‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Khamis, 30 Jun 2011

Rahsia terbongkar, Transformers ada kakak!

Gambar: Kredit en. Google

Sebut pasal Transformers ini  maza sudah layan dari tahun 1980-an lagi. Masa tu TV3 menayangkannya dalam bentuk animasi. Sekarang sudah dibikin dalam 3D.

Transformers 3: Dark of The Moon akan ditayangkan di seluruh dunia mulai Julai 1, 2011. 

Sungguh pun begitu, tayangan perdana telah dimulakan awal  29 Julai 2011 iaitu sebelum dibuat tayangan umum. 

Kali ini maza berkira mahu menonton Transformers bersama darling sahaja ... diulang dengan darling sahaja .... selain lebih romantik, maza mahu memberikan penumpuan sepenuhnya. Maza sudah mengorak langkah mahu menempah tayangan 3D ... hehehehe ... 

TRIVIA

Selama ini kita disogokkan dengan kepahlawanan dan kehebatan Transformers jantan. Tetapi tahukah anda bahawa robot-robot Transformers mempunyai saudara perempuan?

Ya, maza maksudkan Transformers wanita! Kalau tidak dibikin Transformers wanita sama, nanti Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bising. Begitu juga halnya dengan gerakan fiminisme, dikatanya penerbit Transformers diskriminasi.

Jadinya, hari ini maza hendak membuat pendedahan. Sesungguhnya Transformers juga terdiri daripada gender kakak dan wanita. 

Siapakah Transformers Wanita?

Lain tidak bukan ialah Transsister atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Transistor. 

Gambar: Transistor.

Definisi transistor ialah komponen elektronika yang tersusun dari bahan semi konduktor yang memiliki 3 kaki iaitu: basis (B), kolektor (C) dan emitor (E).

Antara fungsi transistor ialah:
  • sebagai penguat arus
  • penguat signal AC 

Jangan marah aaa.... Selamat malam Jumaat kengkawan... ahaks.



Selasa, 28 Jun 2011

Sungai Tua, Ulu Yam

Sebagaimana maza telah janjikan di posting yang lalu, berikut gambar-gambar yang sempat maza rakamkan di Parking 1, Sungai Tua, Ulu Yam, Selangor. 

Sebenarnya maza kurang berpuas hati dengan kualiti gambar ini dan mahu membuat ulangan semula kelak. Jadi teman-teman bolehlah memberikan pandangan dan panduan di atas kerja tangan (keras) budak baru belajar ini (maza).

Hehehe...

Opps.. jika mahu lihat gambar-gambar yang lain, bolehlah menjengah ke laman blog fotografi maza. Laman blog tersebut belumlah dirasmikan dengan memotong reben lagi. Tapi bolehlah sekadar mahu menjenguk-jenguk aksi lantun-lantun maza.. hahaha

Alamatnya ialah ronawarna.blogpspot.com

Ada kengkawan kita bercuti esok hari, jadi maza mahu ucapkan selamat menyambut Hari Isyrak Mikraj ya kengkawan.



Isnin, 27 Jun 2011

Senjata.. L series, Mark II


Semalam maza sudah terjah ke Ulu Yam bikin photo shot tajuk pasal Nature & Slow Motion.

Hanya Mnhisyham Bahrom dan maza telah terjah ke kawasan air terjun Parking 1, Sg. Tua, Ulu Yam. Di kawaasan ini menempatkan air terjun. Kengkawan yang lain hilang dalam misteri. (huhuhuhu...)

Air terjun tersebut mengalir bersebelahan jalan utama dan ia memudahkan kami untuk membuat penggambaran. Tidaklah perlu meredah atau meranduk belukar sana.


Sedikit info hendak berkongsi dengan kengakawan. Senjata yang digunakan oleh sahabat ini merupakan senjata pembunuh.

Canon 5D Mark II merupakan kamera berkekuatan Full Frame. Ia mempunyai kapasiti tinggi dalam mengambil gambar di dalam keadaan cahaya berkurangan. Warna yang dihasilkan amat memberahikan dan ia sungguh merangsang gelodak nafsu penggemar fotogarfi.

Cuma senjata ini tidak begitu sesuai untuk merakamkan gambar-gambar sukan yang memerlukan kepantasan pemprosessan gambar frame per saat!

Gambar kredit kepada En. Mnhisyam (MNB photography), menembak dengan Canon 5D Mark II.. tepat ke sasaran

Ramai juga kawan-kawan maza tertewas dengan godaan senjata ini. Namun hanya segelintir sahaja yang berjaya memikat dan memilikinya. Sudah tentu untuk mendapatkan senjata ini bukan taruhan yang murah. 

Kali ini maza hendak memperkenalkan tuan punya kamera yang dahsyat tersebut iaitu En. Mnhisyam Bahrom. Kengkawan boleh berkenalan lebih lanjut dengan beliau di laman sesawangnya http://mnbphoto.blogspot.com

Gambar-gambar hasil tembakan maza di Ulu Yam akan disiarkan nanti. Sekarang amat letih lorrrr, mau prosess dulu lorr.. TUNGGUUUUU.. hehehhe

Jumaat, 24 Jun 2011

Anjakan Aras

Gambar: Mencongak & Merungkai
Hotel Seri Malaysia, Port Dickson

Muhamad Nasrul Hakim merupakan pelajar Tahun 1. Pagi tadi keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya sudah keluar. Ibubapa dipanggil untuk menggambil keputusan anak-anak mereka. 

2) Keputusan peperiksaan Nasrun ialah 4A, 3B, 1C dan 1D. Nasrun mendapat tempat ke-21 di dalam kelasnya daripada 38 orang murid. Ini menandakan Nasrun membuat skor abjad lengkap dengan A, B, C dan D. Nasrun ditempatkan di dalam kelas 1 Dinamik, kelas terakhir. 

3) Ketika peperiksaan pertengahan tahun itu, Nasrun telah jatuh demam. Namun di atas semangat juangnya dan kata-kata motivasi daripada keluarga, anak kecil ini menggagahkan diri untuk terus hadir dan menduduki peperiksaan tersebut. Balik dari sekolah dia tertidur di atas sofa. Sesekali dia mengerang akibat suhu di tubuhnya meningkat tinggi. Setelah tertidur beberapa ketika, dia kembali bersiap untuk menduduki peperiksaan sekolah agamanya pula.

4) Maza kira dengan apa yang dilaluinya itu sudah cukup berbaloi dan boleh diterima. Mudah-mudahan dengan sedikit pengalaman ini memberi pengajaran kepada kami agar menjaga kesihatan diri terutama menjelang hari-hari penting. 

5) Kedudukan ke-21 di dalam kelasnya itu telah mengingatkan maza ketika maza di Darjah 1. Maza juga pernah menduduki tempat yang sama tetapi daripada 33 orang murid di dalam kelas A, di sebuah sekolah kampung. Kedudukan kurang memberangsangkan itu tidak bermakna kita sudah tewas. Tetapi ia sebagai  penanda aras untuk bangkit gagah dan meningkatkan kemajuan diri. 

"Mereka yang berjaya bukan tidak pernah gagal. Bezanya mereka yang Gagal dengan orang Berjaya ialah orang berjaya tidak mudah mengaku kalah. Mereka cekal dan cepat bingkas semula untuk mengatasi kegagalan (resilience)."

6) Kami berkongsi pengalaman yang sama. Ini memberikan kemudahan kefahaman kepada maza memahami akan situasi Nasrun. Apa yang diperlukan sekarang ialah dorongan dan sokongan keluarga untuk terus maju. Jadikan ia sebagai pembakar semangat. Bukannya mencemuh dan mencebikkan mulut lantas menjatuhkan air mukanya lalu meragut semangat juang!

7) Kalau dulu di kampung maza, dengan keputusan di atas sudah tentulah murid tersebut dalam kalangan pelajar-pelajar pintar. Pantas sekali kedudukan di dalam kelas bukannya ke-21, silap-silap nombor 1-5. Murid tadi memberikan sinar harapan kepada sekolah dan mendapat perhatian Guru Besar.

8) Itu kisah di kampung, tidak sama di bandar besar tempat kami berada yang dikelilingi manusia-manusia pelbagai status-quo. Persaingan cukup hebat. Entahlah kadang-kadang maza sendiri sudah putus urat kentut memikirkan bagaimana cara untuk memastikan kecemerlangan hidup terus di tangan anak-anak maza sebagaimana keinginan ibubapa yang banyak. 

Pinggan ayan: 
Keampuhan mental mengecas-tambah lingkaran kekuatan fizikal. 
Orang yang berjaya dan cemerlang degil untuk tewas.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails