‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Sabtu, 22 Januari 2022

MUMMY HOMESTAY: INAP DESA YANG SELESA DI KG SRI LUKUT, KAHANG

Kg Sri Lukut, Kahang, Johor sebuah destinasi pelancongan yang semakin mengukir nama dan mendapat sambutan hangat. Lokasinya yang unik, bersempadanan di antara Kluang-Mersing. Malahan terletak di tengah-tengah negeri Johor. Suasana begini menawarkan pengalaman yang unik dengan panorama yang cantik serta segar. Kg Sri Lukut menghamparkan suasana perkampungan tradisional dengan sawah terbentang luas dan sumber ikan sungai yang terpelihara eko-sistemnya. 

Pengunjung yang mementingkan keselesaan dan penginapan yang luas dengan tetamu yang ramai, bolehlah mencuba menginap di Mummy Homestay, Kg Sri Lukut, Kahang, Johor. 

Tempahan penginapan, hubungi: 013-744 1975


Hubungi: 013-744 1975

Banglo yang terletak di tengah-tengah kampung dan di atas bukit, dikelilingi pula dengan pohon sawit; menawarkan suasana kehidpuan di kampung yang damai, indah dan bermakna. Saiz banglo ini ialah 50 kaki x 80 kaki.

Homestay Mummy, Kg. Sri Lukut Kahang: 
Luas Banglo 50 kaki x 80 kaki

Homestay Mummy Kg Sri Lukut:
Pemandangan Hadapan Rumah

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Memiliki Laman yang Luas

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Beranda yang Lebar dan Selamat. Sesuai untuk berguling-guling

Homestay Mummy Kg Sri Lukut:
Ruang parkir yang besar hingga boleh memuatkan lebih 10 buah kereta

Soal parkir kereta tidak menjadi masalah. Sebanyak 10 buah kereta boleh parkir di laman Mummy Homestay dalam satu-satu masa.

Ruang istirahat dan ruang tamu yang luas serta dilengkapi dengan perabot. Terdapat dua set sofa disediakan selain peti televisyen, meja kopi dan side table

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Ruang tamu dengan set sofa ala Inggeris

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
set sofa yang dilengkapi dengan sideboard, side table dan coffee table.

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Terdapat juga set sofa kulit, console table dan televisyen di ruang tamu




Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang;
Ruang tengah menghubungkan antara ruang tamu dan dapur

Homestay Mummy Kg Sri Lukut:
Arm Chair yang menghiasi ruang tengah

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Dikorasi dan hiasan dalaman di ruang tengah memberikan gaya ekslusif dan santai
 
Homestay Mummy Kg Sri Lukut:
Gaya keunggulan dan keselesaan

Terdapat empat (4) buah bilik dengan katil saiz Queen. Kesemua bilik dilengkapi dengan almari. 

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Bilik yang cukup luas dan selesa

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Bilik dilengkapi oleh perabut kayu dan meja solek berukiran

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Katil saiz Queen

Homestay Kg Sri Lukut Kahang:
Katil kayu dan terdapat tilam tambahan disediakan

Tiga bilik mempunyai pendingin hawa manakala satu bilik disediakan kipas. Bilik yang tiada pendingin hawa ini sesuai untuk mereka yang inginkan kesegeraan dan pengalaman sebenar tinggal di Kampung Sri Lukut, Kahang.

Tempahan penginapan, hubungi013-744 1975

Disebabkan banglo ini begitu luas dan sesuai untuk tetamu yang ramai, maka disediakan tiga (3) buah tandas. Dua (2) tandas terletak di dalam rumah, manakala satu lagi di luar sisi banglo. Dua (2) buah bilik mandi tambahan juga terletak di luar sisi banglo. 

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Tandas duduk terletak di dalam rumah di ruang dapur

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Ruang tandas yang luas dan selesa

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Jamban cangkung turut disediakan

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Bilik mandi terletak di ruang luar sisi banglo

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Tandas cangkung juga disediakan di sisi rumah

Tangki Air
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Tangki air digunakan, terutama ketika kecemasan, bagi menjamin keselesaan para tetamu

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Lokasi tandas dan bilik mandi di sisi/luar rumah

Tangki Air
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Pemandangan sisi belakang rumah 

Mummy Homestay terletak tidak jauh dari Taman Rekreasi Sungai Temiggol. Usai bermandi-manda di situ, pengunjung boleh menyambung membuat aktiviti riadah di Mummy  Homestay. Lamannya yang luas memudahkan untuk menjalankan aktiviti keluarga dan sukaneka. 

Sebelah malam pula boleh mengadakan aktiviti Barbeque (BBQ), atau mengadakan majlis keraian, doa selamat dan tahlil.

Mummy Homestay sedia menawarkan perkhidmatan rumah bersanggah/singgah atau menganjurkan majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, pernikahan, hari keluarga dan sebagainya.

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Ruang kaki lima belakang rumah yang luas dan selesa

Belakang Rumah
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Pemandangan sisi

Pemandangan Belakang Banglo
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Pemandangan di belakang banglo, kebun kelapa sawit yang dimiliki oleh Homestay Mummy

Sebagai rumah inap desa, Homestay Mummy turut menyediakan beberapa kemudahan (facilities) kepada para tetamu antaranya ialah - air bertapis boleh laras panas dan sejuk COWAY.

Air Penapis Boleh Laras Panas dan Sejuk COWAY
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Air bertapis boleh laras panas dan sejuk COWAY

Begitu juga dengan mesin basuh, sterika dan papan sterika (sterika board) yang ditempatkan di ruang dapur.

Mesin Basuh
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Mesin Basuh

Sterika Board
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Sterika Board yang disediakan cukup unik

Sterika Board
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Sterika, Sterika Board dan Kipas Angin Duduk

Ruang dapur bercirikan moden yang tersusun, luas dan selesa. 

Meja makan untuk enam (6) orang disediakan. Jika tetamu ramai, mereka boleh bersila beramai-ramai di ruang dapur ini untuk bergotong-royong memasak sambil bersembang dan beramah mesra.

Ruang Dapur
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Meja Makan untuk Enam Orang

Ruang Dapur Luas
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Ruang Dapur yang Luas dan Selesa

Sinki dan kabinet saling bergabung memberikan dampak dapur moden.

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Sinki yang kemas dan ruang penyediaan makanan yang luas

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Dapur stove

Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Microwave untuk memanggang dan memanaskan makanan

Peralatan Dapur
Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang:
Antara peralatan dapur yang disediakan

Homestay Mummy turut menyediakan peralatan memasak, pinggan mangkuk, peti ais, mikrowave, oven, pengisar (blender), dapur nasi elektrik (rice cooker), utensil, silverware, cutlery and tableware.

Selamat datang ke Homestay Mummy Kg Sri Lukut Kahang. Jaminan kualiti adalah keutamaan dalam menyantuni tetamu kami.

Hubungi 013-744 1975 untuk tempahan penginapan pilihan ramai: selesa, luas dan puas.



blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails