Halaman

Jumaat, 17 Ogos 2012

Jumaat terakhir di bulan Ramadan 2012

Sedari semalam para perantau mulai berpusu-pusu pulang  ke kampung halaman masing-masing untuk beraya. 

Laporan yang maza terima, kesesakkan lebuh raya berlaku di sana sini. Maza menjangkakan untuk dua hari terakhir sebelum Syawal menjelang, kebetulan pula di hujung minggu, akan menambahkan lagi kesesakan jalan raya.

Berbekalkan amanat daripada mimbar di hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadan ini, khatid telah menyeru agar kita sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan harta benda. Khatid menasihatkan agar pengembara-pengembara memeriksa semua suis lampu, elektrik, pagar dan pintu dikunci dengan sempurna. 

Mendaki tangga masjid di Jumaat akhir Ramadan (28. Ramadan 2012). Kasut dan selipar melatari kiri tangga!

Ketika meninggalkan rumah, kita harus berdoa terlebih dahulu. Dirikanlah solat sunat musafir dua rakaat. Kemudian pintalah perlindungan daripada Allah SWT agar terpelihara keselamatan di sepanjang perjalanan nanti. 

Khatid juga mengingatkan jemaah agar singgah di balai polis dan ucapkanlah Selamat Hari Raya kepada mereka. Jangan lupa mengisi borang melaporkan diri pulang ke kampung. Ini memudahkan pihak polis memantau rumah yang ditinggalkan.

Cerita Lain

Kad raya maya yang gitu-gitu aje. Lagi pun, siapalah maza, kan, kan, kan?


Maza kira akan pulang ke kampung dengan menunggang binatang ini anak beranak! Harap-harap ia punyai butang untuk terbang. Moga-moga dapat bantu semua orang dari mengalami kesesakan lalulintas.
Jika tuan-tuan terlihatkan binatang itu terkedek-kedek di perjalanan, petandanya kami sedang rehat dan rawat.

Tahun ini tibalah giliran kampung mertua pula. 

Di kesempatan ini, maza hendak menyusun 10 jari kepada para pengujung dan peminat setia blog ini (ceeewahhh!.. ada ke? hahaha), untuk memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran maza sepanjang berinteraksi di alam siber!

Semoga tuan-tuan pulang dengan selamat. Akhir kalam SELAMAT HARI RAYA!



Dari tuan tanah:-

16 ulasan:

  1. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Tahun ini bro Maza dan famili hendak balik kampung dengan kereta 'lagi berkuasa lagi best' tak adalah. :-)

    BalasPadam
  2. gitewlah...

    naik binatang telinga panjang yg itu ajelah..
    huhuhu.

    hahaha

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. :D

    BalasPadam
  4. secangkir madu merah18 Ogos 2012 pada 10:17 PG

    Selamat menyambut lebaran buat Maza dan keluarga.. semoga gembira menyambutnya bersama keluarga dan sanak saudara... hati hati di jalan raya ya...

    BalasPadam
  5. salam lebaran untuk bro maza dan keluarga
    maaf zahir batin

    BalasPadam
  6. oh terima kasih gitew..

    sama-samalah memelihara jalan raya!

    hehehe

    BalasPadam
  7. terima kasih cikgu..



    mudah-mudahan kita sama-sama dilimpahi rahmat!
    ameen...

    BalasPadam
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya juga untuk Maza. Maaf zahir dan batin. Kita mulakan buku baru. Harap berjumpa Ramadhan akan datang

    BalasPadam
  10. larat ke menatang ni nak angkut Maza sekeluarga? Nak angkut maza sorang pun rasanya dah terburai. heheh Inilah dosa pertama untuk buku baru kita

    BalasPadam
  11. Ameeenn .. ya rabal alaminnnn

    hehehe

    BalasPadam
  12. Dulu Lain Sekarang Lain28 Ogos 2012 pada 9:27 PG

    Cantek kad raya ehhh... Harap tak terlambat nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin buat Maza sekeluarga. Ingat nak lawat ari tu tapi jadual beraya amat packed! Nak mengadap komputer pon susah :D

    BalasPadam
  13. Yeay!!!

    Abang mail datang! Yeaayyyy.
    Selamat Hari Raya...
    Duit raya?!

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini