Halaman

Rabu, 15 Ogos 2012

PLUS dan LPT bagi rebet dan diskaun raya 2012

Pihak PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) telah membuat pengumuman akan memberikan 'rebet' bagi pengguna yang menggunakan lebuh raya PLUS sempena Hari Raya ini. 

Rebet sebanyak 30% untuk pengguna "Sistem Pembayaran Elektronik Toll" (Electronic Toll Collection) seperti "PLUSmile," "Touch n Go" dan "Smart Tag".

Pemberian rebet bermula pada 15, 16 dan 22, 23 Ogos 2012 untuk kenderaan kelas 1 seperti kereta (kecuali exit Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar). Perantau boleh menikmatinya bermula pada jam 10.00 malam ini (15.08.2012) hingga keesokan hari.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, "Ia merupakan satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas."

Rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari.

KL-Karak & LPT 1

Manakala bagi KL-Karak dan juga LPT 1, diskaun 30% bagi perjalanan pada 18, 19, 20 dan 21 Ogos 2012.

Berikut ialah senarai diskaun yang diberikan oleh syarikat konsesi yang lain.


Menteri Kerja Raja, Datuk Shaziman Abu Mansor, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini.

Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos 2012.

maza kata untuk kes PLUS:-

Esok bermula cuti sekolah. Cikgu-cikgu dan mereka yang bercuti awal boleh menikmati diskaun ini. Tetapi ramai perantau-perantau (mungkin 70 atau 80% dari jumlah keseluruhan lebuh raya PLUS) tidak pulang berhari raya pada 15 & 16 Ogos disebabkan kekangan kerja atau cuti. Setidak-tidaknya mereka pulang awal pada hari Jumaat atau Sabtu iaitu 17 dan 18 Ogos.

Jadi, pemberian rebet itu adalah untuk . . .?!!

Manakala diskaun bagi perjalanan ke pantai timur melalui LPT sebanyak 30% adalah kerana . . ?!!

Sesetengah pihak mengatakan, terima kasih kepada kerajaan yang berunding dan mendapatkan rebet dan diskaun itu. Yalah, terima kasih ajelah . . .

Pesan maza: rancanglah perjalanan anda dengan baik. Elakkan pembaziran dan perbelanjaan yang berlebihan-lebihan.

SUMBER BERITA: 
  1. PLUS Highway
  2. Bernama (14.08.2012) 
  3. Berita Harian


Catatan seorang rakyat Malaysia:-

9 ulasan:

  1. Jadilah dapat rebet dan diskaun mengunakan lebuh raya sempena hari Raya.

    BalasPadam
  2. Tol Seremban - PD tak ada rebet ke?
    Semoga semua pengguna jalan raya sentiasa merancang perjalanan dengan bijak.

    BalasPadam
  3. ..Ya gitewlah bagi mereka yang menggunakan lebuh raya sebelum hari raya (bagi kes PLUS) iaitu 15, 16 dan bukannya menjelang hari raya iaitu 17 & 18 di mana pada tarikh tersebut insyallah semua jalan raya turut akan bersesakan dengan perantau-perantau.

    Cuma barangkali semua rakyat boleh menikmati rebet dari PLUS jika pulang awal pada 21 dan 23 Ogos...

    *nota: maza tahun ni tak merasa rebet gamaknya.. hehehe

    BalasPadam
  4. Yang itu tak pastilah kak long. Mungkin ada sekali kot. Yang tak ada di tiga kawasan di sempadan Thai sana. Hehehe

    BalasPadam
  5. Pandai betul diaorg berniaga. Berapa kerat je la yg dapat manfaatnya

    BalasPadam
  6. rebet tu pun nak kena claim. Bila masa la nak pegi pusat khidmat pelanggan. Biasa topup kat ATM atau stesen minyak je.

    BalasPadam
  7. Ahkak memang pandai berfikir.. hehehe

    Helah berlaka tu kak..

    BalasPadam
  8. Ikhlasnya entah lah sejauh mana..

    Lepas tu sembang aje lebih!.. aderkkkk

    BalasPadam
  9. sama la kita. bg la kat org lain je rebet tu

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini