Halaman

Isnin, 10 Disember 2012

Malam di Sungai Kuantan

Kebetulan sebuah tongkang sedang melalui papan tanda besar kedabak di seberang sungai sana.

9 Disember 2012 (Ahad) - maza sudah terjah di tepian sungai Kuantan yang entah kali ke berapa. Rasanya belum pun sampai patplohpat kali...

Kali ini bertemankan biras menyusuri sungai Kuantan yang terletak di tengah-tengah bandar itu. Jam sudah pun lewat 10.00 malam. Kami membawa hati yang sedikit lara akibat Malaysia seri menentang Thailand dalam pertandingan bola sepak piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Dan ini bermakna Malaysia dalam kondisi merbahaya dengan agregat 1:2 yang menyebelahi Thailand. Pertandingan separuh akhir kedua akan berlangsung di Bangkok, Thailand. Harap-harap Harimau Malaya bisa akan lebih sukses selepas ini. Bangkit dan meratah si gajah putih itu. hehehe

Sambil membawa diri, maza sempat merakamkan panorama alam di tepian sungai Kuantan yang dihiasi indah dengan lampu limpah. Setelah larut malam seputar dinihari, barulah kami pulang ke rumah. Sambil-sambil berjalan dan tertatih itu, kami sempat menyedut air teh panas.. ahaks.. sejuk seh! Angin bayu bertiup lembut gitew.

Kepada kengkawan yang tidak pernah sampai atau belum sampai di Kuantan, inilah sedikit bingkisan untuk sama-sama kita mengambil manfaatnya.

Psst: maza budak baru belajar jua. Ahaks.. hehehe


Di hujung sana terdapat pasar malam minggu. Sedang rancak dengan pelbagai aktiviti
termasuklah pertandingan teka teki

Sungai Kuantan, pemadangan dari jeti pelancongan

Ada air pancut di dalam sungai itu dihiasi dengan pelbagai warna lampu suluhan

Siar kaki di tebing sungai Kuantan. Kalau letih berjalan, boleh naik bot penambang dengan menyusuri sungai tersebut.
Tiket untuk dewasa cuma RM18 dan kanak-kanak RM16 (tertakluk kepada perubahan semasa)

Nukilan lantun-lantun oleh:-



11 ulasan:

  1. Bandar Kuantan ini hidup di malam hari. :-)

    BalasPadam
  2. terutamanya di malam minggu.. hehehe

    BalasPadam
  3. slow shutter gittewww..

    BalasPadam
  4. gitewlah..entah jadi entahkan tidak.. hentam ajelah.. hahaha

    BalasPadam
  5. hello Maza,
    cantik sungguh pemandangan dan kilauan lampu di waktu malam di sungai Kuantan. Selamat bercuti saya ucapkan buat awak.

    BalasPadam
  6. Dulu Lain Sekarang Lain11 Disember 2012 pada 3:33 PTG

    Membawa hati lara? adehhh... masih banyak peluang lagi la Maza.. Adakala main away ada advantage sbb tekanan adalah pada pasukan tuan rumah utk menang. Lagi pun kawe layan Man Utd main lepas tu.. he he... Btw, cantik gambo-gambo. Boleh buat postcard tu...

    BalasPadam
  7. wah, cantik sangat bila malam
    aku biasa sampai tepi sungai kuantan ni waktu siang je

    BalasPadam
  8. terima kasih bro..

    cutinya sudah tamat.. esok mulai kerja.. uhuk!

    BalasPadam
  9. gambarnya tak sama gambar buah2an abg mail yg mengiurkan itu.. hehehe


    moh kita sokong rimau malaya gitew.. ahaks. hehehe

    BalasPadam
  10. harus bila sampai waktu malam pekena nasi lemak ayam di tepi sungai Kuantan itu..

    sambil menghirup secangkir teh o dan menikmati deruan angin sungai yg sepoi2 .. alamak kerinduan kampung lah fulaks. ahaks. hehehe

    BalasPadam
  11. cantik pemandangan sungai Kuantan di malam hari ye.

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini