Halaman

Ahad, 26 Ogos 2012

Kembali Merantau

Pelita menyinari di malam raya

Alhamdulilah sudah seminggu kita beraya sakan di tahun 2012 ini. 

Kini tibalah masanya berpisah dengan ibu, ayah serta sanak keluarga. Pemergian kami anak beranak adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mencari rezeki di bumi Tuhan Rabul Alamin.

Di jendela

Kalau diperkirakan, memang ketidakcukupan berhari raya di kampung lagi. Rindu masih belum benar-benar terubat. Namun perjuangan hidup menuntut agar terus melangkah pergi meninggalkan kampung nan permai. 

Ahad (26. Ogos. 2012), maza anak beranak berpelukan sayu dengan ahli keluarga. Melangkah longlai keluar dari kampung yang damai. Air di kali masih terasa dinginnya hingga ke gigi. Udara segar dari haruman kampung masih lagi kuat di hidung. Paru-paru masih lagi tidak putus-putus mengepam mencari wangian bungaan kampung. Selut yang terbenam di buku lali ini, masih terasa sisanya melekat. Di sinilah tanah tumpah darahyna maza. 

Anak-anak saudara keriangan menyambut kepulangan


Dalam diam-diam sambil mata ditancapkan ke hadapan tatkala memandu, maza berdoa takzim. Mudah-mudahan dikurniakan Tuhan punyai waktu untuk bertemu ibu dan sanak saudara kembali!

Akhirnya, lewat petang kami sampai ke rumah di ibukota ini. Sepatah kata tidak terkeluar dari mulut, melainkan masing-masing membawal hal sendiri. Melayan perasaan yang berbolak-balik.

Di otak maza ligat berkisar, ESOK SUDAH MULA BEKERJA!!! 

"Ahhh ... rupa-rupanya, aku ini masih seorang buruh!"

Selamat bekerja semua . . !

Sanak saudara duit raya!



Salam dari kejauhan:
Tuan tanah







25 ulasan:

  1. Selagi belum hiang nyawa.. kerja! kerja! kerja! :D

    Kemariahan raya masih terasa segarnya..

    BalasPadam
  2. Selagi belum hilang nyawa.. kerja! kerja! kerja! :D Apa pun kemeriahan raya masih terasa segarnya. :D

    BalasPadam
  3. wah meriahnya nak gak

    BalasPadam
  4. kena kerja sekurang2nya umur 60 thn gitew.. uhuk!

    BalasPadam
  5. Meh ler.. hehehe

    Psst: sorry x dapat singgah ke Melaka..

    BalasPadam
  6. Saya sukakan rumah kayu. Hendak jalan pijak lantai kayu ada caranya supaya tidak menganggu orang yang berbaring. :-)

    BalasPadam
  7. hari ini mahu dapatkan rumah seperti itu perlukan duit berkoyan-koyan...
    hehehe

    BalasPadam
  8. terbaiklah keluarga maza, meriah..masuk contest boleh menang tuuuu

    selamat hari raya maza ;)

    BalasPadam
  9. aik..kenapa hilang komen tadi..test test

    BalasPadam
  10. Opps.. ada contest ke?

    Dah bertahun tak join ni.. hehehe

    BalasPadam
  11. ....errr peti komen ambo masih mabuk kuih raya gitew..

    hehehe

    BalasPadam
  12. Kira ok la tu. Saya 3 syawal dah kembali semula. sedayy betul

    BalasPadam
  13. tingkap mcm tu teringat rumah saya masa kecik2 dulu. Suka duduk tepi tingkap dgn kaki terjuntai dua-dua

    BalasPadam
  14. kayu mahal maaa. dulu batu yg mahal

    BalasPadam
  15. ..tapi duit ada masyuukkk.. hehehe

    BalasPadam
  16. alamak! Kita serupa!...
    Kita serupa..

    hahaha....

    BalasPadam
  17. Dulu Lain Sekarang Lain28 Ogos 2012 pada 9:21 PG

    kojap jer seminggu tu ya Maza? Rasanya mcm baru semalam jejak kaki ke kampung halaman.. adehhh...

    BalasPadam
  18. Cantik betul gambar-gambar ni.. Memang syok kalau beraya dengan sanak saudara kan

    BalasPadam
  19. Gitewlah abg mail..

    Tapi memang sampai hati abg mail tak calling2 maza.. mau gak merasa kopi 464 yg istimewa itew.. huhuhu

    BalasPadam
  20. Ooppsss.. terima kasih..
    lukisan alam gitew...

    hehehe

    BalasPadam
  21. Dulu Lain Sekarang Lain29 Ogos 2012 pada 10:59 PG

    adehhh... sama ler.. Niat mahu contact tapi sekojap jer kat sana. Org kampon pun terlalu banyak aktiviti depa dah plan... Next time ye... Teringin kawe jadi model utk kamera Maza tu...

    BalasPadam
  22. Mmg bila beraya di kampung, feelnye cukup lain dan emosinya cukup positif.

    pssst...mmg gambar no2 paling terbaik!

    BalasPadam
  23. patutlah kayupun ramai yg tukang songlap nye...mahal =)

    BalasPadam
  24. memang beraya kampung itu berbeza benar feelingnya. hehehe

    psst: gambo itew anak buah yg tangkap.. hehehe
    terima kasih abg hafiz

    BalasPadam
  25. Aku suka betul gambar pelita panjut tuh..

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini