‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 2 September 2013

MINYAK NAIK . . . NAIK MINYAK

(Cerita ini direkacipta semula hasil ciplak filem Masam, Masam, Manis lakonan P. Ramlee, Sharifah Hanim, Minah Hashim, Mahmud June, Mariani)

DUM! DUM! DUM! . . .

Dinding rumah sewa dihentak. Diketuk-ketuk dengam kuat-kuat. Bergegar seisi alam macam hendak roboh.

Bergegas tuan tanah datang mendapatkan punca bunyi itu.

"Kenapa ni Encik Ramli? Rosaklah dinding tu!" soal Mak Minah pemilik rumah sewa.

"Hahaha . . . (Ramli ketawa bersungguh-sungguh. Tampak girang bukan kepalang). Saya terlalu gembira Mak Minah. Tak sangka di saat-saat macam ni kita dapat hadiah. Hahaha . . ."

Mak Minah menggaru kepala tanda tidak faham.

"Hai Mak Minah, tak gembira ke? (Ramli berasa hairan). Kan 'hadiah' daripada PM. Mak Minah lupa? Ishk kan harga minyak naik 20 sen bermula tengah malam ini?!"

"Oh . . . begitu, (Mak Minah tersenyum malu sambil terkeseng-keseng di balik pintu). Kalau macam tu tak mengapalah Encik Ramli. Encik Ramli nak buat apa pun, tak apa, Mak Minah tak kesah. Harga minyak naik 20 sen atau RON 95 jadi RM2.10, Mak Minah tak ambil hati. Janji sewa bulan ini tetap kira "dua" ya Encik Ramli."

"Hahaha . . . awalnya sewa dah jadi dua kali ganda? Tak mengapalah saya setuju Mak Minah. Lagipun baru-baru ini kita menyambut Hari Kebangsaan. Demi mengenangkan pengorbanan pihak keselamatan serta pemimpin negara yang telah banyak berkorban itu, kita harus berterima kasih dan perlu turut sama berkorban. Tak begitu Mak Minah?" kata Ramli.

"Ya . . . ya . . . ya . . . hehehe" Mak Minah bersetuju sambil bibirnya terukir senyuman melebar. Manakala tangan Mak Minah masih memintal jari jemari. Ditenyeh-tenyeh tapak tangan itu sambil memutar-mutarkannya.

Alkisah apabila harga "Minyak Naik", ramai pula berkira-kira mahu "Naik Minyak"


Coretan lantun-lantun,
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails