‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Ahad, 20 Jun 2010

Langit kuning, Garu kepala, 'Sales': satu pakej ke Bangsar


Semalam semasa keluar rumah maza terpandang ke langit. Tiba-tiba langit berubah warna. Keseluruhan langit telah bertukar warna kekuning-kuningan.

Maza masih ingat tatkala di kampung dulu-dulu, suasana lebih kurang serupa telah berlaku selepas hujang lebat berhenti. Dari warna langit berubah hingga hampir kesemua kelihatan di bumi turut kekuning-kuningan.

Dek kerana ketakutan, maza menangis dan berlari mendapatkan emak. Emak memujuk maza dengan berkata, "langit belum runtuh lagi nak! Kiamat belum tiba. Tapi nantinya akan tiba jua ..."

*** jeda ***



Cerita lain:-

Tatkala maza pergi ke Bangsar atas kapasiti peribadi, tiba-tiba maza terlihat sebuah drama. Dari celah cermin padang sisi, maza skodeng senario itu.

Seorang pemandu tergaru-garu kepala disebabkan kunci tertinggal di dalam kereta barunya; MPV Proton Exora.

Dia keluar menonong setelah menutup pintu rapat. Sejurus kembali dari urusan di sebuah kedai berdekatan, fungsi auto lock telah mengunci mati keretanya.

Kelihatan pemilik kedai di situ cuba membantunya.

"Entah ya, entahkan tidak! Takut-takut bukan tertinggal kunci, agaknya berbincang tentang masalah lain. Kot-kot pasal duit atau pasal bini dia ke?" kata isteri maza yang seorang itu. Darling cuba membikin cerita sendiri. Bagi sedap story katanya. Sebenarnya, darling tidak mahu ketinggalan untuk menjadi penglipur lara sama dalam cerita di blog kali ini. Dia mahu menambah perisa ajinomoto, biar gorengannya bertambah sedap gitew! .... hehehehe.

*** jeda ***


Lagi, kelihatan banting 'sale' di kiri Jalan Makruf, Bangsar. Tapi tiadalah pula kelihatan berduyun-duyun manusia rakus menyerbu ke situ.

Barangkali 'sale' yang dimaksudkan di banting itu ialah 'jualan' barangan ada di sini. Dan ia bukanlah bermaksud 'jualan murah!'

Mujur juga darling tidak menyebut, 'bang kita belok ke kiri pergi ke situ. Mahu melihat-lihat dan membawa balik barangan jualan murah. Bukan senang nak dapat jualan murah!"

p/s: Ahaks, jualan murah sebenarnya hari ini boleh didapati di mana-mana. Tinggal rajin atau tidak merayau sana sini.. hehehehe




blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails