‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 2 November 2020

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗡𝗔𝗛 𝟭 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝟭 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜, 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗞𝗥𝗘𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗠𝗜𝗚𝗚𝗢𝗟

Taman Rekreasi Sungai Temiggol: Sebelum Baik Pulih

Kerajaan Negeri Johor telah melancarkan program sungai angkat di setiap daerah untuk memulihara dan melestarikan sungai-sungai yang ada di dalam negeri ini. 

YB R. Vidyanathan: Merasmikan majlis

Sepanduk Majlis Pecah Tanah


Pada peringkat Daerah Kluang, Sungai Temiggol telah dijadikan sungai angkat. Kali ini menyaksikan Majlis Pecah Tanah 1 Daerah 1 Sungai, Taman Rekreasi Temiggol dirasmikan oleh YB R. Vidyanathan; ADUN Kahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Kesiatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.

Dari kiri: Penghulu Mukim Kahang En. Rosman Supaat, En. Yusof Ibrahim, 
Datuk Abd Ghani Rashid Abd Rashid, dan Haji Mohd Nasir

Sehubungan dengan itu, Sungai Temiggol yang mengalir ke dalam Taman Rekreasi Sungai Temiggol ini telah dipulihkan semula. Menurut En. Mood Azhar Mash
odi taman rekreasi ini telah terbengkalai semenjak tahun 2006/7 lagi iaitu setelah hampir 13 tahun terbiar tanpa pengurusan bersepadu.

Bersantai di Sungai Temiggol 

Acara Wajib: Mandi manda dan berkubang di Sungai Temiggol

Akibatnya pondok-pondok yang didirikan ada yang telah menyembah bumi. Kawasannya semak samun, pentas tidak terurus, lantai dan tiang gazebo ada yang patah dan berlumut. Tandasnya pula rosak dan kotor. Bekalan elektrik sudah dipotong, manakala lampu-lampu yang pernah menerangi di sini sudah banyak yang rosak.

Kahang

Majmuk: Kahang & Persatuan Penduduk Kampung Baharu Kahang


Dengan adanya program sungai angkat ini, Taman Rekreasi Sungai Temiggol mendapat perhatian semula. Letak Taman Rekreasi Sungai Temiggol adalah di hujung kampung Jalan Temiggol, Kg Sri Lukut Kahang, Johor. 

Pembangunan dan kemajuan kali ini telah dikelolakan oleh JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Kluang di bawah pelan 1 Daerah 1 Sungai angkat dengan peruntukan lebih kurang RM300 ribu. 

Majlis pecah tanah ini juga dianjurkan bersama-sama AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Kluang.

Muafakat Johor

Anak Watan Kg Sri Lukut: Cergas


Antara kemudahan yang dipulihkan dan terdapat di sini ialah tapak perkhemahan, tandas awam, pentas, gazebo, pondok, lampu limpah, bekalan air dan bekalan elektrik.

Silaiman (berbaju biru kotak-kotak): Pengusaha Kem Riadah dan Pelancongan Kg Sri Lukut.
Kahang Adventure & Eco Camp (KAEC); sedang berbincang tentang kemajuan


Tarikan utama di Sungai Temiggol ini adalah airnya yang jernih, segar dan hutan simpan berhampiran kampung ini terpelihara indah.Taman rekreasi ini pernah mendapat sambutan dan kunjungan ramai. 

Airnya sejuk dapat menyegarkan badan daripada kelesuan tugasan harian. Selain itu, Sungai Temiggol adalah antara rangkaian sungai-sungai yang terdapat di Kahang.

Jambatan Biru (JB): YB, Jurutera Daerah, Pegawai JPS, Pegawai AADK dan Penghulu Rosman

Jambatan Biru Sungai Temiggol: YB Vidya memeriksa sungai yang dibersihkan


Sungai Kahang terkenal dengan penghasilan ikan-ikan sungai terbaik seperti baung, lampam, tapah, patin, senggarat, tilan dan udang galah. Sementelah lagi, Kg Sri Lukut Kahang sememangnya terkenal dengan destinasi kaki joran/pancing. Antara pengusaha-pengusaha perkhidmatan mengail di sungai ini ialah Man Bot Kahang, Pondok Santai Kaki Larung (Jai Jarut) dan Busu Camp Site.

Penghulu Rosman sedang memberi taklimat kepada YB dan Jurutera Daerah

Usai merasmikan majlis, kini acara menanam pokok sebagai tanda perasmian


Dalam majlis pecah tanah ini dianjurkan juga acara sukan rakyat. Antaranya ialah teka kacang, boling kelapa, timbang bola raga, tiup belon terbesar, kerusi beracun, cari pasangan kasut, cari harta karun dan gula-gula misteri.

Sebahagian Atur Cara Majlis


Penduduk setempat diharapkan dapat menjaga sungai serta kemudahan di sini dengan mengambil kesempatan di dalam pengurusan alam persekitaran dan ekonomi yang baik.

Sungai Temiggol: Acara Boling Kelapa

Sungai Temiggol: Penyeri Majlis
(Siti Noraini/Rani dan Zainab Abdullah/Gayah)

Sungai Temiggol: Timbang Bola Raga

Sungai Temiggol: Cari Pasangan Kasut


Sungai Temiggol: Tam Protes Sebab Dia Menang

Sg Temiggol: Kerusi Beracun

Sg Temiggol: Tiup Belon Paling Besar

Sg Temiggol: Imam Salehan Sedang Mendengar Celoteh Dari Teman Sekerjanya


Sokongan padu anak² jati dalam memajukan taman rekreasi dan KSL amatlah dituntut. Para pengunjung digalakkan ke sini untuk beriadah dan mempelajari serta mendidik diri untuk memulihara sungai, hutan dan alam sekitar.

Sg Temiggol: Sebelah Sana Nak Kena Timba Airnya.

Pengerusi Masjid (Azman Abd Aziz) Menemani Bilal Zamri

Sg Temiggol: Makcik Jenah Kelihatan Gembira Dapat Mandi Sungai


Nukilan lantun-lantun
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails