‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Jumaat, 13 Mei 2016

TERBANG TINGGI-TINGGI WALAU TANPA SAYAP

Terbang tinggi-tinggi walau tanpa sayap,

Kehidupan di kampung penuh kedamaian dan ketenangan. Pada zaman kecil, maza kerap bermain selut di sawah. Berlari-lari di atas batas sambil mengejar bangau, belibis dan katak. Puas mencari ikan patung, maza menangguk berudu di dalam petak sawah.

Itu dahulu.

Hari ini maza mengajar anak-anak maza untuk menikmati hidup di desa. Maza wariskan kenangan terindah anak desa kepada mereka. Maza mahu mereka mengenal asal usulnya agar mereka tidak lupa warisan yang dipusakai oleh nenda dan ayahandanya.

Marilah anakanda
Mari kita terbang tinggi-tinggi
Walaupun tanpa sayap

Usah cepat mengalah anakanda
Walau hidup ini penuh dengan nista dan noda

Marilah anakanda
Mari kita terbang tinggi-tinggi
Hingga menemui
Bau wangi setanggi
Bau syurgawi

nukilan lantun-lantun
blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails