Halaman

Khamis, 13 Disember 2012

Keputusan Piala AFF Suzuki 2012 separuh akhir Malaysia vs Thailand

UPDATE:

Malaysia vs Thailand...

 0-2

Pengadil Lee Minhu dari Korea Selatan.
Insiden beliau memberikan kad merah
kepada Fadhli Sash ada peminat bola
mengatakan hendak memicit dan menarik
belalai gajahnya!
hmm?

Harimau Malaya cuma tinggal belang sahaja... bahagian harimau yang lain remuk kena pijak oleh Gajah Putih! Belalai gajah putih panjang sangat  dengan dibantu oleh Pengadil Korea Selatan iaitu Lee Minhu (seorang cikgu bahasa Inggeris, suka berjogging dan melancong - sumber google) yang tak berapa nak adil, serta padang bola macam bendang sawah baru lepas dituai!

Jadi kesimpulannya, Harimau Malaya kena buka kembali kitab Cakar Rimau semula...


Pada keseluruhannya, maza berpuas hati dengan corak permainan Malaysia.. terima kasih kepada pemain-pemain Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh dan berdisplin! FAIR PLAY!... (cuma pengadil aje tak fair)...
___________________________________________________________________________________


Perlawanan hebat separuh akhir Piala AFF Suzuki pusingan kedua auranya dirasakan cukup hebat sekali. Bisa menggegarkan seantero bumi nusantara. Bergoncangan bumi dua negara yang berjiran.

Teluk Siam dan Selat Melaka kembali bergolak. Ombak dan pantainya saling hentam menghentam. Bahtera juga terhuyung-hayang dilanda badai akibat pertemburan itu. 

Segala naga di Teluk Siam dan todak di Selat Melaka sudah bersedia. Arena pertemuan dua selat itu di lautan Andaman akan menjadi sidang pertarungan. Dua binatang akuatik tersebut akan  dipertaruh dan diperkudakan; saling menyerang dan menangkis! 

Siapa akan tumbang?!

Gawang perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya. Ia bukan lagi ujian. Ia adalah tempuran! Bertempur habis-habisan. Bolos bermakna maruah melayang. Bolos juga bermakna kematian; tidak bernyawa untuk ke perlawanan akhir!

Medan di Bangkok menjadi perujian. Siapa hebat, siapa yang kena rembat!

Jam 8.00 malam bermulalah episod itu. Antara Harimau Malaya dan Gajah Putih di malam Jumaat ini (13 Disember 2012).


Malaysia dengan cakar harimaunya; mampukah menyepit dan mencengkam kemas belalai gajah putih?! Sekali lagi silat dan tomoi diperuji di perbatasan juang!

Ngauman Harimau Malaya pastinya berkumandang! Bisa kuku harimau pasti mencengkam di belakang, belikat  dan dada sang gajah! Biarkan sang gajah melolong-lolong mengeluarkan bunyi trompetnya. Biarkan belalai sang gajah putih ditarik-tarik, digigit-gigit, dikemam-kemam. Biar belalainya mengalir hingus malam ini! Hingus putih, hingus kuning, waema hingus hijau sekalipun! Biarkan sang gajah bergolek; terkangkang di atas padang permainan...

Tahulah kita apabila keesokan hari sang gajah kena selsema, layu dan letih; itu adalah tanda bahana bahaman Seni Cakar Rimau Malaya! Pasti permaisuri-permaisuri Harimau Malaya akan tersenyum indah kemudiannya! Senyum dalam kepuasan... senyum dalam kehebatan... senyum tanda keyakinan diri!

Selepas ini sesiapa yang menang akan terus ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki. Sang Singapura sudah pun menanti di pintu stadium. Di dalam Colosseum itu sang singa sedang menyisir bulu tengkuk menantikan lawan seterusnya; sama ada Harimau Malaya atau Gajah Putih!

Kita perlu berjuang untuk mematahkan tengkuk dan cabut bulu-bulu leher sang singa selepas ini....

Untuk itu, mari kita berdoa; azimat yang mustajab untuk mendapat perlindungan dan kejayaan! Biar kita puas dalam kenikmatan di malam Jumaat ini!


Selamat berjuang Harimau Malaya!!!


Err.. keputusan terkini akan dikemaskini malam nanti.. ahaks.. TUNGGUUUU!!!!....





18 ulasan:

  1. Harap Harimau Malaya memperoleh kemenangan di sana..

    BalasPadam
  2. aku jangka perlawanan seimbang dan pasti menarik sebab kedua - dua masih ada peluang,
    dan semestinya aku berharap Malaysia akan mara ke perlawanan akhir,
    sekaligus berpeluang menebus kesilapan menentang Singapura pada perlawanan peringkat kumpulan..

    BalasPadam
  3. luck belong to Thaiand due to the mischief referee. uhuk

    BalasPadam
  4. udah kena pijak bro.. .uhuk!...
    rimau tertinggal ekor skrg ni..


    harap boleh mengaum musim akan datang.. dan mudah2an ada hayat mahu menontonnya lagi

    BalasPadam
  5. keputusan pengadil sikit sebanyak menjejaskan perlawanan, dan mmg nampak berat sebelah, itu pendapat aku... huuuuu T_T

    BalasPadam
  6. Dulu Lain Sekarang Lain13 Disember 2012 pada 11:41 PTG

    Ehemm... Maza tengok bola? Macam tak percaya jer. Malam jumaat lagi tu. :D

    BalasPadam
  7. cait..hahaha


    lepas ni mau berlatik cakar hari2mau lah abg mail.. mau kasik mantapkan Harimau Malaya..

    hahaha

    BalasPadam
  8. Tamat sudah perjuangan harimau malaya. Tak dapat la kita cuti peristiwa macam dua tahun lepas. Haha

    BalasPadam
  9. ..begitu juga harapan maza mahu menjamah cuti peristiwa sudah berkecai.. uhuk!

    BalasPadam
  10. Kecewa dengan kekalahan. Tidak apa yang boleh dilakukan dengan 10 pemain dan pemain juga ramai yang didalam senarai kecederaan. Asyik kena takik dek pemain Thailand.

    BalasPadam
  11. perlawanan yang begitu menyakitkan hati bila tengok pengadil banyak lebih pada thailand... bosan tengok jom lawan... http://aiskosong.com

    BalasPadam
  12. Dulu Lain Sekarang Lain14 Disember 2012 pada 9:40 PTG

    ye lah.. siap dgn senam harimau skali tu .... :D

    BalasPadam
  13. korang bincang hal bola ke hal apa ni?
    cuba bagi jelas sikit

    BalasPadam
  14. aku ucapkan tahniah untuk harimau malaya
    kalah tapi bukan dengan cara yang mudah
    tahniah

    BalasPadam
  15. hahaha.. dua2 pun boleh.. mengambil berkat malam jumaat cikgu.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini