesempatan ini, maza hendak menyusun 10 jari kepada para pengujung dan peminat setia blog ini (ceeewahhh!.. ada ke? hahaha), untuk memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran maza sepanjang berinteraksi di alam siber!

Semoga tuan-tuan pulang dengan selamat. Akhir kalam SELAMAT HARI RAYA!



Dari tuan tanah:-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails