Halaman

Sabtu, 1 September 2012

Refleksi Putrajaya di Ambang Merdeka

30.08.2012 - Malam ambang merdeka itu maza dengan kawan-kawan merancang hendak menangkap gambar di Dataran Merdeka dan mendaki Bukit Langat untuk merakamkan bunga api berlatar belakangkan kota metropolitan Kuala Lumpur. 

Namun perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Selain mendengar arahan daripada pihak berkuasa berkenaan larangan berhimpun dan menyertai himpunan haram yang dijangkakan diadakan di Dataran Merdeka, kami turut mengalami masalah teknikal. 

Kami juga diberitahu di Dataran Merdeka tidak ada pertunjukkan bunga api. Majlis sambutan ambang kemerdekaan kali ini dibuat di KLCC. Ditambah pula kesesakan untuk memasuki ke bandaraya Kuala Lumpur menyebabkan mengambil keputusan untuk ke Putrajaya. 

Kami merancang untuk menangkap gambar jambatan dan masjid di Putrajaya. Sebelum itu, kami telah dimaklumkan teman-teman di Putrajaya, kali ini tidak ada majlis sambutan ambang merdeka seperti tahun sudah. Jadi tidak adalah letupan bunga api yang mencerahkan dada langit Putrajaya.

Sungguh pun demikian, sebaik detik 12.00 tengah malam, sedang kami merakamkan potret alam, tiba-tiba terdengar suara orang perempuan mengilai dan tertawa kuat dari arah jambatan sana. 

Kami hanya saling memandang sendirian dan dengan selamba meneruskan tugasan kali ini. 

Kami tidak sempat untuk merakamkan masjid indah di Putrajaya disebabkan lampu di masjid itu sudah dipadamkan. Kami sudah terlewat.

Berikut ialah beberapa bingkisan yang dapat maza hidangkan.




Kanak-kanak riang di tengah malam di ambang merdeka!



Tuan tanah lantun-lantun gitew

25 ulasan:

  1. hehehe.. baru belajar bang.. uhuk!

    BalasPadam
  2. Apa pun bro Maza hasilnya tidak mengecewakan. :-)

    BalasPadam
  3. syukur... dgn adanya kengkawan yg menyokong dan mendorong.. hehehe

    mahu memperbaikinya lagi gitew.. ahaks

    BalasPadam
  4. Terbaiklah maza slow shutter..

    Kenapa tak ajak..hehe

    BalasPadam
  5. cam mana nak ajak.. cikgu sibuk ke KLCC dan persiapan Himpunan Merdeka Janji Ditepati di Bukit Jalil.. kan kan kan...

    hahaha

    BalasPadam
  6. MasyaAllah.. cantik lah brother.. kau shoot sendiri ka?
    Terbaek.. Lama tak ke PutraJaya.. Apa yang best makan sana?

    BalasPadam
  7. Cantiknya...... dahla jambatan tu mmg cantik,
    pandai plak amik gambar.. memang cantiklah jawabnya!

    BalasPadam
  8. Hasilnya memang sangat cantik bro. Pandai bro ambil gambar.

    BalasPadam
  9. wah bro dh jadi kank2 merdeka raya

    BalasPadam
  10. shoot dgn kengkawan gitew.. di tengah malam buta..
    makan pun kat kedai mamak di Persint 9 sana..
    lupa lak apa nama tak restoran tu.. hehehe

    terima kasih sis...

    BalasPadam
  11. Opppsss..

    cubaan satu, dua, tiga gitew2 aje Padin..
    baru nak masuk skool gitew..

    ahaks..

    BalasPadam
  12. terima kasih ...
    baru nak berjinak2 gitew..
    banyak nak kena belajar sebenarnya..

    hehehe

    BalasPadam
  13. sekadar kayuh pelan-pelan gitew..
    hehehe

    BalasPadam
  14. Cantik.. pemandangan indah, ditambah dengan bantuan cahaya. Double thumbs up.

    BalasPadam
  15. kanak2 merdeka ni dapat lesen keluar rumah berapa jam ni?

    BalasPadam
  16. 4 keping je bro? mana cukup. Susah payah keluar malam

    BalasPadam
  17. hehehe...gambar yang lain ke lautan dalam sana... ahaks..

    BalasPadam
  18. Oh.. terima kasih missi.. hehehe

    BalasPadam
  19. Dulu Lain Sekarang Lain6 September 2012 pada 9:38 PG

    Mak oiii...lepak kat PutraJaya... port kawe tu.. My sis tinggal kat Pct 10. Dekat dgn rumah PM he he.. Tak pernah terpikir lak nak ambik gambo bila lepak kat sana... :D

    BalasPadam
  20. Ghairah nak jumpa adaik beradik tuuu.. hehehe

    senang2 meh ler ajak maza sekali menembak kat situ. .ahaks. hehehe

    BalasPadam

Mengomellah Ekau Semuo Kek Sini