‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 13 Januari 2011

Lelong gambar bogel isteri


(Gambar: Farhana)

Andrea Agassi (40 tahun) mahu melelong gambar bogel isterinya di sebuah majlis amal kutipan derma. Tetamu majlis yang memenangi bidaan dengan harga lebih daripada USD4,000 akan dibenarkan melihat gambar bogel isterinya, Steffi Graff di telefon bimbitnya.

Para tetamu bersorak dan bertepuk tangan di majlis yang diadakan di Taiwan itu.

Seorang pemenang bidaan dipanggil ke atas pentas dan Aggasi pun menunjukkan sesuatu dari telefon bimbitnya. Sejurus selepas itu penderma budiman tersebut hanya berkata "WOW!".

Namun begitu pihak wartawan tidak pasti apakah itu benar-benar gambar bogel Steffi Graff (41 tahun).

(sumber: Harian Metro, 13.01.2010,
untuk link klik di sini)

Macam-macam ragam dunia.

Apa yang maza boleh katakan ialah walaupun niatnya baik tetapi perbuatannya tidak halal menyebabkan hasil kutipan derma itu menjadi sama haram.

Memang hadis menyarankan kita menderma dari sesuatu yang baik dan disayangi, tetapi janganlah sampai gambar bogel isteri mahu didermakan. Itu sudah 'terlebih baik' hingga menjadi tak karuan ... hahaha! Oppss...

Pendek kata mendermalah dari sesuatu yang baik lagi halal. Err.. macam halalan toyiba gaklah.


( Gambar: Farhana peserta pertandingan menari OKU,
Pertandingan PDK Peringkat Kebangsaan, Piala Perdana Menteri 2010)

Err ... gambar di atas bukanlah gambar Steffi Graf isterinya Andrea Agassi yang itu.

Potrait gadis melayu ayu ini maza rakamkan di Majlis Perasmian Karnival Jualan Produk, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Peringkat Kebangsaan dan Bakat Istimewa Semai Bakti, Piala Pedana Menteri.

Program tersebut dijalankan pada Disember 04, 2010 yang telah disiarkan di TV2 secara langsung.

Kali ini kontigen Johor telah menggondol Piala Perdana Menteri 2010 tersebut dengan menjuarai acara keseluruhan. Dalam acara pertandingan tarian, Johor di tempat kedua dibelakang pasukan Sabah. Tahniah!

Cerita isteri sudah, cerita gambar bogel pun sudah. Kebetulan pula hari ini hari Khamis, jadinya maza hendak membuat sedikit ucapanlah, "Selamat Malam Jumaat Kengkawan" ....*hehehe....

Selasa, 11 Januari 2011

Tolong Ingatkan Maza

Lokasi: Tasik Biru, Kudang, Selangor.
Tarikh: 31. Disember. 2010


Tasik Biru
(Gambar 1: Tasik Biru, Kundang, Selangor)

Alam ini sungguh indah untuk dicemuhi. Alam ini sungguh bermakna bagi mereka yang melihat telus dari mata hati.

Dalam melayari dunia maya, tatkala menulis blog, atau menyelusuri penulisan ini, adakalanya maza silap. Adakalanya menjadi bebal!

A hut next to Tasik Biru, Kundang, Selangor
(Gambar 2: Tasik Biru berlatar belakangkan pondok)

Sekiranya maza terlupa. Sekiranya maza alpa tentang jalannya hidup ini. Atau maza sudah terlanjur dari kematangan hidup, mohonlah kawan-kawan mengingatkan maza. Kerna maza hanya sekelumit debu yang berterbangan di alam maya. Adakalanya maza pelupa. Adakalanya maza melampau.

Tasik Biru, Kundang, Selangor
(Gambar 3: Tasik Biru berlatar belakangkan Pangsapuri Laguna Biru.
Pangsapuri ini dimajukan oleh SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad))


Tolongl ingatkan aku!

maza mohon keampunan dan jutaan kemaafan di atas kealpaan maza yang menyakitkan hati kalian. Itu kesalahan maza. Maza akui.

Hari ini maza mahu membersihkan diri. Menyucikan diri untuk terus melangkah ke hari-hari mendatang. Sesungguhnya detik itu semakin hampir. Tidak dapat tidak setiap dari kita akan tempuhinya jua. Dan maza takut kalau-kalau ada sekelumit lagi dosa yang tertinggal di sini.

Yang Sebenar

Sebenarnya, tengah hari tadi, maza diberitakan dua orang atuk saudara maza telah meninggal dunia. Masing-masing disebabkan sakit tua. Mudah-mudahan mereka dicucuri rahmat. (Al Fatihah).

Dan di pagi hari ini juga berita buruk bertali arus dengan ayah teman seperkolahan maza (Saudara Munet) telah kembali ke rahmatulah. (Al Fatihah)

Sedang hari ini maza terlantar di perbaringan kerna kesihatan tidak membenarkan bergerak aktif.

Lantas peristiwa ini telah membuka mata maza ... adakah umur maza sepanjang mereka itu?

tasik Biru
(Gambar 4: Tasik Biru di waktu Maghrib)

Selain itu, maza mengucapkan tahniah buat 'Ana Rafali' kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-25 anjuran TV3.

Tajuk lagunya, "Tolong Ingatkan Aku" telah mengheret minda bawah sedar maza untuk mengenangkan kembali perihal kelakuan maza.

Untuk nono.

(Gambar 5: Cik Nono menjengah ke tingkap)

Tahun lepas, sebenarnya tiga minggu sudah, maza bertemu dengan nono di UIA. Dia seorang mahasiswa UIA, Gombak. Nono ialah seorang photo blogger.

Melalui entry maza yang lalu (klik di sini dan di sini) , nono ingin sekali melawat tasik biru ini. Insyallah nanti maza bawakan si nono ke Tasik Biru ya.. hehehe. Dan jangan lupa belanja maza pula dengan mee bakso bersama air kelapa dara suci di tepian tasik itu. hahaha


tasik Biru
(Gambar 6: Tasik Biru di waktu jatuhnya matahari)

Ahad, 9 Januari 2011

Taman Orkid, Kuala Lumpur

Sebenarnya gambar ini sudah lama berada di dalam folder maza. Entah bagaimana hari ini tatkala mengemas sistem komputer ini maza menemui gambar yang pernah maza ambil ketika berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia di Taman Orkid, Kuala Lumpur pada Jun 5, 2010.


Kuala Lumpur Tower 1, Malaysia
(Gambar 1: Menara Kuala Lumpur)

bunga
(Gambar 2: Bunga Orked yang tumbuh di atas tanah)

Ini bermakna sudah enam bulan gambar ini diambil dan hari ini maza berkesempatan memaparkan di sini.

Sudilah kiranya kengkawan berkongsi pengalaman maza yang satu ini ya... hehehe

Muhamad Daniel Hakim
(Gambar 3: Muhamad Daniel Hakim (3 tahun) duduk di dalam kereta tolak setelah penat bersiar di Taman Orked, Kuala Lumpur. Cuaca terik ketika ini)

Sabtu, 8 Januari 2011

Kos Persekolahan Zaman Sekarang (tajuk dicilok dari Papa Roq)

maza amat setuju dengan kenyataan abg mail (Ismail N a.k.a Papa Roq) tuliskan itu… (sila rujuk dan klik di sini)

Jangan ada yang bodoh piang pula cakap dengan "orang itu" siapa suruh tak jaga sistem reproduksi dengan lahirkan anak berderet-deret setahun satu itu tanpa perancangan!! Jawab simpel lagi kurang didikan dari maza ialah awak tu orang kaya mampu buat aktiviti lain di malam hari, mereka itu tak mampu tiada aktiviti kecuali riadah dengan isteri. Lagipun dia tak mampu mahu beli kondom, silap-silap kondom pun dia orang tak tahu!

Memang kos meningkat sekarang ini., terutama kos makanan dan keperluan asas menyebabkan poket-poket makbapak pepes! Mereka yang bergaji berangka tinggi dan senderaha sudah nampak semputnya apatah lagi yang bergaji tak sampai RM1000 itu…

Sesetengah sekolah yang terlalu pentingkan metarlistik, pencapaian dan kemajuan sekolah hingga mengesampingkan perkara pokok di dalam soal pendidikan awal yang paling utama, iaitu “Pendidikan adalah untuk semua”... kesan akhirnya yuran dan kos-kos lain melambung tinggi dan menafikan hak pendidikan murid-murid dari kalangan orang-orang yang kurang berada…. (termasuklah golongan mak bapak sederhana dan miskin juga).

Jangan ada pulak mak bapak yang berkemampuan bersikap bangang dengan mengeluarkan kenyataan “perlu berkorban lebih/berhabisan untuk pendidikan anak-anak.″ Kalau pengakuan ini dipakai, jawabnya sektor pendidikan akan mengalami inflasi paling parah!

Setiap orang lain kemampuannya. Adakalanya terpaksa memilih antara persekolahan seorang anak dan anak-anak yang lain atau dengan sesuap nasi untuk seisi keluarga! Dan ianya bukan berkenaan mak/bapa tak mahu berkorban untuk pendidikan anak-anak.

Sesetengah kes mereka terpaksa memilih anak yang mana satu untuk dihantar ke sekolah!

Sesetengah dari kita hanya mampu bertahan jika seorang atau dua anak pergi ke sekolah.. sekiranya lebih daripada bilangan itu, kantong poket terus sesak dan dihenyak-henyak.

Tidak seorang pun makbapa mahu anak-anaknya tidak terdidik dan tersingkir dari golongan masyarakat berjaya!

Lantaran itu, kita perlu jaga bab kos ini.. PIBG juga perlu memainkan peranan. Dan janganlah dok sesedap selera ketua-ketua sidang PIBG @ majoriti ahli PIBG untuk mengenakan kenaikan kos pendidikan/sekolah. Mentang-mentang dia hidup selesa atau mampu, maka tidak hiraukan mereka yang sama-sama juga yang pergi sekolah di situ lalu mengenakan pelbagai kos tanpa ada pilihan lain kepada mereka yang hidup dalam ruang sempit atau agak sempit itu!

Dek kerana menjaga prestasi dan pretij sekolah, ada yang menolak mentah-mentah murid yang kurang berkemampuan dari segi kewangan mahupun jurang pendidikan. Walhal jarak antara rumah dan sekolahnya hanya sekadar sekangkang kera. Sedih! Tapi itulah realiti..

Akhir kata, kos pendididkan anak-anak amat penting dan perlu dipantau agar anak-anak kita tidak ada yang tercicir disebabkan pertaruhan antara pendidikan dan kehidupan! Pun begitu janganlah ada yang mengusulkan instrumen kewangan komersial seperti insuran atau SSPN itu sebagai alternatif jawaban di dalam masalah ini. Bukan semua makbapak, walaupun tinggal di bandaraya ini (apatah lagi mereka yang tinggal di pedalaman seperti di Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang atau ceruk rantau di mana jua) mampu memiliki insuran pelaburan pendidikan atau menyimpan dengan tekal di dalam SSPN. Sedangkan mereka masih bertarung antara menyambung nyawa dan simpanan untuk pendidikan. Kadang-kadang simpanan untuk kesihatan mereka sekeluarga juga kosong atau terpaksa dikosongkan! Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini 'kadar inflasi benar' meningkat dan menggila. Susu, tepung, gula, minyak masak, petrol, diesel, gas memasak semuanya meningkat harganya. Itu semua barang keperluan dan untuk perut teruskan kehidupan. Belum lagi mengambil kira kos-kos lain yang turut meroket ke bulan!


Jumaat, 7 Januari 2011

Pasar Malam Carefour Kota Damansara

Hampir seantero Kota Damansara tahu peristiwa protes pembinaan hypermarket Carefour di Seksyen 11, Kota Damansara.

(Gambar 1: Bawang)

Walau pun dibantah hebat oleh penduduk sekitar, Carefour dan pihak berkuasa tetap meneruskan pembinaan hypermarket di atas sebidang tanah yang dahulu kononnya diperuntukan khas taman rekreasi, permainan, dewan dan riadah untuk penduduk sekitarnya. Katanya pembinaan hypermarket itu bernilai tinggi dan untuk kemudahan penduduk juga.

Photobucket
(Gambar 2 : Lada merah basah yang segar)

Photobucket
(Gambar 3: Lada hijau basah)

Tidak jauh dari hypermarket tersebut sudah pun berdiri megah hypermarket Giant.

Hinggalah hari ini, sudah hampir 2 tahun hypermarket Carefour beroperasi tetapi tidak begitu dapat sambutan dari penduduk setempat. Seolah-olah penduduk setempat memboikotnya. Mereka lebih memilih untuk pergi ke pasaraya yang lain seperti Giant, Tesco atau Ikea walaupun ianya agak jauh dari kediaman masing-masing.

(Gambar 4: Peniaga ikan segar)

Photobucket
(Gambar 5: Ikan segar)

Gedung aneka dengan kedai bidangan di baggunan Carefour itu banyak ditutup. Pelanggan terlalu kurang ke situ dan mereka tidak mampu menampung kos operasi lagi.

Photobucket
(Gambar 6: Haji antara pengujung pasar malam)

Photobucket
(Gambar 7 : Jam tangan)

Untuk menjadikan projek hypermarket tersebut tidak terbengkalai atau bangunan itu bertukar menjadi muzium hantu, maka pihak pengurusan mengambil inisiatif dengan menyewakan tapak pakir keretanya untuk dijadikan pasar malam. Sudah tentulah perkara ini telah mendapat restu daripada pihak berkuasa tempatan juga.

Photobucket
(Gambar 8: Tomato segar)

Photobucket
(Gambar 9: Sebakul tomato segar)

Sewa yang dikenakan tidaklah mahal mana. Masih mampu ditanggung oleh para peniaga. Menurut salah seorang peniaga di situ sewa tapak untuk sebulan lebih kurang RM300.00 sahaja.

Photobucket
(Gambar 10: Barangan hiasan dan aksesori)

Photobucket
(Gambar 11: Gerai pakaian dan tudung wanita)

Jadinya pasar malam Carefour ini diadakan pada hari Isnin dan Khamis tiap-tiap minggu. Oleh itu dalam sebulan ada lapan kali pasar malam di sini.

Maza sempat singgah pasar malam tersebut dan membuat tinjauan.

Photobucket
(Gambar 12: Kasut lambak)

Di pasar malam ini ramai warga asing meronda-ronda dan berbelanja. Ada datangnya dari negara mat saleh, berbangsa negro, Arab, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Nepal, Jepun, Korea dan macam-macam lagi.

Photobucket
(Gambar 13: Antara pelanggan warga asing)

Photobucket
(Gambar 14: Warga asing membeli belah di Pasar Malam)

Sekali imbas ia seolah-olah seperti pasar malam antarabangsa dengan menampilkan para pelanggannya datang dari seluruh pelusuk dunia.

Hasil pemerhatian maza, sekiranya para penduduk mahukan bahan makanan mentah segar seperti ikan, sayur, bawang dan sebagainya bolehlah dapatkannya di sini. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Photobucket
(Gambar 15: Jualan hanya berharga RM1.00)

Photobucket
(Gambar 16: Kacang panjang)

Jadinya untuk berniaga di sini bahasa pengatara (Inggeris) amatlah diperlukan. Dari penjual ikan, sayur, barangan hiasan, makanan hinggalah ke pakaian, semua peniaga ini reti berbahasa Inggeris. Mana-mana mereka tidak berapa tahu berbahasa Inggeris akan meminta tolong dengan mereka yang ada di sekitarannya.

Photobucket
(Gambar 17: Peniaga berkomunkasi dengan pelanggan Filipina.
Penjual ikan pun tahu berbahasa Inggeris dengan fasih)


Memang ada yang tak tahu langsung bahasa bekas penjajah itu. Tetapi ia bukanlah batu penghalang besar. Mereka masih mampu berjual beli dengan menggunakan bahasa isyarat.

Photobucket
(Gambar 18: Masih muda remaja. Gadis penjual makanan. Antara menunya ialah Gulai Kawah)

Sekiranya kengkawan berada atau sedang melancong ke Kota Damansara, jemputlah singgah ke sini. Banyak lagi tempat menarik di Kota Damansara untuk dikunjungi. Insyallah, dikesempatan akan datang maza akan melaporkannya di blog ini.

Selamat menjamu mata dengan gambar-gambar yang sempat maza rakamkan (yang entah apa-apa entah itu *hehehehe).

Photobucket
(Gambar 19: Suasana Pasar Malam di kawasan luar pakir kereta.
Ketika ini hujan renyai-renyai)

Photobucket
(Gambar 20: Labu)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails