‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Rabu, 15 Januari 2014

Cendol Durian Borhan, Kota Tinggi




Maza pulang ke Kota Tinggi pada Disember 29, 2013 dan sempat menikmati hidangan makanan rakyat di sana.

Mengikut kata Pak Anjang Ahmad Taha, restoran yang terletak berhampiran stesen bas Kota Tinggi, Johor, bersebelahan Kedai Kain 1Malaysia menyediakan cendol durian istimewa.

Selain cendol durian, terdapat juga cendol berperisa kacang, pulut, tapai, jagung, ABC (air batu campur) dan sebagainya.

Benar, rasanya cukup menakjubkan. Selain cendol menjadi menu utama, terdapat beberapa makanan Johor disediakan sama. Kata orang Jawa, makanan untuk "mentong-mentongan", antaranya ialah laksa, mee goreng, rojak buah, soto dan mee bandung.

Sudah tentu rasa makanan itu (soto dan mee bandung) berbeza daripada yang dihidangkan di luar Johor seperti di Kuala Lumpur. Kata orang Johor, lebih original; Lebih UMPHHH!

Harga pula berpatutan (benar sehingga 29 Disember 2013).

Kata Fitri Ahmad, sekali rasa mahu berulang-ulang kali menikmatinya. Fitri sendiri mengakui beliau tidak cukup sekadar semangkuk cendol durian Borhan bagi sekali hidangan.

Fitri juga kerap memaksa abahnya untuk singgah ke restoran tersebut semata-mata hendak menikmati cendol. Kata Mak Anjang Faridah, kalau tidak singgah boleh menyebabkan Fitri menarik muncul panjang macam tenuk dan menghentak-hentak kaki ke lantai.

Jika anda ke Kota Tinggi, jangan lupa singgah dan menikmati cendol istimewa ini. Insyallah, apabila anda merasainya, pasti akan terkenang kenangan terindah.







~Cap jempol satu kali,. Mai semangkuk~
 

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails