‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Isnin, 11 Januari 2010

Hanyut Dibuai Perasaan

Januari 9, 2010 - Sakit dan tanda-tanda untuk melahirkan anak ketiga masih tidak terasa. Waktu jangkaan bersalin sudah berlalu dua hari lalu. Kali ini terpaksalah kami lakukan sesuatu. Mengeluarkan bayi dengan jalan induce!



Selepas solat Isyak, doa selamat dibacakan. Dalam pada itu, Si isteri terus hanyut. Di sisi pipinya mengalir air mata suci.

Si isteri menadah tangan dan memohon agar dipermudahkan, keselamatan dan harapan yang menggunung terhadap bayi yang dikandung.

Usai solat dan segala persiapan dari siang tadi sudah disediakan, kami pun bertolak ke hospital PUSRAWI, Kota Damansara.

Aturan dan langkah-langkah untuk induce telah disediakan. Sementara menunggu ubat yang dibekalkan, kami berehat sebentar di dalam bilik wad.

Tidak lama setelah itu, bidan/Staff Nurse pun sampai. "Maaf puan. Kami tak dapat melaksanakan prosedur induce. Ini kerana doktor menyuruh kami memberitahu bahawa degupan jantung anak semakin melemah."


"Apa yang berlaku kepada anak kami? Dua hari lepas dia normal? Bagaimana dengan isteri saya nanti? Nasib anak saya akan datang macam mana?" soal maza dalam cemas.

Di lubuk hati yang paling kudus bersuara gegar-gempita, "Ah Tidakkkk!! Oh Tuhan, tolonglah kami! Kurniakanlah kami kebaikan di atas segala kebaikan."


"Bertenang encik. Kita akan lakukan sekali lagi ujian ECG esok pagi. Sekiranya semuanya baik, kita akan teruskan prosedur ini. Jika tidak, untuk menyelamatkan ibu dan anak, kami terpaksa melakukan pembedahan."

Bersambung esok.. maza berdebar-debar dan terlalu letih... Tungguuuu...

****

Januari 10, 2010 - Pagi-pagi lagi telefon maza berbunyi. Bergegas maza mendapatkannya, walaupun mata memang sungguh berat. Apatah lagi malam tadi maza tidak tidur lena. Risau bukan kepalang. Sambil-sambil itu beberapa doa dan harapan dipanjatkan ke hadrat Ilahi Rabiul Alamin.

"Abang. Doktor dah periksa. Tengah malam tadi pun Dr. Zarina datang menjenguk. Dia kata anak dah mulai stabil. Dah kembali normal. Jadinya bolehlah bersalin seperti biasa."

Syukur, maza panjatkan puji-pujian kepada Allah SWT. Hati berasa lega. Sekarang tinggal proses untuk induce sahaja untuk dijalankan.

Kembali mengenangkan apa yang berlaku, mungkin juga ada kebenaran. Mengikut bidan semalam, barangkali isteri terlalu letih, lalu mempengaruhi kandungannya.

Baru maza teringat. Semalam itu juga maza ada membawa isteri berjalan-jalan di e@curve. Sambil-sambil itu maza bermainlah bowling dengan disaksikan isteri maza nan seorang tadi. Pukul enam petang barulah kami pulang. Walhal malamnya akan mengikuti prosedur induce tersebut.... hehehehhe

Tengah hari tadi isteri maza dimasukkan ke dewan bersalin. Untuk menenangkan dan memberikan semangat kepada isteri, maza turut serta. Sambil bergurau senda, maza sulamkan dengan tilawah beberapa surah.

Untuk memudahkan dan melancarkan isteri bersalin, maka sekali lagi maza mohon kepada Allah SWT. Kali ini dialunkan dengan zikir dan beberapa surah amalan. Antaranya surah Loqman, Insyirah, 10 ayat terakhir dari surah Al Baqarah dan surah Alaq.

Dalam pada membaca quran itu, tiba-tiba Dr. Zarina masuk dan menyapa. "Elok sekali ada suami yang bacakan ayat-ayat suci ini. Untuk memudahkan bersalin awak bacakan surah Balad!"

Maza ikutkan sahajalah saranan Dr. Zarina itu.

Tatkala hendak sampai benar waktu bersalin, maza pun mula berganjak hendak keluar dari dewan tersebut.

"Awak nak ke mana tu?" tegur Dr. Zarina.

"Keluar Doktor. Saya ni mabuk darah. Dan takut pada darah yang banyak"

"Tak payah! Awak duduk aje di sofa itu. Duduk sana diam-diam sambil teruskan bacaan."

Maza memang resah. Rasa bersalah pun ada. Penyudahnya, maza terperangkap dengan kata-kata dan tindakan Dr. Zarina.

Alahai, tak pasal-pasal maza menyaksikan proses itu. huhhuhu

Untuk tidak mengkronikkan keadaan, maka maza tidak pun memandang tempat keluarnya bayi tersebut. Maza hanya tumpukan kepada wajah isteri dan memberi kata-kata perangsang kepadanya. Sambil-sambil itu maza menolong memegang apa yang patut atas arahan Dr. Zarina.. aduhaiiii.. (terkeno den weii)

Akhirnya jam 3.22 petang pada hari Ahad, 10.01.2010 lahirlah anak kami di Negeri Selangor yang memegang kod kad pengenalan juga 10.


Hari ini lengkaplah anak kami 3 orang kesemuanya lelaki.

Maza pun tidak berkira sangat. Lagipun nama untuk anak sudah lama diperkenankan.

Esok maza mahu panjat Pejabat Pendaftaran Negara, untuk mendaftarkan kelahiran. Rasanya esok juga boleh dapatkan kad pengenalan untuk bayi tersebut. Sudah pasti di kad pengenalan beliau akan tertera nombor i.c seperti berikut: - 100110-10-**** ... hehehehehe (jangan jealous yea kengkawan.. anda masih ada punya peluang,masa dan kesempatan.. boleh bikin rekod juga lorr.. hehehe)

Jadi kawan-kawan, sambil-sambil meneguk air di depan PC masing-masing, kawan-kawan boleh saksikan ketampanan anak kesayangan hamba ini, Aqlan Sholehin.

Syukurrrr.. Alhamdulilah.






Aku bahagia! Aku bahagiaaaa!!!!!

hehehehhehe.... Alhamdulillah...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails