12.12.2012 - Jangan tidak percaya, ramai orang menantikan tarikh ini. Ada yang menyebut dan percaya tarikh itu punyai keramat tersendiri. Dan tidak kurang juga sekadar bersuka-sukaan mahu memilih tarikh yang mudah dijadikan ingatan. Terutama untuk sesuatu yang dianggap 'istimewa'.
Ada antara bujangan memilih tarikh ini untuk keluar berendut (dating). Berpacaran dan berpelesaran di restoran, kedai makan atau di panggung wayang.
Tidak kurang juga memilih tarikh ini untuk menikah!
Bagi maza tarikh adalah penunjuk waktu untuk bilangan masa. Sebagaimana Allah SWT firmankan di dalam al Quran yang bermaksud:-
"Dialah yang menciptakan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan ditetapkan manzilah-manzilah (yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada temapt-tempat peredaran masing-masing), supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar ..." (Yunus: 5)
Lantaran itu, masa yang ada sebagai penunjuk kiraan jarak antara satu destinasi ke destinasi juga. Oleh itu sebelum melangkaui ke destinasi satu lagi, maza mahu menjadikan hidup ini lebih bermakna! Maza yakin dan beriman akan ayat al-Quran yang disebutkan tadi bahawa setiap detik, waktu dan putaran masa punyai makna dan faedah. Tiadalah setiap saat dan detik dilalui itu melainkan padanya membawa manfaat dan faedah kepada manusia dan alam. Kecuali mereka yang sukakan kerugian dengan melalaikan diri dan membazirkan faedah (keistimewaan) tempoh masa yang diberikan itu!
Kebetulan pula malam tadi maza sempat berwasita ke negeri Pahang untuk kesekian kalinya. Entah bagaimana Nasrun (8 tahun) terasa lapar dan kami pun singgah di Temerloh. Sedang menikmati makanan malam di salah sebuah gerai di tepi Sungai Pahang itu, maza terpadangkan papan tanda yang gah berdiri di seberang sungai sana.
Di dalam hujan renyai-renyai itu, maza redah dan mengambil kesempatan untuk merakamkan panorama tersebut yang maza fikir cantik untuk tatapan bersama.
Jadinya, maza tepekan gambar itu di sini dan maza juga budak sedang belajar gitew. hehehe
Slow shutter satu kali.. ahaks.
Cantik gambar-gambarnya.. :D
BalasPadammasih terkial2 lagi gitew. ahaks..
BalasPadamhehehe
terima kasih abg anif!
Dengar di radio ramai pasangan akan mendaftar perkahwinan mereka hari ini.
BalasPadamkat Kuantan pun rasanya ada papan tanda macam ni,
BalasPadamkalau tak salah aku la hehee
apasal la aku tak pernah sampai temerloh ni
BalasPadamada benda2 best ke kat sini, bro?
yang nak beranak pun harap2 bersalin pd hari ini.. hehehe
BalasPadammemang ada bro..
BalasPadamdan maza telah menceritakannya pada page yg lepas.. hehehe
Banyak cikgu..
BalasPadamSelain terkenal dengan ikan patin gulai tempoyak, juga terdapat kampung2 tradisi, muzium, sejarah kemerdekaan, sungai yg cantik, masyarakat yg peramah, masjid di atas bukit di tebing sungai (Masjid Abu Bakar) dan banyak lagi..
tak rugi kalau menyelusuri Temerloh lebih2 lagi untuk menghargai alam dan sosio masyarakatnya.. hehehe
opss.. udah semacam agen pelancongan lah fulaks. .hehehe
oh ye..
BalasPadampasal aku tengok gambar tu lah agaknya,
Plan nak g temerloh next year, g kenduri kawen member.
BalasPadamelok sangat tu..
BalasPadamjangan lupa jenjalan puas2 kat sana..
ikan patin adalah istimewa.. lagi2 dari yg liar punya.. perkhhhh
Bereut-rebut pasangan untuk berkahwin pada tarikh 12.12.12 ni. memang suatu tarikh yang cantik.
BalasPadamWah...mmg menarik bidikan bang maza...
BalasPadammmg ramai yg pilih tarikh ni utk kahwin dan sebagainya...ambe takde ape yg istimewa...hehe
waaaah...macam menarik tu...lehla masukkan dalam aktiviti tahunan nanti...heh
BalasPadamterima kasih bang maza menjadi agen tak rasmi =)
hoho...mmg ada gambar ibu2 yg pegang anak2 mereka lahir 121212 =)
BalasPadamBukan apa-apa Maza... syok juga tengok nombor berturut-turut ni. Budak2 yg lahir hari semalam tu, kalau tak boleh ingat tarikh lahir.. apa hukumannya?
BalasPadamhukumnya ialah lagi elok tak ingat tarikh lahir daripada terlupa tarikh akan mati.. hehehehe
BalasPadammaza budak baru belajar gitew.. ahaks.. teirma kasih abg hafiz..
BalasPadamlagi cantik dihiasi dengan akhlak mulia daripada terkinja2 kerana sesebuah tarikh.. ahaks. hehehe
BalasPadam