Halaman

Rabu, 29 Ogos 2012

Gadis Bertudung Servis Tubuh

Di sebuah sudut pasar raya sana ada seorang gadis bertudung biru labuh. Tersenyum manis memandang tepat ke arah maza. Sebaik melaluinya, gadis itu pun menyapa.

"Abang nak servis tubuh? Saya ada menyediakan servis seluruh badan. Badan abang akan jadi segar. Tension pun akan hilang," suara halus seolah-olah berbisik manja menerjah ke anak telinga paling dalam.

Gadis bertudung biru itu masih setia menanti. Sesekali dia meleretkan mata redup. Kerlingan matanya cukup menggoda.

Maza menelan liur sendirian, menahan gelodak hati. "Berapa harga kalau servis tubuh gebu saya ini?" maza cuba mencari kepastian.

Gadis itu mengetap bibir seketika. Di pandangnya sekujur tubuh maza dari atas hingga ke bawah. Dua atau tiga kali dia meneliti sambil meramas jejari lembutnya.

"Bergantung kepada abang nak servis macam mana. Satu badan boleh. Bahagian-bahagian tertentu sahaja pun boleh. Harga jangan risau. Bergantung saiz cup dan berapa banyak yang abang hendak."

Maza menoleh ke kiri dan kanan seketika, kemudian mengangguk tanda bersetuju.

Gadis itu pun membelakangkan maza, lalu maza mengekorinya.

Kami masuk ke sebuah bilik khas. Kami bersendirian. Gadis itu menghulurkan tuala sambil tersenyum.

"Abang rehat di sini sekejap. Meniarap di atas katil ini. Sementara itu abang bukalah pakaian. Kami akan servis tubuh abang sepuasnya. Saya keluar sekejap mahu buat persediaan dulu, ya?" gadis bertudung labuh melontarkan kata-kata dari dua ulas bibirnya yang nipis, lembut, basah, anggun, cantik dan ayu sekali.

Sementara menanti kehadiran gadis bertudung biru itu, maza sempat terlelap seketika. Sedar-sedar badan maza diusap lembut. Dibelai penuh kemanjaan. Mesra dan amat selesa sekali. Maza tersenyum indah.

"Abang dah bersedia? Boleh kita mulakan sekarang?"

Maza terperanjat! Tiba-tiba terdengar suara yang aneh. Maza mengangkat muka dan melihat ke arah datangnya suara itu. Bukannya gadis ayu bertudung biru itu lagi, tetapi seorang pak cik tua.

Rupa-rupanya pak cik itu dari tadi mengusap-usap lembut tubuh sasa ini. Hanya kami berdua di dalam bilik sempit itu. 

"Minta nama abang dan ibu . . . mari kita selawat, mudah-mudahan pekerjaan ini diberkati Tuhan," kata suara garau-payau itu lagi.

Bekam teknik sedutan

Jadi, pada hari itu maza berbekam di sebelah atas belakang badan sahaja. Harga servis yang ditawarkan mengikut cawan/cup dan bergantung kepada titik bekam yang dikesan. Satu cawan berharga RM15.00

Selesai berbekam, maza dapat merasakan kelainannya. Badan terasa ringan dan lebih segar.

Menurut kata pak cik itu, selepas bekam elok diperbanyakkan minum air mineral.

Sebenarnya, selepas bercuti hari raya, maza mengambil keputusan untuk menyervis tubuh agar lebih sihat dan bertenaga. Kebetulan pula di Giant Kota Damansara ada perkhidmatan tersebut. Kata orang, alang-alang selepas ditarbiah Ramadan, langsung menjaganya dengan memelihara kesihatan diri.

Lagi pun, tanpa kesihatan, satu benda pun tak boleh buat.


Bekam Adalah Syariat

Hakikatnya, rawatan bekam ini sudah lama diamalkan. Mengikut dapatan sejarah, ia sudah menjadi amalan semenjak zaman Nabi Musa a.s. Syariat berbekam ini pula dipanjangkan sehingga ke zaman Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW sendiri pernah menyaran agar umatnya berbekam. Bahkan Nabi SAW sendiri pernah berbekam.

Nas iaitu hadis tentang berbekam:-

  1. “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214) 

  2. Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung di dalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

Hebatnya berbekam ini sehingga malaikat juga berpesan kepada Nabi SAW agar menyuruh umatnya mengamalkan bekam:-

“Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami'us Shaghir)

Rasulullah SAW sendiri pernah mendapatkan rawatan bekam tatkala ihram dan juga di bulan puasa:-
  1. Dari Abdullah bin Buhainah R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (HR. Bukhari) 

  2. Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: "Rasulullah S.A.W. berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa." (HR. Bukhari)



Catatan seorang bloger yang lantun-lantun:-






33 ulasan:

  1. Aduhai buat suspen sahaja. Ingat pergi servis urutan batin. :-)

    BalasPadam
  2. miahahaha....

    ini juga spesis urut batin... masuk dalam punya.. hehehe

    BalasPadam
  3. Masih tak berani nak mencubanya...

    BalasPadam
  4. serious, rasanya best woo..

    kalau Nabi kata rawatan ini patut diamalkan, rugi kalau tak ikut sunah... hehehe

    BalasPadam
  5. Aku pun setuju jika kita mengamlkan berbekam. Mudah2an
    badan sentiasa sihat dan dijauhi penyakit berjangkit..

    BalasPadam
  6. Dulu Lain Sekarang Lain29 Ogos 2012 pada 10:52 PG

    Adeh sakit tuu... Kawe tak sanggup nak berbekam lagi. :D

    BalasPadam
  7. lagipun mengikut sunah.. kan kan kan...

    BalasPadam
  8. tak sakit pun abg mail...
    rasa sedapppp aje... nyut! nyut! gitew..
    hehehe

    BalasPadam
  9. Belum pernah lagi ambe berbekam....insyaAllah akan cuba utk ke pusat servis berhampiran =)

    p.s-dasat intro kali ni....hahahaa....dan2 terus suara tukar payau...hadoi!

    BalasPadam
  10. betul betul betul =)

    BalasPadam
  11. mahal kan.kwn sy ada bab ini dia kata mmg blh jawa wang

    BalasPadam
  12. nak cuba kene cri bekam girl.klu migrem cam saya kata org baguh heee

    BalasPadam
  13. Dan maza pun memakai songkok sepanjang masa dibulan syawal untuk menutup kepalanya yang botak

    BalasPadam
  14. Kalau ada terjumpa bekam org melayu disini, mesti saya akan cuba

    BalasPadam
  15. hahaha.. tajuk entry menggoda gitew. ahaks.

    cuba jangan tak cuba abg hafiz.. hehehe

    BalasPadam
  16. sebgaimana hadis di atas, Rasulullah SAW sendiri pun berbekam disebabkan sakit kepala.. maknanya migrain ubatnya ialah bekam..

    fomfuan senang bekam kat kepala, sekali serkup pakai tudung dah tak nampak tompok bercukur di atas kepala. hehehe

    BalasPadam
  17. hahaha.. pakai serban dan berkain pelikat cap gajah duduk aje gitew.. selamat.. ahaks..

    BalasPadam
  18. kat JB sana ada kak.. kat Giant kalau tak silap..
    hehehe

    BalasPadam
  19. mula baca dah berfikir kelain..heheheh...alahai berbekam rupanya.
    bagus le lepas2 raya kasi servis badan tu biar ringan..klu x melantun2 le si maza ni bagai belon.

    BalasPadam
  20. aku belum pernah cuba ni
    mungkin nanti akan dicuba juga

    BalasPadam
  21. Kak Long Mawar Merah31 Ogos 2012 pada 12:19 PG

    Pernah juga teringin nak cuba tapi bimbang sebab peralatan yang digunakan itu digunakan juga pada orang lain.

    BalasPadam
  22. tajuk entry yang memang sangat menarik...
    pokcik..pokcik...
    yer..bekam tu salah satu sunnah nabi..syabas pokcik,berjaya melakukan salah satu dari sunnah baginda.. :)

    BalasPadam
  23. ada mcm2 jenis bekam cikgu, yg ini bekam darah dgn sucking cup.. ada tu bekam angin.... dan bekam api.. hehehe

    BalasPadam
  24. aderkkk...

    Boleh beli cup dan minta dia bikin kan....hehehe

    BalasPadam
  25. wah.... izzah sudah lama tak kemari.. hehehe

    welkom bak my dear...

    BalasPadam
  26. entry permulaan yang begitu mempersonakan. pernah jugak berbekam tetapi buat sendiri jer.

    BalasPadam
  27. So far, su dh 3 kali bekam. Yg plg mhl, satu cup rm15. Tu yg ada kt giant. Buat satu bdn kena rm450. Kluarkan darah pakai blade. Kali ke2 kt pusat bekam noraini, bangi. Yg ni ada peralatan sterile & lepas bekam disapu antiseptic. kluarkan darah pakai alat yg biasa kt klinik bila nk amik darah kt jari. 1 cup rm5. Kali ke3, kt umah. Lepas kuarkan darah pakai alat mcm amik drh tu, xde sapu antiseptic. Tp ada urut blkg sikit & baca doa hilangkan bisa. Satu cup rm5. Sbnrnya harga market biasanya mmg dlm rm 5 / cup, ikut yg su survey kt internet. Apapun berbekam memang best. Tapi pesan ustaz yg bekamkan hubby, kita niat bekam utk ikut sunnah Rasulullah. Baru dpt pahala. Bukan bekam niat utk berubat. Wallahuaklam.

    BalasPadam
  28. tentri mula2 tu cam saspen jer..hahahha

    BalasPadam
  29. Hehee... teknik tu,. teknik tu.. hehehe


    terima kasih kerana sudi menyinggah gitew..

    ;)

    BalasPadam
  30. Hahahaha......entri jerebu ni memang bikin suspen.

    BalasPadam
  31. Opps.. harap-harap air liur yang meleleh tatkala membaca entry ini sudah di sapu bersih ya kengkawan.. heheheh

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini