Monolog dalaman.
Abang nak kata macam mana lagi. Emak ayah kita itu pejuang semenjak kita belum lahir lagi.
Mereka berjuang untuk kehidupan, berjuang memajukan 'tanah yg mati'; mahu membebaskan diri dari cengkaman penjajah dan kemiskinan . . . paling tidak berjuang untuk sesuap nasi untuk keluarga kecil mereka.
Dalam keasyikan dan hambatan perjuangan itu, mereka terpaksa memilih antara makanan untuk disuap ke dalam mulut anak-anak serta isteri, dihambat kebuluran siang malam; dengan ilmu membaca dan membina siasah diri..
Maka tidak hairanlah para tamak haloba; pandai baca, pandai kelentong, kaki pembelit dengan segala macam ilmu magis ini, cuba memanupulasi ayah dan ibu kita . . . sedangkan ayah dan ibu kita ini orang-orang Melayu yang taat akan tuannya . . . yang tidak mahu digelarkan sebagai golongan khawarij! Yang setia kepada RAJA dan NEGARA!!!!
Tapi malang membawa bejat, malang datang bersama kerakusan, hadirnya dengan mainan politus busuk seharum taik! Mereka datang memperdaya dan menjual AYAH DAN IBU kita hidup-hidup! Mereka mahu memerangkap dalam kancah hamba sahya, hamba kepada hutang dengan mereka menjadi tuan - hamba kepada kapitalisme!
Pada hal tatakala sisa-sisa hidup ayah dan ibu kita ini, biarlah mereka hidup dengan tenang, beramal ibadah dengan menunaikan haji yang mabrur! Bukannya menukarkan mereka seperti orang tidak berguna, seperti hamba suruhan, merubah kehidupan mereka kepada kedaifan!
Sekarang, di mana maruah ayah dan ibu kita?! Ya, kini maruahnya dipijak dan ditenyeh di bawah tapak kaki mereka! Mereka memperdayakan dengan durian runtuh, walhal tanah-tanah tempat tumpah keringat ayah kita di dalam marabahaya!! Begitu rapuh!
Apa harus kita lakukan SAUDARA-SAUDARA sekalian?!
Apa yang harus kita perbuat untuk membela sekelumit nilai maruah dari sisa-sisa hidup ayahanda dan bonda kita?!
Anda golongan terpelajar! Anda generasi pewaris tinggalan pusaka ayah dan ibu! Kelaknya apakah yang akan anda mewarisi pula; kemiskinan, kekayaan, iman, maruah?
Oh! tanah tumpahnya darahku?! Di mana kau?!
Di manakah nantinya akan aku tunjukan kepada anak dan cucuku; pewarisku tentang tanah tumpahnya darahku?! Atau sekadar mengaku, "inilah nak, BEKAS 'tanah tumpahnya darahku . . ." lalu berjalan longlai, melayu; yang sinonim dgn nama bangsaku.
Di manakah nantinya akan aku tunjukan kepada anak dan cucuku; pewarisku tentang tanah tumpahnya darahku?! Atau sekadar mengaku, "inilah nak, BEKAS 'tanah tumpahnya darahku . . ." lalu berjalan longlai, melayu; yang sinonim dgn nama bangsaku.
Kita kena bukti dan ubah persepsi tersebut kerana Kesultanan Melayu Melaka membuktikan kita adalah pedagang yang hebat suatu masa dahulu.
BalasPadamCita-cita untuk menjadi yang terhebat tetap perlu ada dalam bangsa kita.. Jangan sampai apa yang ada nanti hanyalah bekas kepunyaan kita..
BalasPadamrasa mahu nyanyi lagi Negaraku lak.. :D
BalasPadamamat patriotik entri ni..
BalasPadamuntuk terus menjadi tun pada tanah ini
BalasPadamkita semua perlu bijak bertindak
itulah yg sepatutnya...
BalasPadamya betul tu! setuju
BalasPadamBerdiri tegak semua!
BalasPadamhehehehe
tetiba, sempena tak lama lagi menyambut hari kemerdekaan. .hahahaha
BalasPadamopssss
bijak dan berilmu itu kunci kehidupan kan kan cikgu kan.. hehehe
BalasPadamKita kena jadi berani menentang dan mempertahankan kedaulatan tanah tumpahnya darah kita.... Ayuh..bangun semua..bergerak!
BalasPadamtulah, baru lepas bangun tidur nak gi gosok gigilah ni kak.. hehehehe
BalasPadam