Gambar 1: PWTC |
BERSIH 3.0 sememangnya sudah sampai ke tahap PWTC.
Bersih 3.0 yang dimaksudkan ialah membersihkan minda, hati dan fizikal dengan bahan bacaan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Maza berkesempatan untuk pergi ke sana pada hari ini (Sabtu, 28.04.2011) jam 3.30 petang. Syukur, perjalanan kami anak beranak semuanya lancar dan selamat. Tiada sebarang gangguan walaupun di luar sana terdapat aktiviti himpunan BERSIH 3.0.
Untuk kali ini, bukanlah maza mahu memperkatakan tentang himpunan rakyat BERSIH 3.0 itu, tetapi tentang mengajak kengkawan agar memanfaatkan pesta buku kali ini yang diadakan di PWTC.
Kengkawan boleh dapatkan bermacam-macam jenis buku antaranya ialah buku teks, rujukan dan buku dagangan seperti novel, majalah, hikayat dan macam-macam lagi lah.
Gambar 3: Memilih buku |
Alhamdulilah, di pesta buku ini juga terdapat seminar dan pelancaran buku-buku oleh penulis itu sendiri. Dalam masa sama, pihak penerbit menawarkan harga diskaun yang hebat!
Gambar 4: Seputar gelagat pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 |
Sebelum maza terlupa, penulis tersohor NEKCUN juga akan berada di PWTC di bawah penerbitan Karagkraft untuk menyantuni peminat dan penggemar novel. Nekcun atau Kamsiah Abu merupakan blogger yang boleh kengkawan ikuti siaran beliau di http://nekcun.blogspot.com.
Nekcun akan bersama kengkawan pada 1 Mei 2012.
Gambar 5: Ragam di Pesat Buku |
Selamat beramal kengkawan.
Gambar 6: Setelah memilih kini membaca sebelum pulang |
Best juga kalau dapat pergi pesta buku camni. tapi tak rajin nak ke PWTC tu
BalasPadamElok sangat tu, bro
BalasPadamKita bersihkan hati dan fikiran dengan bacaan buku2 ilmiah
Moga kita beroleh ketenteraman hendaknya
Kalau acara seperti ini tentu ramai orang yang akan hadir untuk mendapatkan buku pada harga potong. :-)
BalasPadamoh bestnya.. saya ada beberapa buku yang saya nak beli.. kalau beli time ni.. untung dapat diskaun..
BalasPadamSuka tengok pemandangan ni. Anak2 muda, ibu bapa, semuanya berlumba-lumba cari ilmu dan tahu :)
BalasPadamJatuh hati dengan semua photo di atas.
BalasPadamPaling buat saya jadi gahirah adalah photo buku2.
Like Heaven!
Saya pun pegi, tapi hari isnin la. Tak sanggup rasanya nak bersesak dengan peserta himpunan aman tu.
BalasPadam