Halaman

Khamis, 16 Ogos 2012

Lagi power lagi best

Seputar minggu sudah tatkala maza mencari makan di pasar raya Giant telah terserempak dengan seorang jurujual kereta. 

Mula-mula pening juga memikirkan. Tidak sangka di gedung ini turut menjual kereta. 

Menurut jurujual berbangsa India, jika tempah pada hari itu, kereta idaman bakal diperolehi sebelum hari raya.

Katanya lagi, sudah sampai masa maza menukar kenderaan yang itu. Jika pulang ke kampung nanti tampak lebih bergaya anak beranak!

Seperkara yang hampir-hampir menggoda semua orang yang berkeliling di situ ialah apabila dia berkata "Lagi power, lagi best maaa . . . "

Myvi 1.5 Extreme


Kebetulan pula, memang maza bercadang hendak membeli atau mengganti kenderaan yang ada itu kepada yang  lagi power, lagi best  . . . tetapi bukannya kereta Myvi 1.5 Extreme itu.

Maza mula menjeling-jeling darling dan tak semena-mena sekejap itu juga satu cubitan manja dari Mem Besar petanda, "TAK BOLEH!"

Jawabnya, terpaksa maza menahan diri tunggu hujung tahun nanti atau tahun depan atau tahun ke hadapan, ke depan dan depan lagi... ahaks!

Selamat Hari Raya kengkawan.
Pandu dengan berhati-hati. 
Ingat ada Ops Selamat . . . ahaks!



catatan lantun-lantun dari tuan tanah:



14 ulasan:

  1. pakai je la keta tu sampai abis. Selagi tak banyak ragam, atau maintenance kecik, jauh sekali nak beli baru. Kim salam kat mem.

    BalasPadam
  2. klu hati dah brkenan dan brupaya apa salahnya...x gitu :)
    slmat hari raya maaf zahir batin...singgah2 le kulai.

    BalasPadam
  3. ...hehehe.. terima kasih K.zue..

    Singgah ke Kulai mungkin tak dapat, sbb cuti tahun ini pendek gitew. huhuhu

    BalasPadam
  4. Tukar terus. Apa mau pening-pening! Tapi kena beli cash la.. haha Yang buat pening tu kalau beli hutang! :D

    BalasPadam
  5. aduh! bab dengar beli kereta cash terus senak perut woo.
    hahaha

    BalasPadam
  6. Senak perut satu kali dengan pening kepala 9 tahun mana lebih teruk agaknya? :D

    BalasPadam
  7. Baru hendak bersorak kalau bro Maza beli kereta baru tetapi tak jadi pula. :-)

    BalasPadam
  8. Aiseyman boleh je amik myvi ni utk kereta ketiga wohaaa

    BalasPadam
  9. Ya tak ya juga kan?!

    tapi aderk! aderk! lagi senak ibu mengandung 9 bulan 10 hari woo.. hahaha

    BalasPadam
  10. sekali kena ketis la... berderai semua mimpi daaa..

    hahaha

    BalasPadam
  11. amvoiii gitew.. hahaha

    kat sini parking keta kat rumah sendiri pun kena bayar, masuk kereta yg ketiga, jawabnya sementara menunggu gaji bulan depan, masing2 makan rumput!

    hahaha

    BalasPadam
  12. Dulu Lain Sekarang Lain28 Ogos 2012 pada 9:33 PG

    ahak ahak.. ingat nak citer psl kopi tadi... :D

    BalasPadam
  13. ahak! ahak!

    udah terkenalah ya.. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini