‘Age’ is always growing, and left behind a lot of memories. Thus here we are, am try to record every single golden moment in my short life journey with you all.

nuffnang

Selasa, 18 September 2012

Innocent of Muslim mencetuskan keganasan dan perlu dihumban ke longkang

Filem "Innocent of Muslim" telah mencetuskan kegemparan terhadap dunia. Filem ini telah dimuatkan ke dalam Youtube.com. Penerbitnya pula menyamar sebagai Sam Barcile. Dikatakan dia seorang berketurunan Arab Mesir penganut Kristian Koptik dan merupakan rakyat Amerika.

Kebiadaban penerbitnya telah menyebabkan dunia berantakan hingga empat orang terbunuh di Libya dengan seorang duta Amerika bersama tiga orang pengawalnya telah terbunuh.

Umat Islam bangkit membantah hampir di seluruh dunia termasuklah Indonesia, Malaysia dan Australia. Mereka menuntut agar penerbit filem yang menggambar dan menghina Nabi Muhammad SAW sebagai gila seks, sukakan seks dengan kanak-kanak (pedophile) yang dirujuk kepada Syaidatina Aisyah, seorang suka mengarut, menganggap keldai sebagai binatang pertama Islam dan suka mendera.

Kalau tidak tahu, tanyalah ustaz. (Masjid Kota Damansara)

Filem mengarut tersebut bermula dengan senario di negara Mesir. Orang-orang Islam bertelagah dan menjadi penganas dengan menyerang penganut Kristian Koptik. Kemudian ia menyorot kembali ke zaman 2000 tahun yang lalu iaitu di zaman Arab jahilliah sehinggalah kepada penghinaan Nabi SAW diada-adakan.

Secara puratanya maza boleh kategorikan filem ini filem murahan. Sudah pasti ia begitu murah dan jijik moralaliti penerbitannya. Filem ini lebih menjurus kepada penghinaan dengan lawak-lawak dibuat-buat dan kelihatan begitu 'bodoh' sekali! Dari segi kualiti filem jelas menunjukkan berkualiti 'hancur' dan tidak boleh langsung diperkirakan filem besar! Semuanya adalah provokasi dan sengaja melaga-lagakan ummah!

Jumaat lepas (14.09.2012) di Kuala Lumpur sekumpulan Muslimin telah berarak ke Kedutaan Amerika menyatakan bantahan terhadap filem tersebut. Demonstrasi tersebut berlangsung dengan aman.

Manakala beberapa hari lalu di Indonesia tunjuk perasaan yang sama tercetus dan berakhir dengan kecederaan penunjuk perasaan.

Di negara-negara Arab seperti Mesir, Sudan, Libya termasuk juga di Pakistan, Afghanistan berlaku tunjuk perasaan besar-besaran. Rakyat dan kaum Muslimin turun di jalanan membantah kebiadapan rakyat Amerika tersebut dan menuntut pembelaan. Lebih ekstrem lagi mereka mengijtihadkan agar pelakon dan penerbitnya dibunuh!

“Jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu akan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani”. (Ali Imran 3:31)

Sabtu (15.09.2012) maza berkesempatan untuk mendengar kuliah di Masjid Kota Damansara. Antara butiran yang disampaikan ialah kita perlu berasa marah di atas penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Beberapa riwayat dan hadis dinyatakan mengapa kita perlu memdindingi hingga berkotakan nyawa sendiri untuk menyelamatkan diri Rasulullah SAW dari dihina dan dikeji. Walhal Rasulullah SAW sedari awal sanggup memberikan syafaat kepada umatnya dengan membawa ajaran Islamiah demi kebaikan manusia sejagat.

Mengambil pengajaran daripada riwayat hidup beberapa orang sahabat Nabi. Mereka sanggup menggadaikan nyawa datang berjauhan semata-mata hendak melindungi Nabi SAW dari penghinaan. Mereka berdiri teguh dan menjadi benteng pertama!

Antara hadis yang dinyatakan berbunyi, "Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka"

Di dalam kuliah yang sama turut menyatakan akan mengadakan bantahan dengan mengadakan perarakan ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak sebelum solat Jumaat pada 21.09.2012. Umat Islam diseru untuk sama-sama menyatakan bantahan dan dalam masa sama menggambarkan kecintaan kita terhadap Nabi SAW.

Rapat umum ini perlu dijalankan secara aman. 

Berdoa untuk keamanan, keselamatan dan kedamaian di dunia dan akhirat. (Masjid Kota Damansara)

Hari ini (18.09.2012) menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, pihak You Tube anak Syarikat Google Inc. akhirnya menyekat akses ke filem Innocence of Muslims kepada pengguna internet di Malaysia.

Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, sekatan terhadap filem itu di negara ini bermula petang semalam selepas mereka diarah berbuat demikian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).




Maza: Jangan dijolok sarang tembuan. Buruk padahnya.. 

Artikel ditulis oleh:-

blog comments powered by Disqus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails